Thursday, July 11, 2013

Ramadhan's rambling

Salam semua. Hari ni  yours truly ada mood nak rambling. Jadi kalau ada masa, layankan je lah ye. Tapi kalau rasa masa anda itu berharga, sila abaikan entri ini. (aku tak pakse korang baca lahh..)
  
Perkara yang paling menyenangkan buat aku setiap kali Ramadhan adalah ketenangan yang datang bersamanya. Mungkin ada yang tak perasan, tapi buat aku yang selalunya mood swing nih, Ramadhan adalah bulan terbaik untuk aku bertenang dan berfikir secara lebih jelas.
  
Dan secara jelasnya, aku sangat rindukan sahabat aku Cik Tree. Yang sekarang tengah bercuti 2 minggu.. ok aku jeles. tapi in a good way lah. bukan dengki macam tuh. Dulu, kalau buat kerja gila-gila, mesti kami plan sama-sama. sekarang dia ke satu lokasi (yang aku tak boleh publish di sini), bercamping dan melayan perasaan. mencari diri sendiri. ahh, aku rindu saat-saat macam itu. Cik Tree, aku sentiasa doakan awak dalam lindungan Allah. kalaupun kita selalu berbeza pendapat, tapi air dicincang takkan putus.... kan?
  
Dan secara jelasnya, aku tahu konflik dalam hidup aku sekarang memakan diri aku sendiri. Aku hanya mampu berdoa yang baik-baik aja. Kalaulah dia merupakan jodoh yang Kau tentukan untuk aku..permudahkanlah urusan kami. Tapi kalau bukan dia, Kau permudahkanlah juga segalanya. Sesunnguhnya aku hanyalah hambaMu yang selalu aja lalai dan alpa dalam kehidupan yang Kau berikan untukku. Sesungguhnya, aku masih ingat permintaan aku daripadaMu di Ramadhan yang lalu, moga aku diketemukan dengan seorang Imam yang dapat membimbingku. Lewat ini, aku sudah ketemu seorang Imam yang bisa aku turuti, tapi Ya Rabbi, kurniaanMu masih lagi sebuah rahsia yang tak mudah untuk aku selongkari. Kau permudahkanlah walau apa sahaja jalan itu, Ya Rabbi.
 
Secara jelasnya jugak, aku masih lagi mencari-cari keredhaan Allah dalam setiap perbuatan aku. Dan serasa aku, mencari keredhaan Allah itu adalah satu perjuangan yang takkan habis. Ibarat peperangan diri kita dengan syaitan, nafsu dan tak lupa diri sendiri. Hati akan sentiasa rasa curiga, akal sentiasa bersoal dan bertanya, nafsu sentiasa meyakinkan bahawa apa yang diberi olehNya takkan pernah mencukupi. Hailahhh iman, bertabahlah. Perjuangan ini adalah perjuangan seumur hidup.

Eh, aku ni bukanlah nk belagak ustazah bagaii.. tapi bukan ke sharing is caring (*senyum*)?

Lagipun kan dah aku terang tadi.. Ramadhan adalah bulan terbaik untuk aku bertenang dan berfikir secara lebih jelas. So, jelas tak??

bersungguh aku berfoto kat store room opis..err


No comments:

Post a Comment

An answered prayers

Good morning, husband All those morning feels incomplete If you weren't by my side I'm watching you sleep, stroking your eyebrows an...