Wednesday, June 15, 2011

#8) Gunung Irau 1 Mei 2011 & 21-22 Mei 2011

Salam semua. kali ni aku nak cerita trip ke Gunung Irau. trip pertama, aku, Kak D, Cik Tree, Abg, Ayen & Fish. hari pekerja 1 Mei, 2011.

Kami gerak pagi-pagi lagi dalam pukul 6.00pg, tapi disebabkan jalanraya diselaputi kabus, Cik Tree selaku driver kami terpaksa memberhentikan kereta di jalan membukit Gunung Brinchang menuju ke tapak starting point to Gunung Irau. sepanjang perjalanan, kami terserempak dengan beberapa grup yg sengaja berhenti di tepi jalan untuk mengambil gambar matahari terbit di tanah tinggi Cameron. oh ya, Irau terletak di Cameron Highlands. so, all the way up to the mountain, you'll see the magnificent view of tea plantations and vegetable farms.. =)



sebelum memulakan pendakian, kami dinasihati oleh hikers2 yg lain untuk bertukar ke seluar pendek dan memakai sandal. mula-mula tertanya-tanya gak apa relevannya, tapi, tak sampai sepuluh minit kami dah faham dah kenapa.

kami bergerak naik dalam pukul 8.00pg.

lebih kurang 5 minit pertama, kami meniti jambatan papan yang disusun cantik dan dibina kukuh di kaki Irau. sempat lagi salah seorang daripada kami berlawak, "kalau macam ni, berjam2 jalan pun takpe..".. pemandangan yg tidak mengecewakan..cantik beb!


sebaik je habis laluan berpapan, ni lah jenis laluan yang terpaksa kami lalui. menurun.membukit kembali. menurun lagi. membukit balik. menurun lagi. membukit balik...bla bla bla.. selut, muddy, lumpur, tamboq (atau apa-apa aja bahasa yang korang nak guna), hingga ke paras lutut! (atau mungkin lebih bagi yg tak berapa tinggi macam aku nih) 


lepas tak sampai 10 minit memulakan perjalanan, inilah hasilnya.


sila jalan di akar2 kayu kalau tak mahu kaki tenggelam. dan jangan pelik jika sepanjang perjalanan korang akan ternampak tapak2 kasut yang tertinggal, tertanggal dari tuan punyanya.

mula2 tu, sangat berhati2..last2, main redah aja!






oh ya, ada 2 puncak. satu, puncak palsu. which means korang tak sampai lagi. tapi ada tempat landai disediakan untuk korang lunch. kami ambil masa lebih kurang 4jam untuk ke sini. tapi, kalu korang expert hikers, boleh sampai dalam 2-3jam kot.kami banyak rehat. sejam lagi ke puncak Irau.

kami tamat perjalanan lebih kurang pukul 6ptg. orang lain selamba aja pintas, kami terkedek2 berpaut pada akar akar kayu. hujan sangat lebat. terjatuh, tergelincir perkara biasa. so far, walaupun Irau cantik (bila bloggers lain cakap macam trek dalam Lord of the Rings & Avatar, which is so very true) ni la gunung yg paling teruk pernah aku naik.

**************************************
tapi, even teruk, aku sahut challenge untuk naik for the second time on 21-22 Mei yg lepas. sebab aku risau kat Cik Ya (cehh, macam aku ni kuat sangat..statement yg sgt menggelabah ok!)..

foto-foto di bawah ni adalah hakmilik Cik Ya yg aku salin&tampal di blog aku. sebabnya, aku tak bwk camera sendiri this time.

kali ni, kami sampai awal pagi lebih kurang pukul 3pg, then kami terus pasang khemah, masak dan tido. sejuk ok! pendakian kali ni turut disertai oleh Cik Ya, Cik Em, Isk, dan In. 




 







kesimpulannya, trip kali kedua ni tak lah seteruk the first trip. maybe sebab dah boleh agak apa yg mendatang. tapi bila ditanya mau datang lagi tak...TAK KOT..hehe!

Cik Ya ckp, Gunung Saiko =p

balik dari Irau, jalan2 kat Ladang Teh, Cameron Highlands! =)



No comments:

Post a Comment

An answered prayers

Good morning, husband All those morning feels incomplete If you weren't by my side I'm watching you sleep, stroking your eyebrows an...