Monday, December 9, 2013

Nutella Brownies anyone?

Assalamualaikum...
 
Alkisahnya, aku nih sebenarnya suka sangat makan brownies. Dan kerana sukanya aku tu, dah beberapa kali aku cuba buat, tapi tak pernah lah menjadi. Brownies yang sepatutnya rangup tuh, sudahnya jadi moist cake. Aku pun tak tahu lah mana silapnya. Mesti salah oven yang jarang guna tuh. :p
 
Beberapa hari lepas, dok aku google cara buat lasagna, aku terpandang cara buat Nutella Brownies.
 
Tell you the truth, aku pun terkejut bila hanya tiga bahan yang digunakan.. ya, TIGA!! Dan, untuk memenuhi rasa ingin tahu tu, aku pun cuba la kat rumah, semalam.
 
Bahan-bahan yang digunakan adalah Multi Purpose Flour, Nutella dan Sebijik telur ayam.
Kita hanya perlukan separuh cawan Nutella tersebut. Wallahualam, aku pun tak timbang berapa gram lah pulak. Aku main agak-agak aje.
 
 

 
Masukkan dalam bowl kaca. Pecahkan telur ayam tuh, dan kacau guna hand mixer sampai dia sebati. 
 
 
Dah sebati ko letak pulak lima (5) sudu besar tepung serba guna (multi purpose flour) tadi secara berperingkat-peringkat. Jangan letak semua sekaligus, bertebaran nanti tepungnya.

 
Pastu, susun elok-elok bekas paper cup atas loyang. Disebabkan aku nih tak berapa confiden, aku letak paper cup aku atas loyang buat kuih cara. hehee... eh, paper cup tu jgn lupa letak la secalit butter.. Takmo kasi dia melekat.


Kemudian, tuangkan adunan tadi dalam paper cup. Wallahh... dah siap utk dibakar!


Masukkan dalam oven lebih kurang 15-20 minit dalam suhu 180'c. Disebabkan aku buat dalam paper cup kecik, so brownies aku tak ambil masa yg lama utk masak. Tapi, kalo korang decide untuk buat dalam satu loyang besar, masa dia lebih kurang 20-30 minit.

Sementara tunggu brownies tu masak, bolehla sediakan toppingnya. Aku guna walnut dan chocholate chip. Kacang walnut tuh aku ketuk2 sikit bagi hancur. Malas sangat korang ramas-ramas pun boleh.


Elok je masak brownies tu, calitkan lebihan nutella tu kat atas brownies, then campakla walnut and choc chip tadi. Masuk oven dalam seminit lagi. Jangan lama-lama sangat.. nanti hangit!

Then, Walllah... your Nutella Brownies da jadi!

Untuk satu adunan ni, aku dapat 24 biji paper cup. Rasa dia, oklah. Nak perfect, kene cuba lagik.


Selamat mencuba!!!!

No comments:

Post a Comment

An answered prayers

Good morning, husband All those morning feels incomplete If you weren't by my side I'm watching you sleep, stroking your eyebrows an...