Jam menunjukkan pukul 3.00 pagi.. aku tak boleh tido. Perut meragam. Sejak 2 hari lepas. Banyak sangat yg bermain kat otak aku. Mungkin simptom nak period kot. Motiff aku ckap kat blog???? Hmm..
Hari ni genap 3 minggu aku jd yg halal utk hubster..
Harini jugak adalah birthday aku. (Maksudnya semalam la kot..since sekarang pun da pagi merangkap subuh hari yg baru kannn...)
Malam td hubster buat suprise celebration utk aku. Alhamdulillah. .. aku lebih tenang lepas bernikah.
Aku tolak tepi perasaan2 lain yang beraja kat kepala sebelum ni dan aku fokuskan utk kehidupan yang baru.
Aku dah puas menangis. Sekarang masanya untuk aku embrace the moment.
Ya.. aku ingat janji aku..utk menjadi isteri yg solehah.. janji Tuhan.. perkahwinan adalah tiket ke syurga.. tapi kalau tersalah langkah.. nerakalah tempat para isteri yang nusyuz.
Tetibe aku senti lak memalam cenggini tu dah kenapa???
Aku tahu.. antara perkara yang buat aku sangat takut akan perkahwinan adalah 'patuh' ataupun 'obey' dalam bahasa inggerisnya.. sifat semulajadi aku yang 'rebel' a.k.a 'memberontak' buat aku sangat takut yang aku tak mampu patuh pada seorang lelaki yang halal untuk aku.
Tapi setelah melalui hidup berumahtangga selama 3 minggu ni, baru aku tahu erti kepatuhan yang dimaksudkan. Patuh dan tolak ansur adalah 2 perkara yang seiring. Dan bila mana ianya tak seiring tu lah terjadinya berantakan. Tapi.. once u are in a marriage...ko takkan lalu nak bermasam muka 24jam. Ko akan cuba sedaya upaya untuk bertolak ansur.
Mungkin korang yang membaca rasa cam nak muntah baca entri ni sebabnya... eleh baru kahwin 3 minggu nak nasihat pasal perkahwinan bagai...
Hhaahahaa.. aku mampu senyum aja. Kau tak tahu apa yang aku lalui ok.
Setakat ini.. inilah yang mampu aku share. Sebolehnya, biar aku titipkan apa yang aku rasa dan fikirkan pd masa ini.. biar penulisan ni menjadi ingatan untuk aku lebih berusaha menjadi yang lebih baik pada masa2 akan datang.. insyaAllah. .
p/s: oh ye.. terima kasih banyak2 atas doa-doa dan ucapan kalian untuk aku ni. Terima kasih kerana tak putus asa dengan manusia yang bernama aku nih.
![]() |
Kappadokya, Turkey 2013 |
![]() |
Istikal Street, Istanbul, Turkey. |
Alhamdulillah.. I am happy to read this..i am happy for you dear lilsis...
ReplyDelete