Thursday, December 26, 2013

2013 in recap (Growing old is inevitable, growing up is optional)


Camera Museum, Penang ~5/11/2013

As-salam everyone!
 
2013 is coming to it's end. Lots of things had happened throughout the year. I am thankful to Allah for what he has given me though I am maybe His most least favourite servant.
 
Back to business!
 
Tahun ni tak banyak gunung-ganang yang aku kejar, sekadar merepeat lokasi-lokasi yg sebelum ini. Tapi Alhamdulillah, dalam kesempitan masa dan kesempatan tu, sempat jugaklah aku ke Medan, Indonesia pada 30/4/2013-5/5/2013, meniti misi ke Gunung Sibayak, Medan. Mengjoinkan diri dalam grup bebudak Trekkerz. Tahun lepas, tarikh yg sama, aku ke Gunung Rinjani, Lombok Indonesia..eh eh macam janji pulak eh.. :p
 
Alhamdulillah, dengan restu keluarga dan berbekalkan niat yang baik, aku selamat bertunang dengan Hubster pada 13/1/2013. Tak lama pun kami kenal, sebulan dua macam tuh, terus bertunang. Dan, pada 6/9/2013 yang lepas, kami telahpun selamat diijabkabulkan. Kadang-kadang rasa diri ni tak deserve happiness for all the dark side which I have. Wallahualam, kita memang tak tahu rahsia Allah. Syukur dan tawakkal, Allah sentiasa kurniakan yang terbaik untuk hambanya.
 
As a treat for myself and Hubster, we made our first trip together and fly backpacking to Turkey (17/9/2013-25/9/2013). Ini kali pertama aku plan everything from A to Z (op kos with help of hubster) to a country yang takde one single person yang tau bahasa melayu. Alhamdulillah, the trip was a success!  
 
Entri?? err... masih di kotak draft. Aku tak sempat lah!!! Kan best kalo aku ada mind typewriter.. huhu~
 
Atas izin-Nya jugak, aku berjaya potong wishlist aku utk participate in a marathon. Yeayy!!
 
Finishing of 2013, aku dapat tau yang aku dah pregnant. Gaspp!! Seyes aku terkejut, sebabnya minggu yang sama aku baru aje lari bersungguh-sungguh dalam marathon, siap pi urut bagai.. Allah Maha Kuasa, menyatukan benih aku dan suami walaupun aku buat semua benda yang kata orang tuh taboo untuk orang mengandung. Ok, mummy doakan baby jadi tough dan beriman macam babah, dan manis dan kuat macam mummy ye!
 
Hormonal change make me suffer. Sensitive yang tiada taranya. Oh no... Takpe, ini semua pahala... sentiasa tanam dalam kepala.
 
Checklist 2013:-
  1. career boost;    - Alhamdulillah. Berjaya buat in non Convey matter this year.
  2. to participate in Marathon - 7/12/2013
  3. Mekah;  - not literally. Tapi berjaya membina tiang Mekah untuk diri sendiri dan keluarga. So, under construction.
  4. Gunung Batu Puteh;
  5. Mulu Pinnacles, Sarawak; 
  6. Cambodia overland. 
  7. Medan, Indonesia. ~ 30/4/2013-5/52013
  8. Turkey (Istanbul, Cappadoccia, Pamukkale, Ephesus) ~ 17/9/2013-25/9/2013
  9. Phuket, Thailand ~ 27/9/2013-29/9/2013
  10. terminate FACEBOOK ~ 13/11/2013
 
 
SO, MOVING ON TO 2014.. what to expect:-
  1. Melahirkan baby yang sihat, insyaAllah;
  2. Continue study;
  3. Bali, Indonesia;
  4. Marathon 10km in 1 hour;
  5. Thai-Cambodia-Laos;
  6. Gunung Merapi, Indonesia;
  7. to own a property.
*senarai ini mungkin akan bertambah/berubah dari masa ke semasa.

Kg Nelayan Teluk Bahang, Pulau Pinang ~ 5/11/2013


Sebaik-baik perancang itu adalah Allah s.w.t. Semoga 2014 yang akan datang menjadi lebih bermakna buat aku dan keluarga. InsyaAllah.
~signing off~

Monday, December 16, 2013

Thursday, December 12, 2013

big girls, don't cry, they pray, they take action.

Remember when I said,
your negativity will eat you
like a parasite
you don't see it, but when you do
you are almost gone

Remember what I always thought
yes, I thought and always hope
that my positivity
will be transmitted to you
but I sometimes forgot
that I am like the ocean
I run my tides every now and then
so, maybe
I am not a good transmitter

So much you want to deny it
your actions
usually speaks louder than your words
but it doesn't stop you
for saying out loud
things which you despise
...and in the dark
you cry more than anyone else

Your circles love you more than they should
but you always take them for granted
and you always makes them bleed
not by letting them down
because they have nothing to lose
but by letting you, yourself down.

yes,
you let yourself down

and it hurt us

so much of a hope you give us
now its time for evidence

shall you?



Monday, December 9, 2013

Nutella Brownies anyone?

Assalamualaikum...
 
Alkisahnya, aku nih sebenarnya suka sangat makan brownies. Dan kerana sukanya aku tu, dah beberapa kali aku cuba buat, tapi tak pernah lah menjadi. Brownies yang sepatutnya rangup tuh, sudahnya jadi moist cake. Aku pun tak tahu lah mana silapnya. Mesti salah oven yang jarang guna tuh. :p
 
Beberapa hari lepas, dok aku google cara buat lasagna, aku terpandang cara buat Nutella Brownies.
 
Tell you the truth, aku pun terkejut bila hanya tiga bahan yang digunakan.. ya, TIGA!! Dan, untuk memenuhi rasa ingin tahu tu, aku pun cuba la kat rumah, semalam.
 
Bahan-bahan yang digunakan adalah Multi Purpose Flour, Nutella dan Sebijik telur ayam.
Kita hanya perlukan separuh cawan Nutella tersebut. Wallahualam, aku pun tak timbang berapa gram lah pulak. Aku main agak-agak aje.
 
