Tuesday, August 9, 2011

#14) Gunung Nuang, 24 Julai 2011

OKeyh.. demam hiking datang lagi. Orang sibuk gandakan pahala time puasa, aku sibuk search hiking spot. parah. parah. apeketidaknya, perasan badan dah ringan sebab puasa dan sengal kat lutut pun dah ok (padahal haritu lambat baik sebab da gumuk, jadinya berat..erkk..) now i'm ready to go! alamak, bulan puasa lak, kompem Bonda tak bagi p..kecewa sejenak.

OH no.. tak boleh jadi! minggu ni aku musti keluarkan peluh. mau test ketumpatan tulang lutut aku. lagipun, minggu ni la minggu terakhir aku duduk dan golek-golek depan tv (insyaAllah). hehe. so destinasi? kata orang, bulan puasa bukan halangan untuk menjadi aktif kan.. hmmm.... kejap lagi nak roger orang yang patut-patut. hehehe (ketawa jahat!)

EH, aku ni dah jauh menyimpang laa. Sebenarnya mau storey-morey-de-morning-glorey pasal last trip before Ramadan menjelma; Gunung Nuang. Trip kali ni ada Cik Tree, Kak D, Cik Ya, Cik Mee, In & Abg Man. Oh yeah, Abg Man ni first time join aktiviti seumpama ini (tapi tak payah risau langsung pasal kepantasan beliau, kerana beliau adalah lelaki yang sangat fit ok.. sampai tinggalkan kami kat belakang ni terkedek-kedek laa..ayarkk! takbuley jadi!)

Menariknya, baru minggu lepasnya aku, Kak D n Cik Tree join trip ke Angsi. lutut pun tak berapa nak ok lagi. tapi mengenangkan Ramadan ni nak cuti hiking, diturut juga kata nafsu itu. sudahnya..hahahhaa...akan ku ceritakan kejap lagi.

Kami memulakan perjalanan tepat pukul 7pg, sesudah subuh. agak-agak dah ada grup lain yang memulakan perjalanan, dan keadaan pun tak berapa nak gelap sangat.tapi sebenarnya, hari tu ramai sangat orang. dah macam pesta. ada lebih kurang 3-4 grup termasuk kami yang bermula pd pukul 7pg. =)

















sepanjang perjalanan, akan terlihatlah beberapa pondok orang asli (nanti aku ceritakan relevansi orang asli yang aku input-kan di sini) ..dan alhamdulillah, dapat menamatkan the famous "never ending road" tu dalam 1jam10min. kira ok la tu..so far..hehehe.. masing-masing time tu dah tersengeh macam kura-kura menang marathon. rupanya, tak sampai lagi Kem Lolo.
#photo credit to : Abg Man


kemudiannya kami perlu merentas lebih kurang tiga anak sungai barulah nampak campsite di kiri dan kanan. katanya situla Kem Lolo, tapi aku sendiri kurang pasti sebab tau-tau aja dah menuju ke Kem Pacat. korang kena sentiasa alert dgn tag dekat pokok-pokok penanda jalan tu, because it tends to be a bit confusing.

#the pipeline


perjalanan ke Kem Pacat agak mencabar pada aku yang semestinya gayat pada benda-benda yang licin dan tidak rata. dan disebabkan ke-gayat-an itu, aku tak bother sikitpun untuk ambil gambar di sepanjang perjalanan meniti "the red clay" atau sesetengah menggelarnya sebagai "the evil red". oleh itu, sila guna imaginasi anda; lumpur tanah merah yang melekat-lekit selepas hujan (silap-silap boleh melekat tapak kasut) di kecuraman kira-kira 45'-70', tambahan pula setelah dilalui oleh puluhan (mungkin juga cecah ratusan) manusia pada hari-hari yang sebelumnya. 

nasib baik sangat Kak D sentiasa berada kat belakang aku, untuk pastikan aku tak jatuh, stuck or wuteva, dan Cik Tree sentiasa mengungkapkan "Go! Go! U Can Do It".. dah macam iklan Nike tak berbayar dah. huhu! 

