Thursday, June 30, 2011

A LONE

Bonda doesn't want to see me alone
because Bonda knows
how does it feel to be alone
enough said

***

old post

24/6/2011, 1.48 a.m.


Tak mampu untuk tidur

Salahkan mata mahupun hati
Bukan jawapan itu yang aku cari
Malah, soalannya sendiri sudah aku lupai
Terlalu asyik dengan gumpalan mimpi

Menjadi susah
Menjadi resah
Menjadi kesah
Menjadi lumrah

Persetan sahaja segala rahsia
Bongkarkan sahaja segala yang ada

Biar lemas daripada kau cemas
Biar nanar daripada kau tersasar

Biar mati daripada kau pergi..

Tuesday, June 28, 2011

Pre-Gunung Bintang

Babak 1
CT  : Orang kata G. Bintang (1,862m) ni macam G. Nuang (1,493m). SUSAHH....
A    : Tak apalah. Aku tak pernah naik G. Nuang, mungkin ada jugak senangnya. So aku cuba sajalah.

Babak 2
KD  : Tau tak, kita akan melalui laluan harimau, gajah.. makhluk halus pun banyak.. kena pasang niat betul-betul nanti.
A     : Tak apalah. Memang hutan tempat mereka. Takkan la kita nak pasang niat bukan-bukan lak.

Babak 3
(sesi meng-Google)
Alamak!! Gunung ni banyak PACAT!! aaaaaaaaaa tidakkkkkkk!!!!!!!!!!!!!

****************

Monday, June 27, 2011

Darah oh Darah.....

Jumaat lepas aku ke Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak, KL. Dengan langkah yang diatur rapi dan buku kecil berwarna merah yang tersemat kemas di tangan, aku menuju ke kaunter hadapan.

Aku  : Kak, saya nak derma darah.
Akak Nurse  : Pernah menderma tak?
Aku  : Pernah, tapi bukan di sini. (lalu menghulurkan kad merah tadi)
Akak Nurse  : Okeh. Sila isikan borang ini ya. Sila timbang dulu.. cukup 45kg tak?
Aku  : Cukup (lalu berdiri di mesin penimbang). Mak aih, da naik la kak..46.9kg.
Akak Nurse  : Hulurkan jari, akak nak buat test darah kejap. tahan ye, sakit sikit nih.
Aku  : Okey.
Akak Nurse  : Umm.. dik, minta maaf lah.. adik tak boleh derma darah la hari ni.
Aku  : Kenapa kak?
Akak Nurse  : Tahap hemoglobin untuk penderma mestilah lebih daripada 12.5g/dl. Adik sekarang baru 11.8g/dl. tak dapat lah dik. Tapi jangan risau, paras ni adalah biasa bagi seorang perempuan. Cuma, tak layak untuk jadi penderma.
Aku  : Mungkin sebab saya belum makan tengahari kot. Nak saya makan dulu ka?
Akak Nurse  : Hmm..(senyum)..kalaupun adik makan, belum tentu naik dik. Kalau naik sekalipun takkan sampai 12g/dl.

Urghh..seyes aku kecewa.
Kata Cik Tree selaku jururawat peribadi aku, memang betul la kata Akak Nurse tu tadi. Tahap hemoglobin takkan naik mendadak. Jadinya aku perlu makan lebih kismis, kerang, susu, madu, telur dan makanan-makanan lain yang kaya dengan zat besi untuk tambah darah. huh!


p/s: aku ni berat dah tambah, tapi still kurang darah..apa maknanya tuh? dulu berat ngam-ngam 45kg pn boleh lagi derma.. hailooooo....  

Tuesday, June 21, 2011

kawan lama - what is the right words to say

5pg. ringtone aku berbunyi..
"oooh bulan..enggan melayan diriku lagi..pabila...air mata membasahi pipi...." (Yuna-Dan Sebenarnya) 

manusia manalah yang tepon aku pagi-pagi buta ni..kurang sivik betul! nombor yang aku tak kenal pulak tuh. bila aku jawab, boleh pulak dia tanya aku kenal dia ke tak. what do you expect, telepon pagi-pagi buta suruh aku teka siapa dia.