 

 
Masukkan dalam bowl kaca. Pecahkan telur ayam tuh, dan kacau guna hand mixer sampai dia sebati. 
 
 
Dah sebati ko letak pulak lima (5) sudu besar tepung serba guna (multi purpose flour) tadi secara berperingkat-peringkat. Jangan letak semua sekaligus, bertebaran nanti tepungnya.

 
Pastu, susun elok-elok bekas paper cup atas loyang. Disebabkan aku nih tak berapa confiden, aku letak paper cup aku atas loyang buat kuih cara. hehee... eh, paper cup tu jgn lupa letak la secalit butter.. Takmo kasi dia melekat.


Kemudian, tuangkan adunan tadi dalam paper cup. Wallahh... dah siap utk dibakar!


Masukkan dalam oven lebih kurang 15-20 minit dalam suhu 180'c. Disebabkan aku buat dalam paper cup kecik, so brownies aku tak ambil masa yg lama utk masak. Tapi, kalo korang decide untuk buat dalam satu loyang besar, masa dia lebih kurang 20-30 minit.

Sementara tunggu brownies tu masak, bolehla sediakan toppingnya. Aku guna walnut dan chocholate chip. Kacang walnut tuh aku ketuk2 sikit bagi hancur. Malas sangat korang ramas-ramas pun boleh.


Elok je masak brownies tu, calitkan lebihan nutella tu kat atas brownies, then campakla walnut and choc chip tadi. Masuk oven dalam seminit lagi. Jangan lama-lama sangat.. nanti hangit!

Then, Walllah... your Nutella Brownies da jadi!

Untuk satu adunan ni, aku dapat 24 biji paper cup. Rasa dia, oklah. Nak perfect, kene cuba lagik.


Selamat mencuba!!!!

Sunday, December 8, 2013

7KM ENERGY RUN 2013 (my first medal)

Assalamualaikum. ..


Despite of my hectic schedule this week, I manage to struck off one of my to do list in 2013, i.e. to participate in a marathon.

Yes my dear, you are looking at 7km marathon finisher, within 52minutes.

Ok lah tu kann.. my target is to finish it in one hour. And, mind that this is the first time I participate in any marathon event. May this is the first of many to come.

Next target.. 10km within 1 hour by 2014.

P/s: : hubster aku dah mcm personal trainer dah.. tak kasi can aku nk curi tulang.. erkkhh..

Friday, December 6, 2013

CRAZY---- Cee Lo Green


 
Hi readers,
 
for you who had been following me long enough
whether openly
or even secretly
 
you should know by now
that I speak my heart out
 
what makes me happy
what worries me
what makes me sad
what makes me sick
 
and I'm far from perfect
and always in my own world
and sometimes I bring you to my world
 
do you feel me?
 
 
 
I remember when
I remember, I remember when I lost my mind
There was something so pleasant about that place
Even your emotions had an echo in so much space, yeah

When you're out there
Without care, yeah, I was out of touch
But it wasn't because I didn't know enough
I just knew too much

Does that make me crazy?
Does that make me crazy?
Does that make me crazy?
Probably

Now I hope that you are having the time of your life
But think twice, yeah, that's my only advice
Yeah

Come on now, who do you, who do you, who do you
Who do you think you are ?
Ha ha ha, bless your soul
You really think you're in control

Ever since I was little, ever since I was little it looked like fun
It was no coincidence we've come
And I can die when I'm done

But maybe we're crazy
Does that make me crazy?
Does that make me crazy?
Probably

Wednesday, December 4, 2013

musim tengkujuh

udara lembap
hari-hari mendung
musim hibernasi
musim menternak lemak
musim mengawan

no jogging
no outdoor workout

bersenam depan tv
sambil mengunyah keropok ikan
kaki goyang-goyang
kiri dan kanan

lain cerita di kilang kertas
deadline
deadline
deadline
kejar target of the year
bonus?
puiiiii..... takde harapan

bukan mengharap
tapi gaji bukan besar sangat
biasalah
baru nak mula hidup
hutang keliling pinggang

kepala goyang-goyang
kiri dan kanan.



p/s: Tanya sama pokok.. apa sebab goyang... eh?

Tuesday, November 19, 2013

Sedangkan haiwan punya perasaan..
inikan pula manusia.

Wednesday, November 13, 2013

how i deal with health issues..

I hate consuming medication prescribe by the doctors.
those pills make you numb and sleepy.

I only go to clinic to get the MC and to know how serious is my condition.

My medicine?
I usually let the pain goes away naturally.
it does help you to build a better immune system.



p/s: 2 weeks of fever, flu and coughing back to back.

have you made a wish upon a star?

how I wish I have the luxury of time to write all about my journey...

but it just a mere wishes

and time flies

if I don't keep up, i'll be left behind..

it's not that I hate being on the last plane

really, I don't mind at all

but I have my own phase

and its better to keep it that way.


p/s: life is not a box with "happily ever after" seal on it.. it usually begin with "and, after that....".

Sunday, November 10, 2013

Tuesday, October 29, 2013

Easy Tuesday

Assalamualaikum..

It's Tuesday morning. I met my Boss early in the morning. He ask me how was married life, and to my surprise, he also shares some tips and tricks within marriage..

And lucky me, I got leniency to go for 30-45mins of coffee time on my own during office hour, OFICIALLY!

Oh Boss, you make my day!!

Tuesday, October 22, 2013

#2) Birthday rambling...... BUCKET LIST BEFORE 30's

Assalamualaikum..

Setelah fikir panjang-panjang.. dan setelah buka mata yang aku ni bukannya muda lagi (walaupun di hati iolss sentiasa gila-gila remaja), aku dah decide untuk membuat perubahan dalam diri aku.
 
Jujurnya, aku penat mencari hala tuju.. hala tuju dalam karier, mahupun hala tuju dalam kehidupan.
 
Sentiasa nasihatkan orang cari matlamat dalam hidup. Kalau ada matlamat hidup, barulah direction a.k.a. hala tuju hidup akan makin jelas. Bila tergelincir atau terkehel di mana-mana, landasan atau base dah ada. Bangun dan kalau perlu merangkak, merangkaklah..kalau perlu mengengsot, mengensotlah! Janji kau dapat balik ke landasan yang asal.
 
