Salam semua.. seperti yg di janjikan, yours truly akan cuba sedaya upaya utk siapkan entri2 tertangguh.
This trip is one of 'takde kerja cari kerja' kind of weekend. Disebabkan perasaan bosan yang mengular di segenap raga, aku dan Cik Tree decide to make a full of our weekend. Port Dickson off we go!!
Sesudah Isya', kami pun menuju ke destinasi kami dengan hanya berbekalkan balance bekalan hiking yg ada dalam simpanan. Sampai kami di Laguna Biru (Blue Lagoon), terus kami ushyar port nk setup fly. Angin kuat, tapi tak mematahkan semangat kami nk bermalam di tepian pantai.
 |
tadaa!!! presenting our five star room ;) |
Bak kata pepatah, "kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai", ini bukan setakat ombak, ribut pasir malam pun ada malam tu. Tengok aksi kami yg ala-ala daredevil tu, sekumpulan budak-budak lelaki lebih kurang 20 org (aku rasa bdk2 kolej..muka jambu sgt2 semuanya..kihkihkih) datang set up diorang punya fly besebelahan kami. Haha, here comes the entertainment show. Kelakar tengok bdk2 ni.. dah macam rombongan sekolah pulak.
Malam tu, bbrp kali aku terjaga (dan terus hidupkan api masak megi..hehe).. dan kali terakhir aku terjaga, dah hampir pukul 7. So, layan sunrise. Eh? Mane sunrise-nyer?? keciwa.. takde sunrise yg dapat dikesan. :(
Selesai breakfast lebihkurang, kami pun packing barang. Gamat betul pagi tu. Ada pulak team oren yg buat hari keluarga.. hehe
 |
Team Oren!! |
Dengan moto 'redah jerr', Tanjung Tuan here we go!! Dikatakan terbinanya Rumah Api ni sejak kurun ke -16, di zaman Portugis menakhluki Melaka yakni dalam lingkungan tahun 1511. Rumah Api di bina di Tanjung Tuan kerana kedudukannya yang strategik untuk guide kapal-kapal melalui Selat Melaka yang sempit dan terlindung.
Pada 1641, rumah api ini diserah pulak kepada Belanda and later to British.
Kalau dulunya hanya sebagai penanda arah bagi kapal-kapal di Selat Melaka, sekarang ni menara tambahan telah dibina bagi tujuan memantau trafik di Selat selain memegang radar MEASAT.
 |
Peace!! |
 |
Entrance |
 |
No no no!! |
Setiap pengunjung dikenakan bayaran sebanyak RM1 sahaja dan perlu mencatit di log book. Aku ni buat muka sadin aje tanya macam-macam sampailah org tu yg awalnya layan tak layan aje kami terus layan buat borak. kehkehkeh.. cik abang sekalian, janganlah memandang luaran seseorang itu sahaja..meskipun kami ni nmpak kecik dan brutal, tapi sebenarnya hati kami besar dan lembut.
 |
Info centre |
Berbekalkan penerangan yg diperolehi, kami mula meredah semak dan memasuki kawasan hutan simpan Cape Rachado. Memang ada trek jalan tar yg disediakan, tapi aku ngn Cik Tree rindukan trekking, dalam sejam pun jadilaaa... kihkihkuh..Sereyesly, mmg tak byk org yg lalu laluan hutan. Jejak kaki yg baru hampir tiada. nil. ape lagi, jalan laju2 laa... :p
 |
pokok ara |
 |
apa kat blakang tuh??? |
 |
Trek yg lama terbiar... |
Jalan laju-laju, dalam setengah jam kami tembus pulak di trek tangga ini. fuh... Oh ya, lupa pulak Tanjung Tuan jugak famous spot for birdwatching. So, for thosewho interested, don't forget to bring your binocular!
 |
yeayy!!! sampai!! |
 |
Rumah Api Tanjung Tuan |
 |
Pusat migrasi burung-burung |
Berbekalkan semangat yg masih belum pudar (katenyerrr), kami rintis ke Pulau Intan. Juga tempat yg jarang dikunjungi..
Pulau Intan boleh diakses dengan menuruni beberapa anak tangga. Perjalanan relaks, kami sampai ke pantai lebih kurang 15-20 minit daripada Rumah Api.
 |
pantai yg lebih bersih!! |
 |
siput comel |
 |
sereyesly tenang sgt! |
 |
terserempak ngn bbrp kaki pancing |
 |
flora |
 |
lumut |
Masih tak puas, aku ternampak pulak tanda arah ke Bukit Batu Putih..(smile)
Trekking lagi... dalam 30-40 minit akhirnya jumpalah the so called Batu Putih! Cantikk! 360' view of the nearby seaside... tapi disebabkan super panas, aku ngn cik Tree tidaklah berlama-lama..
 |
menuju puncak |
 |
tu dia Blue Lagoon |
 |
berlatarbelakangkan Laut Selat Melaka |
Alhamdulillah, aku ngn cik Tree sgt berpuas hati dengan trip redah jee kali ni. Mungkin lain kali, lain destinasi..tak perlu plan pun jadi jugak.. kihkihkih.. Salam.
*p/s: niat hati nk teruskan lagi menyelongkar isi Tanjung Tuan ni, tapi perut dah berdondang sayang.. tapelah, insyaAllah satu hari kami datang lagi :)
Hai, phoenix. One of the best entry yang saya baca for hiking kat PD. I want to ask ur permission untuk ambil gambar 2 laut biru tu boleh untuk letak dalam blog saya. It's a beautiful view.
ReplyDeleteTHANKS.
thanks syuhaiza :) Takda apa milik saya, semua milik Allah. sharing is caring :)
ReplyDeleteThank you.
ReplyDeletenice sharing
ReplyDelete