
jangan cari di bulan
kelak sayang ditinggal-tinggalkan
kelak kasih ditangan-tangankan
kalau mencari pasangan
jangan dekat di hati
kerna hati boleh disakiti
kerna hati boleh mati
sebaiknya, jangan cari pasangan
carilah suami.. carilah isteri
jangan dirumitkan dengan madah pujangga
tapi sulamkan dengan ajaran agama
InsyaAllah
takkan roboh teratak
kalau teguh tiangnya..
P/s: tiada benda yang sempurna.. kerana kesempurnaan itu bukan sifat kita, manusia. tapi, cubalah lengkap-melengkapi seusai kita di dunia.
Baru sekarang nak faham...adoiii adikku nih..
ReplyDelete