Hari ini aku nak literalkan matlamat hidup aku... carrier wise.
 
  1. Aku tak mahu selamanya jadi kuli. Target aku adalah to own my own income! (walaupun menjadi surirumah adalah lebih tempting... ok, abaikan.. aku masih belum financially independent lagi..masih banyak hutang.. so, tak boleh berangan yang itu!)
  2. Upgrade diri untuk jadi marketable practitioner. So, before aku 30's aku akan pastikan yang aku amik kos-kos yang berkaitan. (aku nak apply untuk further study.. doakan semuanya lancar untuk aku yea!!)
 
Kerja itu adalah ibadah dan amanah. Setiap ibadah dijanjikan pahala. Setiap amanah adalah janji pada Allah. fuhh... berat sebenarnya tanggungjawab tu.

Langkah 1... cari BSN.. UITM intake application is open!! Zasssssssss~~~~ *terbang*
 

Monday, October 21, 2013

percikan api

I smell something fishy
But it was more like a burning smell
Is something burning?


Thursday, October 17, 2013

the road not taken

 
Sape ingat lagi kat poem yang kita belajar subject English Literature masa skolah menengah dulu? Well, this is by far my favorite poem...up until now! Kalau korang tak ingat tu, maknanya mesti korang tidur masa Teacher ajar dulu kann... eleh, tok sah nak sorok muka larr.. :p
 
Poem ini khas buat aku dan korang-korang yang membaca. Semoga kita tabah melalui apa aja di hadapan kita. While regret is a reality that many face in his life, do not forget to embrace the experience and build up a better and tougher YOU!

 

 

The Road Not Taken

By Robert Frost 1874–1963
Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;
 
Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I—
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.

Wednesday, October 9, 2013

obesiti rindu ... (sediakan tisu kalau perlu)

Rindunya.....
 
rindu nak menggunung
rindu nak berpeluh-peluh
rindu nak angkat beban sambil mendaki
rindu nak hirup oksigen direct daripada sources-nya
rindu nak buka checkpoint haram untuk refill energy
rindu nak makan meggi dalam hutan
rindu nak gaduh/merapu/nyanyi/menyesal/menyumpah seranah dengan hiking buddies yang lain
rindu nak bercinta dengan rasa kekaguman atas ciptaan Tuhan
rindu nak menggigil-gigil sejuk atas gunung
rindu nak minum direct air gunung
rindu nak baring-baring atas kapet hijau semulajadi
rindu dengan view panorama yang cantik daripada segenap angle
rindu nak berhujan dan berpanas di dalam hutan
rindu nak hidup seperti orang nomad
rindu nak mencabar ketahanan mental dan fizikal
rindu nak menguji kesabaran dengan trek yang saiko
rindu nak gelak guling-guling melayan buddy yang cranky
 
 
(*diam*)
 
 
(*diam lama*)
 
 
hmmm.....
tanggungjawab....tanggungjawab....tanggungjawab......................
 
 
entah bila kan terjawab rinduku ini..
 
 
 
 
p/s: sedih.. tapi tak mampu buat apa-apa.  jadinya, lukis simbol hati atas kertas. gulung. masukkan dalam botol. campak jauh-jauh dalam laut.
 
 
me.. Kinabalu, 2012
 
 
 

Monday, October 7, 2013

di kala bisikan Tuhan lebih daripada sekadar suara...

Di saat aku mengimpi perkara yang pada aku sudah cukup besar..
KAU jadikan ia lebih besar dan wayyyyy much bermakna.

Terima kasih TUHAN..
Sesungguhnya KAU maha mengetahui akan sesuatu.

Permudahkanlah jalan kami TUHAN..
Amin.


P/s: good things won't come for free. working towards the goal. 2015...... insyaAllah.

Blue Mosque @ Sultanahmet Camii, Istanbul ~ 24.9.2013

Friday, October 4, 2013

AVICII : Wake Me Up (..they don't like us.. why..? )



Feeling my way through the darkness
Guided by a beating heart
I can't tell where the journey will end
But I know where to start

They tell me I'm too young to understand
They say I'm caught up in a dream
Well life will pass me by if I don't open up my eyes
Well that's fine by me

[2x]
So wake me up when it's all over
When I'm wiser and I'm older
All this time I was finding myself
And I didn't know I was lost

I tried carrying the weight of the world
But I only have two hands
Hope I get the chance to travel the world
But I don't have any plans

Wish that I could stay forever this young
Not afraid to close my eyes
Life's a game made for everyone
And love is the prize

[2x]
So wake me up when it's all over
When I'm wiser and I'm older
All this time I was finding myself
And I didn't know I was lost

Didn't know I was lost
I didn't know I was lost
I didn't know I was lost
I didn't know

Istiklal Street, Turkey ~ 23.9.2013

Monday, September 30, 2013

hobi saya.....

Assalamualaikum...

Kadang-kadang aku malu nak bagitau kat orang yang aku suka memasak.

Sebabnya:-

  1. Aku ni jarang masak (bukan malas.. tak de masa laaaa.. hihihii..);
  2. Aku masak tak la sedap sangat.. semua main agak-agak (dah kata jarang masak.. bila masa nak perfect nyerr);
  3. Aku tak pernah masuk pertandingan memasak. (Motipp???);
  4. Org kata.. orang yg kuat makan ni slalunya tak berapa pandai masak..sebab tu dia suka orang lain masakkan.. (errrrr....)
Walaupun begitu.. kalau ada masa aku still cuba meluaskan bakat yang ada.. cecewaahh bakat katanyaaa..

Cumanya.. bila aku tetibe bermood utk masak.. jgnlah cari gaduh ngan aku.. takpun mati2 tak percaya langsung akan kemampuan aku masak tanpa mencuba masakan aku dulu. Insulting ok.

Sekian.


