Ahoii Samila Beach, here we come!!
Eh, Salam everyone :) Nak tahu ape istimewanya pantai nih?? Sebenarnya, pantai ni taklah cantik mana pun.. oops (statement berani mati), tapi pantai ni lebih terkenal kerana mitosnya..
Alkisahnya pada suatu malam ni ada seekor duyung (mermaid) telah mendarat di pantai. Sedang dia leka membersihkan diri dan menyikat rambut dengan sikat emasnya datang pulak sorang nelayan ni mendekati si duyung. Si duyung yang terkejut, "Opocot mak kau" terus serta merta masuk dalam air kembali kerana takutkan muka huduh nelayan tu dan tertinggal sikat emas beliau.. (konon-konon cantik sangat la si duyung tu..eh?). Si nelayan ni dengan terujanya terus mengejar si duyung..menunggu dari hari ke sehari untuk pulangkan sikat tu, tapi tak ketemu jugak.
Yang pelik tapi jeliknya, ada pulak yang berpendapat dengan menggosok breast (tak bley blah kann)si duyung tu akan dapat segala yang dihajati. Cerita lain yang aku baca, kononnya kalau sentuh si duyung, relationship dengan pasangan anda akan kekal berpanjangan. Aduhai, ada-ada je kepercayaan manusia yg karut marut nih..
 |
beratur panjang nk bergambar |
 |
ni duyung gak neh.. :) |
 |
postcard picca!! |
Kami teruskan menyusuri sisiran Samila Beach..ketemu pulak dengan monumen Kucing dan Tikus. Menurut lagenda, ada seekor kucing, tikus dan anjing mengembara dengan kapal China cuba mencuri kristal daripada pedagang China tersebut. Bila dah dapat, depa nih berenang la ketepian malangnya kucing ngan tikus kedua-duanya mati lemas dan menjadi pulau, Koh Meaw (Cat Island) dan Koh Noo (Mouse Island). Si anjing pula berjaya sampai ke darat tapi tetap mati dan menjadi Khao Tang Kuan (Monkey Hill)-eh, tetibe jadi monyet??. Kristal pulak bertukar menjadi pasir putih Pantai Haastsaikaew. fuhh, bebelit lidah nk pronounce!
okeh, layan gambar!
 |
grand entrance |
 |
cat and mouse |
 |
mouse and cat.. erkh? |
 |
Tang Kuan Hill (Monkey Hill) |
 |
mcm mana dia tengok jalan???? |
 |
restoran yg banyakk |
Sambil-sambil jalan, kami try la few local delicacy.. owh sangat untung perut tak meragam di kala ini.. hehe :)
 |
Kelapa laut |
 |
kelapa bakar 40B |
Tanpa arah tuju dan kompas, kami teruskan perjalanan untuk mencari tempat melabuhkan malam. tak sanggup nk bayar mahal, we are looking for nearby hostel. Mak aihh, nearby la sangatt.. jauh gak kami menapak dari Samila Beach ke bandar. sampai dalam hati dah mula menyumpah seranah. panas bangatt.
 |
tetibe rasa homely kejap |
Akhirnya, pencarian kami berhasil. Mujurla cik Tree hati dia terang sket jln kat bandar nih.. ikut aku, meraban je jalan. hehe. Kami menyewa sebuah bilik dengan harga 800B. Ok, mula-mula rasa mahal jugak, memandangkan kami request untuk bilik, tapi rupanya bilik yang dimaksudkan adalah sebuah apartment yg sangatlah luas. cukuplah satu famili nk duduk. ada satu bilik tidur, dapur, bilik air, ruang tamu. So, sebenarnya sangatlah berpatutan harganya. dive by two, each of us only have to pay 400B=RM40..
 |
Chop Muk Da Apartment |
 |
Living Hall |
 |
Diner & Kitchen |
 |
Bedroom |
Tapi, sampai ke sudah bilik tidur tu tak pun kami guna. Aku tetibe rasa takut sebab ruang besar sangat, macam kene perati. sampai ke pagi kitorang berdua tidur kat sofa sambil tv on. hhhahahaha... masalah jugak kalo sewa tempat yg luas-luas nih. hahaha...
Owner apartment ni sangatlah welcoming.. agaknya, first time dia jumpa female backpackers dr Malaysia. Mdm Oon namanya.. petang tu, dia ajak kami jalan-jalan di Samila Beach untuk tengok macam mana org Songkhla spend evenning dorang.
Serius aku kagum. Pelbagai aktiviti sihat, sepak raga, bola sepak, badminton, taichi, aerobik dan macam-macam lagi lah! No wonder org Thai ni selim-selim belaka..
Bagai org mengantuk disorongkan bantal, kitorang terus "say yes" bila Mdm Oon offer untuk join aerobik class dia. berpeluh tak hengat!
 |
pemuda-pemudi Thai |
 |
aerobik |
Lepas berpeluh sakan, kami meminta diri daripada Mdm Oon. Mahu menikmati senja di pantai dan mencari dinner!! LapAr seyh!!
 |
Senjakala |
 |
MONUMENT LAGIK |
 |
kami pilih restoran Aminah - ditanggung HALALAN TOIYYIBAN |
 |
Dinner kami |
 |
450B @ seafood |
 |
Menapak balik pulak |
Alhamdulillah, selesai satu hari journey di Songkhla.. tak sia-sia selama ni hiking, tak lah pancit sangat mengukur jalan kat Songkhla nih. hehe.
So, apa lagi kami pun balik dan tidurlah.. :) Selamat Malam..
to be cont..
p/s: aku dah janji kat Mdm Oon untuk promote Apartment dia. Jadi, sesiapa yang berminat bolehlah ke sini dan contact:-
Mdm Oon / Thasa Sitapong
tel: 074-311485 / 081-8979425
fax: 074-315689
mahu baca entri2 yang sebelum ni? klik sini:
No comments:
Post a Comment