it turns out that the guy is one of my newly-found-schoolmates-via-facebook! dan aku ni pun secara sengalnya lupa untuk mem-private kan phone number aku. and guess what else did he said to me.. "kenapa suara yu manja sangat nih?nak ai temankan sebelah yu ke?".. what the ***!! palahotak ko, yang ko tepon aku pagi-pagi buta tu kenapa, harus la aku tengah tido dan mengeluarkan suara orang tengah mamai.

terus buntang mata aku. "ko nak ape tepon aku waktu macam ni? ko tak reti tido ke?".. selamba aku meng-kau-aku kan dia, walaupun dia meng-ai-yu kan aku..bla-bla-bla (dia mula cerita kat aku benda yang tak penting untuk aku tau...yang tak worth untuk dengar pun..aku rasa mamat ni tengah high ni).

lalu aku pun tanya kat dia, "ko kaco aku malam-malam macam ni, cakap merapu tunang ko tak marah ke? kecik ati dia..".

lalu dia pun jawab, "aku da putus la. ko nak 'teman' aku tak? mmm...ko tengah pakai baju ape tu?"..

eh, macam tu aje? sikit pun aku tak percaya. mamat ni serius tengah high. "baik ko cakap betul-betul, ape ko nak tepon aku ni?" aku dah malas nak berbasa basi dah.

"sebenarnya, aku nak pinjam duit la daripada ko. sikit pun jadila, boleh ko tolong aku?"

mata aku yang buntang tadi dah hampir terjojol keluar. nasib aku tido sorang, kalau aku ada roomie naya aja dia mati heart attack tengok muka aku time tue. aku lost contact ngan dia (mamat ai-yu ni) masa hari terakhir aku kat sekolah dulu..that was 9years ago. dan waktu sekolah dulupun, aku bukannya rapat dengan dia. setakat hye-hye-bye-bye je. baru dua-tiga hari lepas start bebalasan mesej kat fbook.

and now, ko nak pinjam duit daripada aku selepas ko buat adegan macam mintak aku tolong adjust paip air ko yang tersumbat tuh? sekarang aku konpius.. samada aku ni yang mimpi ngeri, atau kau tu yang tak tahu malu? serius ko buat malu kat kaum ko! dan kalau macam ni la spesis kaum ko yang nak jadikan aku bini, aku lagi takut kawin dari membujang!

pendekkan cerita, setelah aku letak tepon, aku cuba sambung tido. tak tahu malang apa nasib, mimpi dia tengah pandang aku. menakutkan beb!

pagi tu, aku bukak fb account aku. aku tengok balik mesej-mesej antara aku dan dia.. dan aku tak jumpa sepatah ayat pun yang menunjukkan aku 'inviting' dia. aku sempat bagi ucapan tahniah lagi atas pertunangan dia. 

sampai harini, dia dah tak cuba hubungi aku lagi. aku sangat bersyukur! 

Monday, June 20, 2011


suka lagu ni.. sebab liriknya lembut tapi tajam! =)

aktiviti seorang penganggur (macam aku)

sejak 20hb Mei yg lepas, bermulalah episod tanam anggur aku secara rasminya.

menjelang hari ni, 20hb Jun, genap sebulan aku goyang kaki, tengok tv sampai lenguh badan, blogging sampai tak tau nak tulih ape lagi, baca novel sampai boring, khatam AF9, Mentor, Life Unexpected, Oprah Farewell Season, Top Chef, Faily Legal, Desperate Housewife, Nora Elena, Fbooking, google tempat hiking, makan tak hengat dunia, bila rasa gemok jogging lak waktu petang.....ni semua bagi memenuhi tuntutan nafsu cuti aku...erkk!

try masak brownies yang tak keras-keras, gaduh-gaduh ngan Bonda (pasal arah jalan, pasal fesyen aku, pasal pilih channel tv, pasal kerja, dll..), sibuk-sibuk kacau Cik Ya time dia keroje (konon nak bincang pasal aktiviti luar pintu yg seterusnya padahal sebab bosan takde kerja lain), gedik-gedik kacau Cik Tree time dia kerja (pun sebab bosan jugak), try planning aktiviti luar pintu yang mana kalau orang taknak p aku majok and rasa give up (hahahahahaa..melampau kan!).....ni semua untuk bagitau kat dunia yg aku masih wujud dan bernafas lagi kat rumah ni.. yea, memang dunia aku kecil je.  