P/s: nak cari mood masak. 

self note.. betulkan niat, bersihkan hati.

peringatan untuk diri sendiri....buat kesekalian kalinya.. huhu..
 
p/s: Menulis, mem-post atau membuat apa-apa entri mestilah berlandaskan hati yang suci. bukan untuk membongkak, membangga diri atau memerli sesiapa sama ada yang hidup atau yang mati. Kalaupun ada yang terasa, sebolehnya tulisan, post atau entri tersebut mestilah atas tujuan perkongsian bersama (sharing is caring), ingatan peribadi (a.k.a. diary), menasihati diri sendiri ataupun yang membaca (experience is the best teacher.. though the tuition fee is very high..lol), atau sebagai medium meng-update kepada kenalan-kenalan dan sahabat-sahabat yang sudi mengambil tahu pasal diri ini (news-feed). Yang paling penting, masa menulis, mem-post membuat apa-apa entri tersebut, boleh aja luahkan rasa, tapi jangan sampai buat orang lain yang menjeruk rasa. tak pasal nak minta maaf lak.. hehe!

Friday, September 27, 2013

#1) Birthday rambling.. post wedding feeling.

Assalamualaikum..

Jam menunjukkan pukul 3.00 pagi.. aku tak boleh tido. Perut meragam. Sejak 2 hari lepas. Banyak sangat yg bermain kat otak aku. Mungkin simptom nak period kot. Motiff aku ckap kat blog???? Hmm..

Hari ni genap 3 minggu aku jd yg halal utk hubster..

Harini jugak adalah birthday aku. (Maksudnya semalam la kot..since sekarang pun da pagi merangkap subuh hari yg baru kannn...)

Malam td hubster buat suprise celebration utk aku. Alhamdulillah. .. aku lebih tenang lepas bernikah.

Aku tolak tepi perasaan2 lain yang beraja kat kepala sebelum ni dan aku fokuskan utk kehidupan yang baru.

Aku dah puas menangis. Sekarang masanya untuk aku embrace the moment.

Ya.. aku ingat janji aku..utk menjadi isteri yg solehah.. janji Tuhan.. perkahwinan adalah tiket ke syurga.. tapi kalau tersalah langkah.. nerakalah tempat para isteri yang nusyuz.

Tetibe aku senti lak memalam cenggini tu dah kenapa???

Aku tahu.. antara perkara yang buat aku sangat takut akan perkahwinan adalah 'patuh' ataupun 'obey' dalam bahasa inggerisnya.. sifat semulajadi aku yang 'rebel' a.k.a 'memberontak' buat aku sangat takut yang aku tak mampu patuh pada seorang lelaki yang halal untuk aku.

Tapi setelah melalui hidup berumahtangga selama 3 minggu ni, baru aku tahu erti kepatuhan yang dimaksudkan. Patuh dan tolak ansur adalah 2 perkara yang seiring.  Dan bila mana ianya tak seiring tu lah terjadinya berantakan. Tapi.. once u are in a marriage...ko takkan lalu nak bermasam muka 24jam. Ko akan cuba sedaya upaya untuk bertolak ansur.

Mungkin korang yang membaca rasa cam nak muntah baca entri ni sebabnya... eleh baru kahwin 3 minggu nak nasihat pasal perkahwinan bagai...

Hhaahahaa.. aku mampu senyum aja. Kau tak tahu apa yang aku lalui ok.

Setakat ini.. inilah yang mampu aku share. Sebolehnya, biar aku titipkan apa yang aku rasa dan fikirkan pd masa ini.. biar penulisan ni menjadi ingatan untuk aku lebih berusaha menjadi yang lebih baik pada masa2 akan datang.. insyaAllah. .

p/s: oh ye.. terima kasih banyak2 atas doa-doa dan ucapan kalian untuk aku ni. Terima kasih kerana tak putus asa dengan manusia yang bernama aku nih.


Kappadokya, Turkey 2013


Istikal Street, Istanbul, Turkey.

Friday, September 20, 2013

what of it...

Assalamualaikum. .. 

I'm currently in one of my travelling journey.  And I've come across this book which is so appalling to my heart..



So.. it doesn't hurt if I'm sharing one of the poem which touches me, with you guys right...


Wednesday, September 11, 2013

kalau mencari pasangan...

kalau mencari pasangan
jangan cari di bulan
kelak sayang ditinggal-tinggalkan
kelak kasih ditangan-tangankan

kalau mencari pasangan
jangan dekat di hati
kerna hati boleh disakiti
kerna hati boleh mati

sebaiknya, jangan cari pasangan
carilah suami.. carilah isteri
jangan dirumitkan dengan madah pujangga
tapi sulamkan dengan ajaran agama

InsyaAllah
takkan roboh teratak
kalau teguh tiangnya..



P/s: tiada benda yang sempurna.. kerana kesempurnaan itu bukan sifat kita, manusia. tapi, cubalah lengkap-melengkapi seusai kita di dunia.

Wednesday, September 4, 2013

caught in action

it's 5.32 a.m.

kantoi dengan boss.. siapkan kerja last minute before cuti panjang.

saya malu.

Boss, jgn tanya banyak2.. seyes, saya malu nih..

 T__T

Thursday, August 29, 2013

"to err is human"

Assalamualaikum..

Mood untuk rambling again today.

I met this one Bank Manager, Encik Faiz, today. And had some chit chat with him about work stuff, life, bla bla bla..(why suddenly I wrote in English??)

He said that, "Human errors are common. it's an everyday thingy. you don't curse one driver just because his car has broke down and had caused bad traffic to every other road user. but u put yourself in his shoe and would you blame yourself for it? for the unplanned things to happened?"....


p/s: everyone has their up's and low's moment. whatever your situation is, just smile..  maybe your smile is all needed to brighten up someone's day...  :)




Friday, August 23, 2013

kalau sedih, menangis. itu normal.

if I am that dead to you, bury me 7 feet underground so that you will never see me again.
 
if you hated me that much, burn my dead body to ashes. and let the ashes goes with the wind so that I can be free.
 
if you trust me that little, throw my dead body in the deepest blue ocean. so that no one will find a trace in me and my existence will becomes a metaphor.
 
.... .... ....
 
but if you love me that equal, please pray for me. I might be died to you, but death is just a beginning for a new chapter in one's life. 

Wednesday, August 21, 2013

5 minit aja dah cukup untuk kita jadi 'manusia'...



Assalamualaikum..
 
