Tuesday, October 22, 2013

#2) Birthday rambling...... BUCKET LIST BEFORE 30's

Assalamualaikum..

Setelah fikir panjang-panjang.. dan setelah buka mata yang aku ni bukannya muda lagi (walaupun di hati iolss sentiasa gila-gila remaja), aku dah decide untuk membuat perubahan dalam diri aku.
 
Jujurnya, aku penat mencari hala tuju.. hala tuju dalam karier, mahupun hala tuju dalam kehidupan.
 
Sentiasa nasihatkan orang cari matlamat dalam hidup. Kalau ada matlamat hidup, barulah direction a.k.a. hala tuju hidup akan makin jelas. Bila tergelincir atau terkehel di mana-mana, landasan atau base dah ada. Bangun dan kalau perlu merangkak, merangkaklah..kalau perlu mengengsot, mengensotlah! Janji kau dapat balik ke landasan yang asal.
 
Hari ini aku nak literalkan matlamat hidup aku... carrier wise.
 
  1. Aku tak mahu selamanya jadi kuli. Target aku adalah to own my own income! (walaupun menjadi surirumah adalah lebih tempting... ok, abaikan.. aku masih belum financially independent lagi..masih banyak hutang.. so, tak boleh berangan yang itu!)
  2. Upgrade diri untuk jadi marketable practitioner. So, before aku 30's aku akan pastikan yang aku amik kos-kos yang berkaitan. (aku nak apply untuk further study.. doakan semuanya lancar untuk aku yea!!)
 
Kerja itu adalah ibadah dan amanah. Setiap ibadah dijanjikan pahala. Setiap amanah adalah janji pada Allah. fuhh... berat sebenarnya tanggungjawab tu.

Langkah 1... cari BSN.. UITM intake application is open!! Zasssssssss~~~~ *terbang*
 

1 comment:

An answered prayers

Good morning, husband All those morning feels incomplete If you weren't by my side I'm watching you sleep, stroking your eyebrows an...