Monday, June 20, 2011

aktiviti seorang penganggur (macam aku)

sejak 20hb Mei yg lepas, bermulalah episod tanam anggur aku secara rasminya.

menjelang hari ni, 20hb Jun, genap sebulan aku goyang kaki, tengok tv sampai lenguh badan, blogging sampai tak tau nak tulih ape lagi, baca novel sampai boring, khatam AF9, Mentor, Life Unexpected, Oprah Farewell Season, Top Chef, Faily Legal, Desperate Housewife, Nora Elena, Fbooking, google tempat hiking, makan tak hengat dunia, bila rasa gemok jogging lak waktu petang.....ni semua bagi memenuhi tuntutan nafsu cuti aku...erkk!

try masak brownies yang tak keras-keras, gaduh-gaduh ngan Bonda (pasal arah jalan, pasal fesyen aku, pasal pilih channel tv, pasal kerja, dll..), sibuk-sibuk kacau Cik Ya time dia keroje (konon nak bincang pasal aktiviti luar pintu yg seterusnya padahal sebab bosan takde kerja lain), gedik-gedik kacau Cik Tree time dia kerja (pun sebab bosan jugak), try planning aktiviti luar pintu yang mana kalau orang taknak p aku majok and rasa give up (hahahahahaa..melampau kan!).....ni semua untuk bagitau kat dunia yg aku masih wujud dan bernafas lagi kat rumah ni.. yea, memang dunia aku kecil je.  

oh ya dan google untuk cari keja jugak...=p

dan, beberapa benda yang memberangsangkan aku dah buat sepanjang tempoh ni adalah mendaki Broga buat kesekian kalinya (9&10 Jun, 2011). kali ni, aku naik sorang-sorang. best naik broga kali ni sebab orang tak ramai. so, sampah pun tak banyak...huh?

tapi yang tak bestnyer, tendency untuk rasa gayat tu berganda-ganda kalau naik solo..hmmm....


dan kalau sebelum ni ko nampak ulat gonggok yang sepanjang 2jengkal dan segemuk jari telunjuk ko buat bodo je, tapi bila ko naik sorang ko rasa rugi kalo tak ambil foto si gonggok itu.. =p




ya...memang seronok jalan sorang-sorang. tapi, buat orang yang macam aku ni yang dah sebulan duduk kat rumah sorang-sorang time orang lain pergi kerja, lagi seronok kalau ada orang teman aku.. (hahahahaa bukan lagi seronok kalau aku dapat kerjaa, tapi lagi seronok kalau ada member jalan-jalan!)


p/s: dengan kamera fon pun jadi aje aku nih! -.-

No comments:

Post a Comment

An answered prayers

Good morning, husband All those morning feels incomplete If you weren't by my side I'm watching you sleep, stroking your eyebrows an...