Tuesday, June 21, 2011

kawan lama - what is the right words to say

5pg. ringtone aku berbunyi..
"oooh bulan..enggan melayan diriku lagi..pabila...air mata membasahi pipi...." (Yuna-Dan Sebenarnya) 

manusia manalah yang tepon aku pagi-pagi buta ni..kurang sivik betul! nombor yang aku tak kenal pulak tuh. bila aku jawab, boleh pulak dia tanya aku kenal dia ke tak. what do you expect, telepon pagi-pagi buta suruh aku teka siapa dia.

it turns out that the guy is one of my newly-found-schoolmates-via-facebook! dan aku ni pun secara sengalnya lupa untuk mem-private kan phone number aku. and guess what else did he said to me.. "kenapa suara yu manja sangat nih?nak ai temankan sebelah yu ke?".. what the ***!! palahotak ko, yang ko tepon aku pagi-pagi buta tu kenapa, harus la aku tengah tido dan mengeluarkan suara orang tengah mamai.

terus buntang mata aku. "ko nak ape tepon aku waktu macam ni? ko tak reti tido ke?".. selamba aku meng-kau-aku kan dia, walaupun dia meng-ai-yu kan aku..bla-bla-bla (dia mula cerita kat aku benda yang tak penting untuk aku tau...yang tak worth untuk dengar pun..aku rasa mamat ni tengah high ni).

lalu aku pun tanya kat dia, "ko kaco aku malam-malam macam ni, cakap merapu tunang ko tak marah ke? kecik ati dia..".

lalu dia pun jawab, "aku da putus la. ko nak 'teman' aku tak? mmm...ko tengah pakai baju ape tu?"..

eh, macam tu aje? sikit pun aku tak percaya. mamat ni serius tengah high. "baik ko cakap betul-betul, ape ko nak tepon aku ni?" aku dah malas nak berbasa basi dah.

"sebenarnya, aku nak pinjam duit la daripada ko. sikit pun jadila, boleh ko tolong aku?"

mata aku yang buntang tadi dah hampir terjojol keluar. nasib aku tido sorang, kalau aku ada roomie naya aja dia mati heart attack tengok muka aku time tue. aku lost contact ngan dia (mamat ai-yu ni) masa hari terakhir aku kat sekolah dulu..that was 9years ago. dan waktu sekolah dulupun, aku bukannya rapat dengan dia. setakat hye-hye-bye-bye je. baru dua-tiga hari lepas start bebalasan mesej kat fbook.

and now, ko nak pinjam duit daripada aku selepas ko buat adegan macam mintak aku tolong adjust paip air ko yang tersumbat tuh? sekarang aku konpius.. samada aku ni yang mimpi ngeri, atau kau tu yang tak tahu malu? serius ko buat malu kat kaum ko! dan kalau macam ni la spesis kaum ko yang nak jadikan aku bini, aku lagi takut kawin dari membujang!

pendekkan cerita, setelah aku letak tepon, aku cuba sambung tido. tak tahu malang apa nasib, mimpi dia tengah pandang aku. menakutkan beb!

pagi tu, aku bukak fb account aku. aku tengok balik mesej-mesej antara aku dan dia.. dan aku tak jumpa sepatah ayat pun yang menunjukkan aku 'inviting' dia. aku sempat bagi ucapan tahniah lagi atas pertunangan dia. 

sampai harini, dia dah tak cuba hubungi aku lagi. aku sangat bersyukur! 

No comments:

Post a Comment

An answered prayers

Good morning, husband All those morning feels incomplete If you weren't by my side I'm watching you sleep, stroking your eyebrows an...