Salam semua...
(Sebenarnya, entri ni dah lama ber-cendawan kat draft item. Puas aku cari ilham nak sambung, tapi banyak sangat halangannya. Alasan? Oh, memang pun.. kihkihkih...)
Dah menjadi rutin aku, tiap kali aku discover satu-satu tempat baru tu, mesti tangan ni gatai nak buat entri. Tapi, byk jugaklah entri-entri aku yang dah luput kena makan cendawan. tak elok. tak elok.
Asalnya, aku dah memang tak mahu lagi ke Nuang mengenangkan "my story and the story of Nuang itself" (Nuang via Hulu Langat) tapi disebabkan kali ini ikut route yang lain, aku cuba nasib jugaklah. Kata org lebih singkat perjalanan. Ada pulak yg cakap, even singkat lebih sukar treknya. Tak kurang yang bagi ayat contradicting, ckp lebih jauh dan lebih landai..
Apepun, kalau tak cuba tak tahu kan?
Sesudah breakie ala kadar dan solat subuh di Genting Sempah, kami pun memulakan perjalanan ke Janda Baik, Pahang. Ok, aku baru tahu Janda Baik adalah teritori Pahang (tepuk kepala sendiri!).
Trip kali ni ramai jugak, ada line-up dari Greenies (aku, Kak D, Abg Fir, Cik Yatt, In, cik Tree, Pak Gades, n kwn Pak Gades yg sampai arini aku tak tahu namanya..tepuk kepala sekali lagi!!). Kami combine dengan grup KGB (Kami Group Bentong)) dan beberapa free rider yg kalau tak silap aku dari grup PAT..tak silap laa.. semuanya 21 org.
![]() |
line-up Greenies sebelum beraksi (pic credit to cik Yatt) |
Tapi alhamdulillah, semua halangan dapat ditempuhi dengan jayanya.. hikhikhik.
![]() |
KGB Group- otai-otai belaka (kredit to KGB) |
starting point, kami meredah kebun kacang botol. Mak aih, ini betul-betul luas nih.. huhu
![]() |
Kebun Kacang Botol |
![]() |
Kacang botol.. ready to eat |
![]() |
habis trekking kebun orang, mula treking rumah orang lak.. erkhhh.. (kredit to KGB) |
Dalam lebih kurang sejam setengah trekking, barulah kami sampai ke Chemperoh Waterfall. Boleh tahan semput lah jugak, sebab dah lama tak eksesais. Nasib baiklah Cik Tree n In layankan aje aku nih.
![]() |
turn left turn right |
![]() |
Chemperoh Waterfall (kredit to KGB) |
Rehat ala kadar, perjalanan diteruskan. Kadar kecerunan lebih kurang 45'. Dengan tanah merah, aduh, boleh tahan licin jugak lah trek nih.
Tapi yang penting, seronok. Bila terpisah dengan kawan-kawan yang lain, aku ngn Cik Tree mulalah start sesi karaoke dalam hutan kami. hahahaaa.. main belasah aje lirik. Ni kalau Cik Ya ikut nih, kompom dia tak join karaoke kami. Nak save energi katenyerr.. :p
![]() |
merangkak (kredit to KGB) |
![]() |
sesi tarik nafas (kredit to KGB) |
![]() |
final climb |
Alhamdulillah, dalam pukul 1.15pm kitorang sampai puncak. Dalam 3-4 jam jugaklah dari air terjun tadi. Paling best, boleh sampai dalam keadaan manusia normal lagi. hehe. Aku cuba bayangkan the last time aku sampai puncak dalam keadaan separuh manusia..tu sebab ikut trek Hulu Langat. Memang tak lah lepas ni kan.. sebab dah jumpa trek lain yang tak sesaiko trek yang itu. erkh..
![]() |
SUKSESS wit In |
![]() |
SUKSESS wit Cik Tree |
![]() |
Mission Accomplish |
Haa, jangan tak tahu kami betul-betul makan durian kat Puncak Nuang. Lu ada??
![]() |
Durian kejayaan..Pak Mat KGB |
16.12.2012
Alkisahnya, Kak D nk gather orang p Nuang. Tapi takde guider yang free. Sudahnya, secara ad-hoc nya aku pun terpaksa-rela lah untuk rentis grup yang seramai 23 org tuh. Kak D and Abg Fir pulak jadi sweeper.Awal-awal aku dah sound, maybe i'm the slowest guider..so, sesapa yg laju feel free untuk potong. Barulah aku tahu, perasaan seorang guider or go-go sangatlah menyenakkan perut. Apeketidaknyer, semua atas bahu ko. Awal-awal lagi dah dapat pesanan penaja dari Kak D "Cha jangan berani-berani jalan sorang-sorang tau!".
Nasib baiklah walaupun line-up semua tak pernah rentis trek nih, hampir kesemuanya dikalangan hikers tegar. Pelik gila rasa, bila newbie macam aku ni pulak yg tunjuk jalan. hehe.
Dalam berhati-hati pun, tersasar jugaklah sekejap. Syukur sangat Faizal Samat, Abg Nasir semuanya cekal hati rintis jalan. Aku dah pucat gelabah. Tu lah, Kak D ngan Abg Fir jauh sgt kat belakanng tinggalkan adik dia sorang nih. kihkihkihh..
Enjoy this video made by Faisal Samat (FBK) yekk.. :)
Dalam kepala aku pikir banyak-banyak, semua line-up enjoy trip kali ni. Nak kompelin?? No point kot..sebab aku ni guider tak berbayar.. so, sebenarnya ini trip kawan-kawan. :) (haha, think positive!)
![]() |
line-up (credit to FBK) |
![]() |
(kredit to Abg Nasir) |
![]() |
(kredit to FBK) |
![]() |
melompat lebih tinggi!! (kredit to Abg Nasir) |
p/s: insyaAllah, ada rezeki aku datang lagi.
No comments:
Post a Comment