Monday, October 22, 2012

#30) Songkhla the Southern of Thailand (overland) PART ONE~ 14-15 July 2012

Salam.. this time around aku ke Thailand again!! yeayy!!

We've decided to go Hadnyai for a weekend trip just when the clock hit 5.00pm on that Friday evenning. Yup, an unplanned trip as usual for me and cik Tree. :)
 
Jam tepat pukul 6.00pm aku pun cabut daripada ofis macam lipas kudung. Straight to MPH beli guidebook to Thailand. Feeling2 peserta eksplorace, aku ngn Cik Tree bergegas balik and packing barang.
 
Nekad. Kalau takde bas ke Thailand, kitorang ke Pulau Kapas. 9.30pm kami berlari (yup, literally!) dari Putra ke Stesen LRT untuk terus ke Puduraya. Naik train dlm pukul 9.45, sampai Puduraya berlari ke kaunter.
 

muka penat berlari
Malangnya, tiket ke Hatnyai dah pun sold out!! Sedih. Tiba-tiba dirapati oleh seorang manusia (later baru aku tahu org ini adalah ulat) yang bertanyakan destinasi kami. Being me, aku terus tarik cik Tree, tapi sempat jugak cik Tree bagitahu destinasi kami.. terus si ulat naik daun lah.. hehe.. Tak kisahlah, ulat pun ulat lah, janji aku dapat tiket bas. Pukul 10.04pm aku dah bersandar kelegaan dapat tiket bas. Kalo masuk eksplorace ni, ada potensi besar jadi juara nih!
eksaited dapat tiket bas jugak!
Tapi, memanglah dasar si ulat. Tiket cakap (tiket cakap??!!) pukul 12.00am, bas datang pukul 1.15am++. Mana tak macam cacing kepanasan aku kerisauan? Kos tiket adalam RM55/person.
Masuk bas, selamat bas selesa.. Bas Konsortium, seat besarrr... hihi.. apelagi, tido la! Bukak mata, je utk pi toilet. Bukak mata lagi sekali pit stop untuk breakfast di Bukit Kayu Hitam lebih kurang pukul 7.30am.! Usai makan, terus ke ofis tukaran mata wang (money exchanger) untuk tukarkan nota RM kami ke Bath.  
breakfast
Bas bergerak kembali. Kami tiba di border lebih kurang 8.30, tapi hanya lepas ke Danok pukul 9.00am. trafik luar biasa. Untuk mempercepatkan urusan, teller kami meminta kami memasukkan nota RM10 dalam passport.. Mule2 aku nk melenting, tapi melihatkan lautan manusia yg beratur tanpa kesudahan tu, aku hulurkan la jugak... kononnya customary practice, a bribe is still a bribe right? Katalah, aku sorang je nk boikot tunjuk rasa, mau ditinggalkan aje aku kat situ.. err.. haihhh....
jem!
Sampai je di bumi Hatnyai, aku n Cik Tree terus book tiket balik also vide Konsortium. Yang untungnya beli direct, harga tiket hanyalah 400B/person (equals to around RM40 only). Dari stesen bas, kami ada jugak tanya kalau-kalau mahu sewa motosikal, deposit sahaja 1500B, tapi sewa sehari dalam 20-30B. Dek kerana ini misi bajet, kami membatalkan aja niat tadi dan terus sewa tuktuk ke Gam Yoong Market (market terbesar kat Hatnyai katenyerr).
her first tuk tuk ride i guest..

tuk tuk
Setengah jam perjalanan, dengan harga 30B/pax dari stesen bas ke Market. Perut lapar. Jam sudah menunjukkan 12.00pm++. Jalan punya jalan, kami eksplore wet market. Memang menu eksotik. Loya pulak tekak aku. Jalan-jalan dengan harapan jumpa makanan muslim. Nmpak makcik pakai tudung, aku yakinkan aje hati ni untuk beli lunch. Untuk 2 org, kami hanya spend 60B utk lunch. :)
Gim Yoong Market

fresh foods

fresh...err frogs anyone?
kura-kura??

lipas-licious!

Dan semestinyalah seperti selalu, makanan aku lagi ohsem daripada cik Tree.. kuikuikui...
lunch break

mine!

Cik Tree's nasi beriani
Pukul 1.00pm, setelah berdiskusi, aku ngn cik Tree mula mengorak langkah. Hajat mahu ke Khlong Hae Floating Market, nk sampaikan hajat tu kat local punyalah susah..sampai kena tunjuk gambar nih.. barulah diberitahu, Khlong Hae hanya dibuka pada Jumaat-Ahad dari pukul 3/4pm ke 9pm.
 
Sudahnya, kami tukar plan dan terus mencari transport ke Samila Beach. Mulanya memang risau, sebab daerah Southern of Thai ni mmglah wilayah bergolak. Bom sana sini, esp kat Muslim. Even buku yg aku beli pun tak encourage tourists ke sana. Perlu report kat polis bagai.. Tapi, kami percaya niat kami baik dan alhamdulillah, tak ada aral yang melintang.
 
Sunnguh aku terkezut, mini van yg aku naik dari bus stop Hatnyai ke Songkhla hanya charge 30B/pax. Minivan tu boleh kata agak selesa, tak sesak-sesak (compare with the one in Ao Nang to Hatnyai) dan untuk perjalanan yg mengambil masa lebih kurang 1jam setengah . Mungkin murah sebab bukan tourist attraction kot... kottt ok! 
 
OKlah, buat masa ini, aku titipkan entri ni dulu k. InsyaAllah ada masa aku sambung lagi. Kerja aku pun dah menimbun ni.. Salam, jumpa lagi!
 


mahu baca entri2 yang sebelum ni? klik sini:

No comments:

Post a Comment

An answered prayers

Good morning, husband All those morning feels incomplete If you weren't by my side I'm watching you sleep, stroking your eyebrows an...