oh ya dan google untuk cari keja jugak...=p

dan, beberapa benda yang memberangsangkan aku dah buat sepanjang tempoh ni adalah mendaki Broga buat kesekian kalinya (9&10 Jun, 2011). kali ni, aku naik sorang-sorang. best naik broga kali ni sebab orang tak ramai. so, sampah pun tak banyak...huh?

tapi yang tak bestnyer, tendency untuk rasa gayat tu berganda-ganda kalau naik solo..hmmm....


dan kalau sebelum ni ko nampak ulat gonggok yang sepanjang 2jengkal dan segemuk jari telunjuk ko buat bodo je, tapi bila ko naik sorang ko rasa rugi kalo tak ambil foto si gonggok itu.. =p




ya...memang seronok jalan sorang-sorang. tapi, buat orang yang macam aku ni yang dah sebulan duduk kat rumah sorang-sorang time orang lain pergi kerja, lagi seronok kalau ada orang teman aku.. (hahahahaa bukan lagi seronok kalau aku dapat kerjaa, tapi lagi seronok kalau ada member jalan-jalan!)


p/s: dengan kamera fon pun jadi aje aku nih! -.-

Sunday, June 19, 2011

#11) Hutan Lipur Chemerong-Gunung Berembun-Air Terjun Lansir-Gunung Chemerong 11-12 Jun 2011

Jumaat lepas (10hb Jun, 2011) kami bergerak ke Ulu Dungun Terengganu lebih kurang pukul 9.30 mlm. Tolak rehat dan makan2 kat Teluk Cempedak (gerai yg sangat lembap, sejam kami kat sana sampai ke sudah tak dapat air.. menu siap tampal kat meja, satu apa pun takde! serius sakit hati!), kami sampai ke Balai Polis Kuala Jengai lebih kurang pukul 4++pg.

sesuai dengan nama tempat yg ingin dituju, sepanjang jalan diselaputi dengan embun. so, perlu berhati2 memandu di dini hari. gelap gelita! bukak mata luas2 sewaktu memandu sebab ada haiwan2 liar yang baru balik berkubang.. (agak scary tengok kerbau dengan tanduk besar dok ramai2 tepi jalan!)

sesampainya di Balai Polis yg dituju, tak nampak seorang manusia pun. pelik. setelah setengah jam lebih kami berkeliaran, tak tahu nak pergi mana, barulah nampak orang lalu lalang. katanya malam itu 'blackout'. agaknya, kalau blackout balai polis tutup kot?.. lalu, kami terus aja meninggalkan surat pemberitahuan kami di pintu balai.

alhamdulillah, dalam lebih kurang pukul 6++pg, kami sampai ke destinasi.. Hutan Lipur Chemerong =). disebabkan semalaman tak tidur, kami putuskan untuk tidur 2jam sebelum memulakan ekspedisi.

sesudah senaman ringan dan packing balik semua barang, kami memulakan pendakian lebih kurang pukul 10.30pg. hahahahaa..lewat giler!
   


ape-ape hal, bergambar dulu!



ada byk periuk kera kat sini


ada banyak punca air. jadinya, tak perlulah berbondong-bondong bawak air dari bawah. barang-barang yang sedia ada pun cukup banyak. sangat penting waktu membahagikan barang-barang yang nak dibawa ketika mendaki. macam grup kami ni, kesian sangat2 kat In, Isk, n Cik Tree sebab terpaksa pikul berat yang double daripada orang lain. anyhow, terima kasih banyak-banyak! 




walaupun bergerak lambat, kami dapat sampai ke Kem Balak dalam masa 2stgh jam ja! kata en. Renjer, selalunya ambil masa 4jam. hehehee, semua tersengeh perasan kat situ. =p


selalunya, kalau korang naik 3hr 2mlm, Kem Balak adalah tempat untuk berkhemah.


menurut en. Renjer, cendawan kecil kat batang pokok ni akan mengeluarkan cahaya waktu malam.. tapi, tak tahulah, sebab tak jumpa waktu malam. mungkin ala-ala dalam filem Avatar kot..


ni pulak bunga kobis hutan. khasiatnya untuk perempuan-perempuan yg baru lepas bersalin. akarnya, daunnya, sekali dengan bunganya direndam dan direbus lalu diminum.