dan syukurlah, selamat juga sampai ke Kem Pacat. =)


unfortunately, waktu ni, grup kami dah start split out. Abg Man dan Cik Mee yang mula-mula meninggalkan Kem Pacat kerana mengkhuaatiri kondisi kecergasan Cik Mee diikuti Cik Ya dan In. pada aku, setiap grup members perlu bersatu tak kira cepat atau lambat. kalau nak jalan dulu pun jgn sampai hilang dari pandangan, sebab dalam hutan APA-APA pun boleh jadi. aku tak salahkan sesiapa, sebab awal-awal dulu pun aku adalah orang yg sentiasa aja nak cepat habiskan journey. tapi, lewat kebelakangan ni, aku faham kenapa teamwork tu sangat penting.

oh ya, kami bertiga lewat sebab Kak D cramp kaki waktu berehat di Kem Pacat. dan oleh kerana semangatnya yang berkepuk-kepuk mahu menawan Nuang, Kak D tak bagi can pada rasa sakit untuk menguasai mindanya. salut la kak!

#Kak D cramp kali ke-2

bila Kak D cramp untuk kali ketiga, kami pun stop lagi sekali even muka bumi waktu tu 75'-90'. duduk tepi jalan dan buka bekal sebabnya aku dah start emo perut lapar kira-kira setengah jam sebelum tu. sesudah makan, aku keluarkan separuh isi beg aku dan tinggalkan di tepi semak dalam plastik sampah. of kos ni bukan perkara terbaik untuk dilakukan, tapi inilah perkara terbijak aku buat untuk mempercepatkan perjalanan aku yang lambat mengendong beg berat! hahahah!

dan hasilnya, kami dapat speed up terus menuju ke puncak palsu a.k.a Puncak Pengasih dan terus-terusan ke summit!

#disebabkan malas nak tunggu abg ni habis posing, kerana nak cepat aku amik gambar abg ni aje lah =p

lebih kurang 5minit sebelum sampai ke summit, kami terserempak dengan Abg Man & Cik Mee yang sudahpun memulakan perjalanan turun. seriously buat aku saiko dan terus rasa macam nak menangis dan marah. cepat-cepat aku berselawat, taknak mood aku terganggu. oh, bukan apa-apa, memang trip kali ni aku agak moody daripada hari sebelum nak pergi lagi. rehat pun tak cukup, thats why cepat aja nak emo dan marah-marah.

#ni la first view aku sampai di summit. muka In & Cik Ya yg kelaparan.kuikuikui..

#beirut

#bawah beirut

time ni hujan dah start turun. kami sampai ke puncak lebih kurang 1.20pm. ramai hikers lain yang baru sampai jugak. dan ramai lagi yang berteduh bawah beirut untuk lunch and so on.

#photo credit to : Cik Ya

kami tak lama di puncak. kurang lebih 15minit sahaja. hujan makin lebat, petir sabung-menyabung..kalau nak tunggu takut tak balik pulak nanti.

sepanjang perjalanan turun kami berlima terpisah daripada hikers yang lain. maybe diaorang tunggu hujan reda. dan kami terserempak dengan seorang amoi yang still berhempas pulas mendaki ke atas tanpa ditemani orang lain. sebak aku tengok dia. kalau aku tu, dah meraung kena tinggal sorang-sorang (ok, aku memang emo). cepat-cepat aku pandang muka setiap sorang, Cik Tree, Kak D, Cik Ya dan In. aku senyum dalam hati.

rasanya, kitorang jalan dah laju waktu turun tu. tapi ntah ngapa, rasa jauh sangat perjalanan. saiko..saiko.. sambil tu, mata aku meliar cari balik isi perut beg yang aku tinggalkan tadi. nasib baik still ada di tempat sama. sampai di tengah-tengah perjalanan, kira waktu tu hujan pun dah reda hati ni rasa lain macam. ah sudaahh, mesti ada 'benda' nak halo-halo ni. lepas tu, sikit-sikit 'dia' mainkan kami.

mula-mula dia goyang pokok, lepas tu dia main kejar-kejar kitorang, rasa was-was siap tak jumpa jalan yang betul laa! habis sepanjang perjalanan rasa diperhatikan aja. sampai aja nak mulakan kembali "the never ending road", semua dah lega. waktu tu dah nak dekat pukul 7mlm dah. ingatkan dah takda lagi sesi halo-halo. In dan Cik Ya mula jalan laju. Kak D cramp sekali lagi.

