![]() |
19.1.2013 ~ teratak Bonda |
yang hilang entah bila
aku sendiri sudah lupa
Hari ini aku mengejar imanku
yang kerana sifatnya terlampau halus
terbang hanya dek ditiup angin
Hari ini aku menduga Tuhanku
mempersoal itu dan ini
bersangka begitu dan begini
Hari ini aku menafsir mimpiku
namun yang kulihat
hitam dan kelabu
Hari ini kumahu semua
diriku, imanku, Tuhanku
tapi hanya kerana mimpi itu
semuanya jadi celaru
Hari ini aku bersumpah pada yang satu
La'illa haillallah.. Muhammadur Rasullullah!
dan berpegang pada sumpahku,
aku yakin suatu hari nanti akan kutemu
diriku, imanku, Tuhanku.
No comments:
Post a Comment