Wednesday, July 17, 2013

Cerita dolu-dolu : EXAM WEEK

16.7.2013
Salam semua..
 

Masih ingat tak zaman-zaman sekolah dulu... apa yang paling korang ingat time nak exam?
 
 
Paling manis buat aku adalah setiap hari sepanjang aku menghadapi UPSR dan PMR, Bonda takkan pernah lupa untuk rendamkan telur dalam air panas, supaya jadi telur separuh masak. Pastu diletak sikit kicap dan lada sulah untuk perisa. Mula-mula, macam dipaksa-paksa aja makannya. Ape ketidaknya, beriya-iya mak kejut bangun awal pagi untuk sarapan hidangan istimewa nih. Of course lah sebagai anak kecil yang lagi berhingus (time tu lah) ni memang payah nak bangun pagi. Lama-lama, memang layan jugak lah. Sampai kekadang tuh mintak 2 biji telur. Tapi, waktu tu manalah mampu nk makan sampai 2 biji telur setiap pagi kan..
 
 
Yang uniknya, menu sarapan istimewa ini hanya akan dihidangkan kepada anak Bonda yang akan mengambil peperiksaan besar SAHAJA. Jadinya, anak-anak yang lain telan air liur je lah. kihkihkih.

Tapi, yang tak boleh blah, waktu aku nak SPM dulu menu aku lagi pelik tapi benar..

Ceritanya begini, aku adalah masuk satu seminar kat UM utk kami-kami yang nak ambil SPM nih. (Bajet dapat soklan bocor lah...harammmm....malas belajar tapi nak score..bijak sangat kan.. ) So, speaker tu ada lah suggest satu menu rahsia untuk kekalkan minda yang cergas waktu belajar dan sentiasa ingat. Petua rahsia tersebut adalah.... (cepat amik pen dan kertas ya adik-adik)........................................................................

Untuk kekalkan badan dan otak yang cergas, sentiasa minum 100plus. Entahla, agaknya speaker tu dapat tajaan 100Plus kot.. Air lain tak boleh. Wallahualam.

Petua untuk kuatkan ingatan pulak, campurkan kicap manis dan cuka, kemudian bancuh dengan air suam. NO KIDDING ok. Kau nak gelak, kau gelak lah. Tapi aku ikut petua ni hampir sebulan gak lah, sebelum aku rasa macam mengarut aje. Kicap hanya boleh guna Kicap cap kipas udang. Haaa..... Puaslah Bonda nak melayan menu pelik aku nih.
 
 
Sudahnya, result SPM takdelah power sangat. cukup-cukup makan. Sebabnya, belajar pun dah last minit. cukup baik, rezeki aku plak dapat masuk 'u'.

Sebenarnya, moral of the story, kalau kau rasa nak score, tolonglah usaha. ko bajet dengan minum or makan segala tuh boleh bagi ko bijak? kalau tak usaha, tak guna jugak dik oii..


p/s: aritu, masa di suakan telur separuh masak yang dah siap berkicap dan berlada, berbunga-bunga hati aku. malas nak tunjuk aje.

3 comments:

An answered prayers

Good morning, husband All those morning feels incomplete If you weren't by my side I'm watching you sleep, stroking your eyebrows an...