tiba-tiba Cik Ya dan In berhenti kat depan. katanya mau jalan sama. rupanya kali ni dia berpesta meng-halo-halo-kan kami! Kak D yang kakinya sakit pun terus tak sakitlah! even aku jatuh pun, tak sampai 2 saat dah bangun balik! hahaha! (sekarang berani la gelak :p) mula-mula dia panggil-panggil kami dari belakang "uuiiiittt...uuuiittt" katanya! aku yang dah tersedia pegang tangan Cik Ya mengeratkan genggaman. Cik Tree pulak terus pegang beg aku dan menolak aku maju ke depan (sebab dia tahu aku nak menoleh kebelakang). kemudian bunyi bising yang teramat sangat seiring dengan lompatan-lompatan kencang dari kiri ke kanan, atas, belakang..adoyai... terus aku baca ayat-ayat yang aku rasa sesuai sepenuh hati. loud and clear ok! aku tak pasti berapa lama kami diganggu, tapi yang pasti aku dah ulang al-Fatihah dan surah Qursi hampir sepuluh kali laa!

bunyi-bunyi bising tu akhirnya terhenti serentak bila ada bunyi motor dari arah bawah. rupanya ada seorang anak orang asli yang lalu naik motor. apalagi, merayu-rayu kami supaya dia temankan kami ke bawah, tapi tak tahulah samada dia tak faham atau memang nak cepat atau dia tahu ada benda tengah kacau kami. dia (anak orang asli) geleng-gelengkan kepalanya dan terus berlalu. ?? serius kami kecewa! aku sempat menjeling kebelakang, senyap aman damai sangat-sangat! macam tak ada apa yg berlaku!

tak berapa lama lepas tu, ada seorang abg datang dari belakang. cuba tengok balik pic abg yang aku ambil di papan tanda Puncak Pengasih tu? ha, abg tu la yg temankan kami sampai ke bawah. dan Abg Man pun datang mendapatkan kami setelah dihubungi oleh Kak D.

kami sampai ke base lebih kurang 7.30mlm. Abg Man & Cik Mee katanya dah sampai sejak pukul 5.30ptg lg. kalau kami kena halo-halo, mereka pulak hampir saja terkena panahan petir waktu hujan yang lebat tadi. nasib baik mereka mengikut kumpulan yang besar. tak berani nak cakap lebih-lebih, sesudah membersihkan diri dan solat, terus kami meninggalkan Nuang.

oh ya, kami keluar dari sana lebih kurang pukul 8.30mlm. masih ada lagi yang menunggu team members mereka yang tak sampai-sampai lagi. tak tahulah pukul berapa mereka sampai nanti. menurut pegawai-pegawai kat bawah tu, kalau mulakan perjalanan turun dari puncak lebih daripada pukul 2, alamatnya sampai lebih daripada pukul 9mlm..hmmm....

Sehari dua lepas ke Nuang, barulah Papa Kak D dan Cik Tree (oh ya, mereka adik beradik) buka cerita. rupanya, minyak pengasih yang dibekalkan dan dipakai oleh kami bertiga yg kami ingat untuk mengelakkan kenampakkan makhluk halus, tapi sebenarnya adalah untuk menarik makhluk-makhluk halus. katanya sengaja dibekalkan supaya kami ni kuat semangat.. errr........

patutlah sepanjang perjalanan turun tu aku, Kak D dan Cik Tree aja yang terasa lebih, In dan Cik Ya pula hanya menyangkakan haiwan liar. senyap dan buntu aje muka diorang tengok ekspresi kami bertiga.

tapi alhamdulillah, semua selamat sampai. bila ditanya, mahu naik lagi tak, semua kata TIDAK!

p/s: bila dikenang balik, memang berbaloi naik Nuang..macam-macam jenis trek ada. hari ni, kalau ada orang mahu ajak lagi ke sana, mungkin aku akan katakan: ya!

No comments:

Post a Comment

An answered prayers

Good morning, husband All those morning feels incomplete If you weren't by my side I'm watching you sleep, stroking your eyebrows an...