Hari ini hari yg panas untuk aku. Tak tahulah hormon ape yang melekat kat badan aku, senang aja aku naik angin.
 
Alkisahnya, aku ke Pejabat Tanah dan Galian Shah Alam (hambik kau, aku bagi location exact lagi)untuk menguruskan satu kes Hakmilik/Title/Geran Tanah yang pending sejak 2011. By right, kerja-kerja macam ni aku tak perlu turun padang pun..tapi disebabkan follow up by phone (on weekly basis) and by counter (on monthly basis) yang dilakukan tak mendatangkan hasil, jadinya aku buatlah 'date' dengan one of the officer kat sana untuk tahu status. Sekejap kata dah ready, tapi bila datang Title tu ghaib.. Sekejap kata masih proses.. yang paling sedih katanya Title dah hilang.
 
Sedih tu maksudnya, kesian lah kat pembeli Tanah yg berkenaan yang dinafikan hak untuk Title tersebut. Sedih juga bermaksud, penatlah kami untuk menunggu dan terus menunggu akan keluarnya Title yang baru (yang tak tahu berapa kurun lagi prosesnya). Dan sedih juga bermaksud kasihan orang-orang di Pejabat Tanah tu untuk memproses kembali Title yang baru...
 
...ok tipu.
 
Sedih sebenarnya korang tu takda sistem yang betul dan elok digunapakai sampaikan Title hilang atau tak pun ko tak tahu. Pastu ambil masa sampai 2 tahun untuk cakap yang ko tak pasti, Title tu hilang atau tak...waima follow up on status dilakukan on weekly basis. apakah??
 
sereyes kecewa...
 
Jadinya untuk mengelakkan kekecewaan yang tak dapat dibendung, aku pun mengaturkan pertemuan dengan Officer Z yang 'dikatakan' in charge of this matter. Setelah berjumpa dengan officer tersebut (nama dirahsiakan), malang sekali katanya, "he is not the correct person for the matter", tapi syukurlah, dia mahu menolong. Aku puji Officer Z nih sebabnya, dia cakap sangat lembut dan bersopan. Aku yang drpd semalamnya menyediakan hujah-hujah keras untuk menggesa pihaknya untuk bertindak terus lembut hati.
 
Aku terima dengan hati terbuka bahawasanya Title itu telahpun hilang dalam pegangan pejabat mereka. Dan aku diterangkan proses-proses untuk extract Title yang telah hilang, di mana langkah pertama adalah memberikan surat rasmi untuk kutipan Title (walaupun yang hilangkan adalah pihak mereka!!!). At this point of time, aku redha.
 
Dalam keredhaan aku, aku redah jem nk balik opis. Kereta aku stuck traffic.
 
Lebih kurang setengah jam lepas itu, aku terima panggilan telefon. Rupanya Officer Z. Menurutnya, Title tersebut telahpun berjaya dijumpai. apakah?! walaupun agak terkejut, aku tetap bersyukur sebab penantian bertahun-tahun akhirnya berhasil. Belajar daripada pengalaman lepas, aku terus katakana aku sanggup patah balik untuk kutipan..khuatir Title itu 'ghaib' kembali. almaklumlah, tangan-tangan hantu ni kita tak nmpak dengan mata kasar, ye dok?
 
Aku sampai lebih kurang pukul 12.30pm. Dan aku diberitahu Officer K (yang bertugas di kaunter kutipan) keluar sebentar ke toilet. Fine, manusia memang perlu ke tandas bila masanya. 12.55pm, aku tanyakan lagi.. rupanya officer ini sudah keluar lunch. eh??
 
Aku terus bisingkan di kaunter, mencari Officer K. Officer 1, 2, dan 3 menolong aku endah tak endah. terus mencari isu lain so that aku balik opis dan lupakan saja usaha aku untuk kutipan hari itu. Mahu tak mahu, aku terus bertegas menunjukkan aku dah tak boleh tolerate dengan sifat acuh tak acuh pejabat itu.
 
Akhirnya, Officer 3 bertolak ansur dan hanya memerlukan salinan ic aku (walaupun the fact that nama aku memang tertera kat letterhead dan aku baru aje sejam yang lepas mendaftarkan diri mengesahkan aku adalah wakil untuk pejabat aku)..
 
Aku ni perempuan yang berhati lembut. kau cakap baik-baik, kau senyum ikhlas dengan aku, aku tahu. jadinya, aku turutkan aje permintaan Officer 3 terbabit. katanya lagi, dia akan menyuruh Officer K attend aku secepat mungkin, lagipun dia tengah on the way balik ke pejabat.
 
Setelah salinan ic ada di tangan (tak sampai 10 minit pun aku p kedai fotokopi), aku tunggu dan terus tunggu. Officer 3 tunjukkan muka, katanya Officer K tengah makan. Aku sedikit terkilan. Aku berlari-lari ke kedai fotokopi, dan setelkan semua secepat yang mungkin, tapi kau tak boleh tunggu sekejap pun? Bukankah Officer Z sudah beritahu kau, sebelum pukul 12pm lagi.. bukankah Officer 1,2,dan 3 telahpun memberitahu kau yang aku sedang menunggu kau sejak pukul 12.30 lagi..ataupun lebih wajar aku katakan sejak tahun 2011 lagi??
 
tak apalah. Tuhan nak ajar aku erti sabar rupanya.
 
1.45pm, perut aku sudah memulas. masa aku terbuang. Kau makan apa lama sangat tu, Officer K? Siapa aja yang aku nampak di kaunter, aku minta tolong panggilkan Officer K. yer, aku masih berbahasa.. aku minta tolong. walaupun kerongkong aku sipi-sipi aja mahu menjerit. apalah sangat dinding kayu tu yang memisahkan aku dengan Officer K yang makan tak sudah2 tu.
 
1.55pm, Officer K datang dengan muka selamba. "Dah buat salinan ic, seperti yang disuruh Officer 3?", soalnya.
 
Aku mengangguk dan menghulur apa yang berkenaan. tak sampai 5 minit, Title itu ada ditangan aku.
 