periuk kera yang cantik! membentuk macam jambangan bunga.


buah hutan


periuk kera atas tanah



en.Renjer dan tongkatnya


taman orkid


pokok yang banyak lubang-lubang (tak tau apa namanya). bukan pokok mati tau! masih hidup dan segar!



serius  cantik dan unik!


taman bonsai



lagi periuk kera


peak! 


all eight of us!


next destination, air terjun lansir =)


end journey for DAY 1. around 7pm. 8stgh jam perjalanan!

sila tengok muka Cik Tree yg ceria.. dia yang paling lena tido. Isk la hero yg memasang kebanyakan hammock @ tempat tidur yang berbentuk buai.


ni Anis. even ni first time dia join aktiviti kami, dia sikit pun tak ketinggalan ok! siap ckp, "lepas ni kiter pi mana lak kak?".. amboiih, eksaited betul ko nih! 


Cik Ya.. si tukang masak!


DAY 2. early morning. wish to catch sunrise la konon. tapi tak dapat sebab penuh kabus. aku dengan senangnya bangun tido, sebab malam tadi tak tido lena.. ada lak 'benda' nak halo-halo...



air terjun Lansir..





best giler bangun pagi dengan udara nyaman =)




ni lah tempat kami beradu.. tido dalam buai..syiokk! tapi takut jatuh.. err...


mencapub kat tempat In beradu sambil yg lainnya sibuk prepare breakfast




masing-masing ceria mengadap sarapan pagi.
menu : 1) megi kari; 2) nasi putih; 3) sardin masak baked beans n potato; 5) hot choc + tongkat ali 



seperti semalam, hari kedua ni pun kami bergerak lambat. jam menunjukkan pukul 10.45pg baru kami memulakan perjalanan. menuju ke Gunung Chemerong!


air kat sini jernih dan dalam... tengokla, warna air biru gelap!




bukan stakat trekking, hiking, river crossing pun ada.. aku agak lembap sikit kat tempat-tempat yg licin nih.



peliknya, tau-tau aje kami dah terlepas puncak Gunung Chemerong, dan sekarang menuju ke Pokok Seraya Besar. menurut en.Renjer, puncak G. Chemerong bukanlah berada di tanah tinggi, kerana ia terletak diantara 2 bukit. jadinya kenapa dipanggil gunung? aku konpius jap. =.+


aktiviti menangkap ikan menngunakan tangan. tiga org yg terlebih eksaited, sampai takmau balik. hahahahaa! 


guna jari pun boleh.. =)


aku, Kak D dan Cik Tree sampai bawah tepat pukul 4.30ptg. yang lainnya sampai paling lewat pukul 5ptg. so, kami ambil masa lebih kurang 6jam untuk turun. 

petua untuk tak sakit kaki, tak perlu rush-rush untuk balik. bila rush, korang akan gunakan banyak tenaga kat lutut dan buku lali. so, sistem brek korang pun akan jadi lemah. cepat penat. jadinya, steady aja..ikut kemampuan ok!

titi gantung ini sangat kukuh. dainya, tak perlu risau gayat. hehe =) 


sesi melaram





air terjun chemerong. seronok betul, lepas penat menurun gunung diorang belasah mandi air terjun pulak! sebenarnya, kawasan ni sangat dalam. tapi, budak-budak ni belasah aja!


dalam pukul 7.30mlm kami bergerak meninggalkan Hutan Lipur Chemerong dengan senyuman yang terukir di bibir. hehe. tenkiu en.Renjer yang sudi belanja makan malam.. syukur sebab tak ada benda-benda besar yang boleh mencacatkan ekspedisi kali ni.

info: perjalanan kami sejauh 12.56km. beg berat yang dikendong melambatkan perjalanan yang sederhana sukar ini.

mula-mula tu, was-was jugak samada kami mampu untuk singkatkan journey 3hr 2mlm kepada 2hr 1mlm. tp, syukur atas kerjasama semua orang, mission accomplish!

terima kasih jugak buat cik nur.sa yang bagi useful info pasal trip kali ni. hehe, tak sabar nak tunggu next trip!




An answered prayers

Good morning, husband All those morning feels incomplete If you weren't by my side I'm watching you sleep, stroking your eyebrows an...