Perjalanan menuju ke Gunung Kinabalu mengambil kira-kira 2 jam dari KK. Jalan agak bersimpang siur. Kalau anda mudah loya, siap sedia dengan minyak angin tau. tapi kalau tak loya mcm aku nih, just enjoy the view.. cantikk!
Kami memilih untuk menginap di Sutera Sanctuary Lodges. Pakej yang ditawarkan lengkap perkhidmatan hostel (satu dorm 6org, campur laki-ppuan), buffet makan pagi-tengahari-malam (yg sangat sedap-aku makan tak pernah tak licin pinggan..hahhahaaa), renjer, permit naik gunung, hostel di Laban Rata...LENGKAP!
sangat sejuk. aku rasa orang lain takla sesejuk aku pun, tapi ntah kenapa grup kami sejuk yang melampau..even nak mandi pun fikir banyak2 kali.. tapi jgn risau, kami mandi. hehe =)
this is Kinabalu Park HQ
Sebelum mula mendaki, kami diberikan penerangan ringkas terhadap pendakian esoknya..ni pun termasuk dalam pakej. Foto bawah ni adalah tempat pendiangan yek..kat KL takde nih..hihii..
so, this is it.. kaki Gunung Kinabalu.. rasa macam tak percaya aja dapat tengok dengan mata sendiri Gunung yg tertinggi di rantau Asia Tenggara.. =)
Timpohon Gate (1.866 metres above sea level @ m.a.s.l)
masing2 muka ceria nak mulakan perjalanan.
Carson Falls menyambut kedatangan kami.. =)
Kandis Shelter. Belum apa2 lagi kami da berenti.. pancit sat. banyak sangat anak tangga. itulah pasalnya, kami p dengan tak training, main redah jee.. tak sangka langsung kena mendaki anak tangga sepanjang perjalanan ke Laban Rata.
oops, lupa nak bgtau. seelok2nya, bawalah satu walking stick setiap seorang. kalau takada pun takpa, boleh sewa dengan kadar RM5 setiap batang. macam yg Kak D pegang tu.
Pemandangan yg cantik.. suhu yg sangat sejuk. bayangkanlah, belum sampai Laban Rata kepala dah pening, hidung macam nak pecah.. tambah pulak hujan.. journey tak susah, tapi mental kena sgt kuat. Sampai aja di Laban Rata dah pukul 4ptg..padahal journey hanya lebih kurang 5km drpd Timpohon Gate. itulah padahnya tak cukup training (masing2 berlagak cam hebat..kihkihkihh).
anyhow, sepanjang perjalanan kami, ada ramai porter yg angkat tong gas, kotak2 megi.. selamba aje diorg pintas kitorg yg terkial-kial adjust ankle yg dah mintak ampun.. memang hebat, ada seorang porter tu, sepanjang pendakian naik aku perasan dia buat 3 round angkat kotak2 dan tong gas.. serius kagum!
disebabkan penat yang terlampau, sebaik aja makan malam pukul 5ptg, kami pun beransur ke hostel yang disediakan. terkejut tengok termometer menunjukkan suhu waktu tu pada kadar 8'celcius. setiap jari jemariku mau beku. sesudah aja solat, pukul 6.30ptg aku terus kiok, tdo. tak pernah dalam sejarah tdo sebegitu awal.. tapi disebabkan suhu yg melampau sejuk, tdo pun tak lena, asyik kejang2 seluruh sendi.
untuk korg yg tak berapa nak tahan sejuk (macam aku nih, maybe kita sebenarnya lahir kat Pdg Gurun Sahara..MUNGKIN yeaa..), korang belila pek arang pemanas macam yang dalam foto di bwh. aku beli kat Universal Traveler. ok la untuk tak bagi tangan n kaki tak beku. in fact, waktu kami dah sampai KK, still panas ok! memang berbaloi!
lebih kurang pukul 12tghmlm, Kak D kjut bangun tdo. siap2 utk makan supper. terpaksalah turun balik Laban Rata Resthouse untuk penuhi nafsu makan. makanan seperti biasa, tidak mengecewakan. dan kami mulakan perjalanan kira-kira pukul 3pg.
bergerak pagi2 buta ni memang best..provided korang pakai head light..kalu pakai torchlight pegang macam aku ni, serius menyusahkan. tak payah bwk walking stick pun takpa. make your hands available. you'll need it to hold the rope. make sure bwk extra battery. sad story, torchlight aku telah menghampakan tuannya, lalu termenangislah aku kerana penglihatanku terbatas. macam org buta jalan. sejuk. tak nampak. jalan tepi gaung. guide lak hilang entah ke mana. hanya kami bertiga meredah malam di gunung kinabalu. sila bayangkan.
#Donkey Ears Peak
sudahnya, "kak, saya dah tak larat. tak sanggup naik tanpa nampak apa2". buat Kak D dan Cik Tree, aishh..tak taulah aku apa yg diorg rasa..patah semangat kot dengar aku ckp mcm tu.. lalu, berkelah-lah kami di Sayat-Sayat (3,827.3 m.a.s.l.), sambil menunggu guide. jam menunjukkan lebih kurang pukul 5.15pg. lebih kurang setengah jam lepas tu, guide kami pun sampai dengan muka yg teramat bersalah. katanya, kawan kami dan ada seorang lagi give up, mau turun balik hostel. lalu dia pun escort mereka.
menurut si guide, ada lebih kurang 2 jam lagi utk ke Low's Peak. tapi, menurutnya lagi agak bahaya memandangkan angin makin kuat. setelah dicongak-congak segala kebarangkalian, kami bertiga putuskan untuk turun ke Laban Rata. kawan2 yg membaca entri ini, silalah jgn contohi kami. sediakan mental yg kuat sebelum pergi ya.
#Donkey Ears Peak from Laban Rata Resthouse's view
macam gula-gula kapas kan.. pemandangannya sangat....tak terkata!
oh ya, jgn lupa bwk rain coat. sepanjang perjalanan kami hujan. titik.
setelah berpenat-penatan di Gunung Kinabalu, balik di KK kami teruskan aktiviti shopping di Filipino Market. kat sini la kalau nak beli mutiara Sabah.. cantik2.. tak sedar duit melayang..huhu =(
beg yg telah siap di pek untuk balik!
oh, by the way, Gunung Kinabalu, i'll be BACK! I WILL CONQUER YOU!!
penghargaan khas buat Kak D yg banyak men-sponsor trip kali ini..jgn nyesal yea..hihihihii.. =)
No comments:
Post a Comment