Aku pandang Officer K tanpa berkedip, "Boleh tak saya nak cakap sikit?", kataku sambil mengerling ke arah jam tangan.
 
Dia terus membalas,"saya minta maaf la cik. saya baru je dapat tahu hal ni. lagipun, tadi saya makan dulu. saya ada gastrik. kalau saya sakit nanti, 2 hari pulak nak kena MC. saya keje daripada pukul 8 pagi tadi tak makan lagi". Ehh???? Baru aku intro, ko dah bersilat bagai?
 
"Macam inilah, Encik K. Saya pun tak makan drpd pagi lagi. Dan saya pun dah sampai sini daripada pagi tadi. Saya tengok jam, tak sampai 5 minit pun selesai urusan ni...". Aku pandang tepat kearahnya. Entah kenapa, hati aku hiba sangat. Encik K aku lihat cuba menyibukkan dirinya dengan menggoyang-goyangkan mouse sambil memandang ke skrin.
 
Lalu aku sambung,"5 minit aja dah cukup untuk kita jadi manusia, Encik K." dan aku terus beredar. Sambil aku turun tangga, air mata aku mengalir. Mungkin padanya, masa aku tak sepenting masanya.
 
.......atau, mungkin juga perut yang lapar membuat aku lebih beremosi.
 
 

Tuesday, August 20, 2013

ku seru...... datanglah mood untuk menulis...  

datang laaaahh....

Saturday, August 3, 2013

6 (Easy!) Ways Anyone Can Become a Writer

Words
Photo: Thinkstock.com
Step 1: Buy a fast pen and cheap notebook
You should know how to write with pen and paper and not just on the computer, which is a whole other process. The pen should be fast enough to keep up with your mind, and the notebook shouldn't be precious. You'll be writing a lot of junk in it before the good stuff.

Step 2: Leave the house
When you're in the house, the phone rings, the dishes need washing—there are a million excuses to do this or that instead of write. Go out! I prefer less-frequented cafés where the food isn't very good so I can stay at the same table for a long time. Leave a big tip!

Step 3: Get some friends to write with
Writing partners keep you honest. Decide you'll each write for 20 minutes to start. Grab any topic and just move that pen. If you find yourself stuck, seeing the person across from you still scribbling away will inspire you to get past it.

Step 4: Shut up and write
Forget all the rules, such as "Write what you know." Once you get going, what else is there anyway? The essential thing is to begin. Don't talk about it. Don't get a lovely studio or a beautiful desk. Just do it.

Step 5: Practice silence
Behind writing, behind words, is no words. We need to know about that place. It gives us a larger perspective from which to handle language. Silence can be the door to listening, which is one of the great cornerstones to writing.

Step 6: Reading is everything
Sometimes my students come to me and tell me they don't read. Why should someone read you if you're not reading anybody else? Writers are your real teachers. When you read a book, you're studying the mind of the author. Reading exercises and develops the mind.


Read more: http://www.oprah.com/spirit/Writing-Tips-How-to-Write-Better-Natalie-Goldberg#ixzz2ZqsW5G1J

untungnya jadi dia...

Siti Khadijah telah gagal 2 kali di dalam perkahwinannya. Sehinggalah akhirnya beliau ketemu dengan Nabi Muhammad s.a.w, dan perkahwinan itu kekal sehingga ke akhir hayatnya. Bersama dengan Rasulullah tanpa poligami dan dikurniakan 8 orang cahayamata.

Wednesday, July 31, 2013

Monday, July 22, 2013

Sejuk ~ Created with PhotoShake


Bukit Damansara, 22/7/13
sejuk sejuk sejuk!!
 
Seperasan akulah, sepanjang bulan puasa kali ni, sejuk sangat. syukur sangat-sangat Dia permudahkan puasa kita kali ini. Sampai tak terkira jugaklah kaki aku cramp dan kebas-kebas dek sejuk yang melampau kekadang tuh. Harini pun tak terkecuali. Aiyo, dah macam orang tua pulak.
 
Mesti korang yg nengok ni pun tanya.. motip???
 
OK. takde motip. aku saje-saje. menggedik. puas hati?
 
Takde kerja? Nope.. aku banyak kerja.. tapi keadaan sekarang ni 'sejuk' sangat. So, terencat produktiviti. Sejuk yang bawa ke menggigil. Terkadang sampai sakit-sakit segala sendi. Mulalah berangan nak pergi tempat-tempat yang panas macam Kedah, Penang, Langkawi kerr... ewahh.. padahal, bukan main merungut panas masa stadi kat sana dulu.
 
Apepun, yang berpuasa, jangan puasa yang-yok yeh. Yang tak puasa, eh, cover-cover la sikit teguk air tuh.. walaupun halal kan.. hehe.
 
 
p/s: sejuk yang meremang boleh demam ok!
 

Wednesday, July 17, 2013

Cerita dolu-dolu : EXAM WEEK

16.7.2013
Salam semua..
 

Masih ingat tak zaman-zaman sekolah dulu... apa yang paling korang ingat time nak exam?
 
 
Paling manis buat aku adalah setiap hari sepanjang aku menghadapi UPSR dan PMR, Bonda takkan pernah lupa untuk rendamkan telur dalam air panas, supaya jadi telur separuh masak. Pastu diletak sikit kicap dan lada sulah untuk perisa. Mula-mula, macam dipaksa-paksa aja makannya. Ape ketidaknya, beriya-iya mak kejut bangun awal pagi untuk sarapan hidangan istimewa nih. Of course lah sebagai anak kecil yang lagi berhingus (time tu lah) ni memang payah nak bangun pagi. Lama-lama, memang layan jugak lah. Sampai kekadang tuh mintak 2 biji telur. Tapi, waktu tu manalah mampu nk makan sampai 2 biji telur setiap pagi kan..
 
 
Yang uniknya, menu sarapan istimewa ini hanya akan dihidangkan kepada anak Bonda yang akan mengambil peperiksaan besar SAHAJA. Jadinya, anak-anak yang lain telan air liur je lah. kihkihkih.

Tapi, yang tak boleh blah, waktu aku nak SPM dulu menu aku lagi pelik tapi benar..

