Monday, June 27, 2011

Darah oh Darah.....

Jumaat lepas aku ke Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak, KL. Dengan langkah yang diatur rapi dan buku kecil berwarna merah yang tersemat kemas di tangan, aku menuju ke kaunter hadapan.

Aku  : Kak, saya nak derma darah.
Akak Nurse  : Pernah menderma tak?
Aku  : Pernah, tapi bukan di sini. (lalu menghulurkan kad merah tadi)
Akak Nurse  : Okeh. Sila isikan borang ini ya. Sila timbang dulu.. cukup 45kg tak?
Aku  : Cukup (lalu berdiri di mesin penimbang). Mak aih, da naik la kak..46.9kg.
Akak Nurse  : Hulurkan jari, akak nak buat test darah kejap. tahan ye, sakit sikit nih.
Aku  : Okey.
Akak Nurse  : Umm.. dik, minta maaf lah.. adik tak boleh derma darah la hari ni.
Aku  : Kenapa kak?
Akak Nurse  : Tahap hemoglobin untuk penderma mestilah lebih daripada 12.5g/dl. Adik sekarang baru 11.8g/dl. tak dapat lah dik. Tapi jangan risau, paras ni adalah biasa bagi seorang perempuan. Cuma, tak layak untuk jadi penderma.
Aku  : Mungkin sebab saya belum makan tengahari kot. Nak saya makan dulu ka?
Akak Nurse  : Hmm..(senyum)..kalaupun adik makan, belum tentu naik dik. Kalau naik sekalipun takkan sampai 12g/dl.

Urghh..seyes aku kecewa.
Kata Cik Tree selaku jururawat peribadi aku, memang betul la kata Akak Nurse tu tadi. Tahap hemoglobin takkan naik mendadak. Jadinya aku perlu makan lebih kismis, kerang, susu, madu, telur dan makanan-makanan lain yang kaya dengan zat besi untuk tambah darah. huh!


p/s: aku ni berat dah tambah, tapi still kurang darah..apa maknanya tuh? dulu berat ngam-ngam 45kg pn boleh lagi derma.. hailooooo....  

No comments:

Post a Comment

An answered prayers

Good morning, husband All those morning feels incomplete If you weren't by my side I'm watching you sleep, stroking your eyebrows an...