Ceritanya begini, aku adalah masuk satu seminar kat UM utk kami-kami yang nak ambil SPM nih. (Bajet dapat soklan bocor lah...harammmm....malas belajar tapi nak score..bijak sangat kan.. ) So, speaker tu ada lah suggest satu menu rahsia untuk kekalkan minda yang cergas waktu belajar dan sentiasa ingat. Petua rahsia tersebut adalah.... (cepat amik pen dan kertas ya adik-adik)........................................................................

Untuk kekalkan badan dan otak yang cergas, sentiasa minum 100plus. Entahla, agaknya speaker tu dapat tajaan 100Plus kot.. Air lain tak boleh. Wallahualam.

Petua untuk kuatkan ingatan pulak, campurkan kicap manis dan cuka, kemudian bancuh dengan air suam. NO KIDDING ok. Kau nak gelak, kau gelak lah. Tapi aku ikut petua ni hampir sebulan gak lah, sebelum aku rasa macam mengarut aje. Kicap hanya boleh guna Kicap cap kipas udang. Haaa..... Puaslah Bonda nak melayan menu pelik aku nih.
 
 
Sudahnya, result SPM takdelah power sangat. cukup-cukup makan. Sebabnya, belajar pun dah last minit. cukup baik, rezeki aku plak dapat masuk 'u'.

Sebenarnya, moral of the story, kalau kau rasa nak score, tolonglah usaha. ko bajet dengan minum or makan segala tuh boleh bagi ko bijak? kalau tak usaha, tak guna jugak dik oii..


p/s: aritu, masa di suakan telur separuh masak yang dah siap berkicap dan berlada, berbunga-bunga hati aku. malas nak tunjuk aje.

...di bumi yang tidak bertuan



Setiap kali kau tersenyum..
Setiap kali itulah terngiang-ngiang di kepala
yang kau hanya memaksa senyuman didepanku

Ah,
terlalu banyak berfikir barangkali.

Biarlah,
Walaupun ianya satu kepuraan
Ianya akan tetap aku simpan

Kerana
Hidup ini terlalu singkat untuk aku rumitkan
Hidup ini terlalu singkat untuk aku bisingkan

Aku kan terus mengejar ombak
kan terus menghitung bintang

Moga satu hari
tatkala aku menikmati teriknya mentari
setelah merasai dinginnya hujan
ku kan terjumpa sang pelangi.

Thursday, July 11, 2013

Ramadhan's rambling

Salam semua. Hari ni  yours truly ada mood nak rambling. Jadi kalau ada masa, layankan je lah ye. Tapi kalau rasa masa anda itu berharga, sila abaikan entri ini. (aku tak pakse korang baca lahh..)
  
Perkara yang paling menyenangkan buat aku setiap kali Ramadhan adalah ketenangan yang datang bersamanya. Mungkin ada yang tak perasan, tapi buat aku yang selalunya mood swing nih, Ramadhan adalah bulan terbaik untuk aku bertenang dan berfikir secara lebih jelas.
  
Dan secara jelasnya, aku sangat rindukan sahabat aku Cik Tree. Yang sekarang tengah bercuti 2 minggu.. ok aku jeles. tapi in a good way lah. bukan dengki macam tuh. Dulu, kalau buat kerja gila-gila, mesti kami plan sama-sama. sekarang dia ke satu lokasi (yang aku tak boleh publish di sini), bercamping dan melayan perasaan. mencari diri sendiri. ahh, aku rindu saat-saat macam itu. Cik Tree, aku sentiasa doakan awak dalam lindungan Allah. kalaupun kita selalu berbeza pendapat, tapi air dicincang takkan putus.... kan?
  
Dan secara jelasnya, aku tahu konflik dalam hidup aku sekarang memakan diri aku sendiri. Aku hanya mampu berdoa yang baik-baik aja. Kalaulah dia merupakan jodoh yang Kau tentukan untuk aku..permudahkanlah urusan kami. Tapi kalau bukan dia, Kau permudahkanlah juga segalanya. Sesunnguhnya aku hanyalah hambaMu yang selalu aja lalai dan alpa dalam kehidupan yang Kau berikan untukku. Sesungguhnya, aku masih ingat permintaan aku daripadaMu di Ramadhan yang lalu, moga aku diketemukan dengan seorang Imam yang dapat membimbingku. Lewat ini, aku sudah ketemu seorang Imam yang bisa aku turuti, tapi Ya Rabbi, kurniaanMu masih lagi sebuah rahsia yang tak mudah untuk aku selongkari. Kau permudahkanlah walau apa sahaja jalan itu, Ya Rabbi.
 
Secara jelasnya jugak, aku masih lagi mencari-cari keredhaan Allah dalam setiap perbuatan aku. Dan serasa aku, mencari keredhaan Allah itu adalah satu perjuangan yang takkan habis. Ibarat peperangan diri kita dengan syaitan, nafsu dan tak lupa diri sendiri. Hati akan sentiasa rasa curiga, akal sentiasa bersoal dan bertanya, nafsu sentiasa meyakinkan bahawa apa yang diberi olehNya takkan pernah mencukupi. Hailahhh iman, bertabahlah. Perjuangan ini adalah perjuangan seumur hidup.

Eh, aku ni bukanlah nk belagak ustazah bagaii.. tapi bukan ke sharing is caring (*senyum*)?

Lagipun kan dah aku terang tadi.. Ramadhan adalah bulan terbaik untuk aku bertenang dan berfikir secara lebih jelas. So, jelas tak??

bersungguh aku berfoto kat store room opis..err


Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan al Mubarak 2013

Air Asam Boi & Bonda @ Kuala Selangor
***saje bagi gambar yang menguji iman.. hehe.. teruji tak??
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


First day puasa.

Langgar kereta orang.

Mungkin Allah tengah bisikkan kat aku, sila fokus dalam pemanduan hidup ini.



p/s: kelakar pulak bila fikir-fikir balik. sepatutnya pengamal undang-undang macam aku lah yang tak panik. ini, no plat kereta tu pun aku tak amik. tunjuk blurr depan pak polisi.

Monday, July 8, 2013

what do u see

King of sushi



I see me.
do u see yourself?


P/s: dare to be different. Define yourself.  Don't let other define you.

Friday, July 5, 2013

Hujan Di Tengah Malam - Izzue Islam | Bunga Merah Punya (re-post)



hujan di tengah malam tanda kasih yang ku rindukan
bila tak lagi rembulan kesiangan

bintang berkelipan mencari satu harapan
aku yang sendiri tanpa teman tanpa kekasih

andainya hari tak bermentari sayang
andainya malam tiada kelam kasih

hujan turunlah
kau sejukkan hati yang rindu ini
dengan cinta kasih dan sayang
darimu Tuhanku yang satu
 
p/s: link cerita aritu .. dulu tak dapat post video.. la nih dah reti dah.. hehe.. enjoy!!

Teru Teru Bozu ~ pls go rain, come the sunny light



you can pretend all the way as it never happen.
just like everyone does.
and I am a good pretender, I am.

but things happen.
and things happen for a reason.

I won't hate you for being yourself.
and I wont punish you, for that is myself.

I can be mad at you for all of my life.
but I've passed that stage already.
too much anger is still in my blood.
broken. faded. rusty.
and it doesn't bring me any good.

but things happen.


p/s: this song is really nicely creepy. and I love it!

imam


Andai aku ketemu seorang lelaki yang bisa jadi imam pada setiap solatku
Akan aku habiskan seluruh hayatku dengannya
dan kalau diizinkan, selepas hayatpun tak mahu aku berpisah darinya

Tapi andainya Dia punya caturan yang lain daripada itu
Akan aku sandarkan prasangka yang baik-baik
Mungkin ada dosa yang telah aku cagarkan dan kini perlu langsaikan

atau mungkin juga Dia sedang mengaturkan yang lebih baik untukku ..



Friday, June 28, 2013

in the sea of emotion..

to do what I do, I really need high level of patience. indeed sometimes, I have to breath deeply in between the lines as I speak. it sucks though you can't spell all the anger for future sake.. or even old time sake (if any). you want to cry so much, but you know your tears won't bring anything but weakness in you. so, here I am. sat in silence, try to compose myself and hope to find a reason to make me smile for the day.
 
and worst,
 
all people who really matters to me has to put up with my ego and tantrums each day for I have to remain compose in front of them who in reality does not deserve it.
 
 
Tuhan, adakah talian hayat untukku?

Tuesday, June 25, 2013

A.Z.A.M

Salam semua..
 
Harini aku nak buat azam. Aku akan cuba (..read my lips ok.. CUBA..) untuk siapkan semua kebanyakan entri-entri yang dah lama pending/on hold/di gantung tak bertali kat draft box tuh.
 
Bukan apa, rasa tak adil pulak kat entri-entri itu terbiar begitu saje. Dah kenapa pulak aku nak mendiskriminasikan mereka?? Betul tak?
 
P/s: mintak maaf lah kadang-kadang entri aku ada berbau emo. biasalah tu, aku kan manusia.
 
 

Tuesday, June 11, 2013

Hujan di tengah malam

Salam semua.
 
First time aku dengar lagu ni..sangatlah meruntun jiwa dan emosi aku. sereyes!
 
Second time ulang, perghh rasa nak menitik air mata.
 
Malang untuk aku yang tak reti nak donload mp3 application, so malanglah untuk korang yg membaca terpaksa ketik sana-sini untuk dengar lagu nih.. aku try donload pakai youtube pun tak menjadi. kecewa sat. tapi bolehlah korang copy link nih.. "http://www.youtube.com/embed/0i2epy57d8g"
 
 
Tapi, aku harap, korang yg membaca ni take time untuk dengar lagu nih. Bolehlah korang share apa yg aku fefeeling nih. tak lama pun.. kurang semenit je pun. =)
 
 
***************************************************************************************************

Hujan di Tengah Malam by Izzue Islam (OST Bunga Merah Punya)

hujan di tengah malam tanda kasih yang ku rindukan
bila tak lagi rembulan kesiangan

bintang berkelipan mencari satu harapan
aku yang sendiri tanpa teman tanpa kekasih

andainya hari tak bermentari sayang
andainya malam tiada kelam kasih

hujan turunlah
kau sejukkan hati yang rindu ini
dengan cinta kasih dan sayang
darimu Tuhanku yang satu
 
 

an apple a day, keeps a doctor's away

 
Grand Lexis, Port Dickson ~ 13/4/2013 ~ Didie & Scha's Hens Party


When a girl says that shopping is the best theraphy..
trust her.
Shopping IS the best theraphy.
 
.....and oh yes, besides good food.



p/s: a good spender, might not necessarily be a good user though. :p

Friday, June 7, 2013

Bersyukur



Miss Blurry : Pokoknya tak berapa nak hidup, kak.

Kak C : Tak apalah. Janjinya ada pokok. Ada oksigen.

Miss Blurry : Ya lah. Tapinya seolah mahu mati aja.

Kak C : Eh, dia masih hidup kan? Masih bertahan.

Miss Blurry : Betul, kak.

Kak C : Namanya, kita perlu bersyukur, dik. Bersyukur..


Girl Interrupted

Pasar Buku, Medan, Indonesia ~ 5.5.2013

One girl
Can't change everything that she touch
But she's touched by everything that changes her

Sibayak Mount, Medan Indonesia ~ 3/5/2012 ~ credit to Judin Trekkerz

One girl
In a group of guys
Determine to say that she's fit to be one of them
Determine to be one of them

Sibayak Mount, Medan Indonesia ~ 3/5/2012 ~ credit to Judin Trekkerz

One girl
Tries to make a statement to the world
She fails miserably
She tries again and again
Trying without any clue when does it stop

Sibayak Mount, Medan Indonesia ~ 3/5/2012 ~ credit to Judin Trekkerz

One girl
Consuming more than what she can endure
Deliver more than what she can give
Accepting the unaccepted
Moving within immobility

Gunung Datuk ...

One girl
She still believes in hope
Maybe not today
Maybe not tomorrow
But hope is all that she have.

An answered prayers

Good morning, husband All those morning feels incomplete If you weren't by my side I'm watching you sleep, stroking your eyebrows an...