Thursday, February 28, 2013

lidah barat - SALMON

Salmon chachacha
28/2/13~teratak Bonda
 
huhuhu...

tetibe feeling-feeling masterchef sat. Oh ye, inilah percubaan memasak salmon kali yang ke-satu. Percubaan berjaya!!!

tak sia-sia aii ngidam salmon sejak beberapa minggu yang lepas..

p/s: agak-agak laku tak kalo wat meniaga nih?

Monday, February 25, 2013

ikut rasa, binasalah!

Serabut!!
Bukit Malawati 1.2.2013
Sedih la!
 
Banyak-banyak orang dalam dunia ni hanya tahu bercakap. Jarang yang betul-betul mendengar.
 
Tak salah kalau nak bercakap. Kalau tak cakap, orang tak tahu kan? Tapi kok ye pun, tengok-tengoklah sikit orang yang mendengar tuh. Kot terbalik ke, tertungging ke... Nak menggunakan hak bersuara pun kenalah secara bijaksana.
 
Tahu ke tidak yang bahasa tu melambangkan bangsa? (eh, tetibe?!!)(ok, tunduk kejap, bahasa aku pun tunggang langgang..err..)
 
Ok. Cuba lagi.
 


Tahu ke tidak, "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa".. (haa!! baru betul! *senyum lebar*).
 
Tahu ke tidak???
 
Tolonglah berfikir sebelum bertindak. Dosa dengan Tuhan, boleh minta ampun dengan Tuhan. Dosa dengan manusia, kena minta ampun dengan orang tu sendiri.
 
Aduh.. fikir-fikirkanlah ye...

Thursday, February 21, 2013

life-cycle

Pantai Puteri, Melaka - 10.2.2013

This life is not a laughing stock
Even when you tried so much to say...
"One day..one very fine day, we all will remember this moment and laugh about it".

No.

It is not that simple.

Because, what your heart feel at that point of time,
matters.

Really matters.

And, you can't laugh about it now.
No. You just can't.

...

MAYBE later.. but not now.

Tuesday, February 12, 2013

aptb *facepalm*

tak semua orang gemuk itu
1.2.2013 - dalam kereta
hatinya senang..

di hari ini..

19.1.2013 ~ teratak Bonda
 
Hari ini aku mencari diriku
yang hilang entah bila
aku sendiri sudah lupa

Hari ini aku mengejar imanku
yang kerana sifatnya terlampau halus
terbang hanya dek ditiup angin

Hari ini aku menduga Tuhanku
mempersoal itu dan ini
bersangka begitu dan begini

Hari ini aku menafsir mimpiku
namun yang kulihat
hitam dan kelabu

Hari ini kumahu semua
diriku, imanku, Tuhanku
tapi hanya kerana mimpi itu
semuanya jadi celaru

Hari ini aku bersumpah pada yang satu
La'illa haillallah.. Muhammadur Rasullullah!
dan berpegang pada sumpahku,
aku yakin suatu hari nanti akan kutemu
diriku, imanku, Tuhanku.

Sunday, February 10, 2013

rot in hell

syurga dan neraka itu adalah PASTI.


tangki air belakang rumah

mode: bosan dan tak mampu berfikiran positif di kala ini.

ignorance of law is not an excuse.. (jahil atau bodoh, tiada bezanya)

ignorance of law is not an excuse

Kau dah fikir benda yang betul
tapi kau tetap buat yang salah..

Kau rasa tersepit
tapi kau tak tahu untuk meluah..

kau takut melihat hari esok
tapi kau abaikan hari ini..

kau menangisi hari yang sudah
tapi kau abaikan hari ini..

kau abaikan hari ini...

kau abaikan hari ini!!


p/s: aduh, makan banyak gila.. macam mana mahu kembalikan bentuk badan aku yang ramping ituh!! aduh! stress!!

#35) Lata Medang, Kuala Kubu Baru, Selangor ~6.1.2013

Assalamualaikum everyone..

Haritu aku ke air terjun  Lata Medang. Definitely a spot to repeat! Definitely!
 
Lokasinya di Kuala Kubu Baru, Selangor. Entrance dia sama macam ke Bukit Kutu, perlu cross jambatan roboh. Kemudian, ambil dua simpang kiri (kalau ke Bukit Kutu simpang kanan).
 
Utntuk trip ni, aku ajak In follow group Trekkerz, yang dikepalai oleh Judin dan disapu (sweeper) oleh cik Ale. Perjalanan ambil masa lebih kurang 1 1/2 jam ke 2 jam. Trek landai, kalaupun mendaki dalam 20' ke 30' aja.
 
So Greenies, nanti akan ku rintis kalian ke sini ok!
 
 
(credit to Judin Trekkerz)
 
(credit to Judin Trekkerz)
 
 p/s: lupa mau info, air terjun ni ada tiga level.. TIGA?? yess, 3 level. memang best nak tiruk. untuk orang yang tak reti berenang macam aku ni, sangatlah seswaii!!

Thursday, February 7, 2013

#34) Gunung Nuang via Janda Baik ~ 25 Nov 2012

Salam semua...
 
(Sebenarnya, entri ni dah lama ber-cendawan kat draft item. Puas aku cari ilham nak sambung, tapi banyak sangat halangannya. Alasan? Oh, memang pun.. kihkihkih...)

Dah menjadi rutin aku, tiap kali aku discover satu-satu tempat baru tu, mesti tangan ni gatai nak buat entri. Tapi, byk jugaklah entri-entri aku yang dah luput kena makan cendawan. tak elok. tak elok.

Asalnya, aku dah memang tak mahu lagi ke Nuang mengenangkan "my story and the story of Nuang itself" (Nuang via Hulu Langat) tapi disebabkan kali ini ikut route yang lain, aku cuba nasib jugaklah. Kata org lebih singkat perjalanan. Ada pulak yg cakap, even singkat lebih sukar treknya. Tak kurang yang bagi ayat contradicting, ckp lebih jauh dan lebih landai..

Apepun, kalau tak cuba tak tahu kan?

Sesudah breakie ala kadar dan solat subuh di Genting Sempah, kami pun memulakan perjalanan ke Janda Baik, Pahang. Ok, aku baru tahu Janda Baik adalah teritori Pahang (tepuk kepala sendiri!).

Trip kali ni ramai jugak, ada line-up dari Greenies (aku, Kak D, Abg Fir, Cik Yatt, In, cik Tree, Pak Gades, n kwn Pak Gades yg sampai arini aku tak tahu namanya..tepuk kepala sekali lagi!!). Kami combine dengan grup KGB (Kami Group Bentong)) dan beberapa free rider yg kalau tak silap aku dari grup PAT..tak silap laa.. semuanya 21 org.

line-up Greenies sebelum beraksi (pic credit to cik Yatt)
Tengokkan line-up semua taiko-taiko, aku terus rasa diri kecik..macam semut api. Lagi pulak, dah lama aku tak menggunung. Aduii, ni semua faktor-faktor saiko diri sendiri nih.

Tapi alhamdulillah, semua halangan dapat ditempuhi dengan jayanya.. hikhikhik.

KGB Group- otai-otai belaka (kredit to KGB)
starting point, kami meredah kebun kacang botol. Mak aih, ini betul-betul luas nih.. huhu
 
Kebun Kacang Botol

Kacang botol.. ready to eat
 
habis trekking kebun orang, mula treking rumah orang lak.. erkhhh.. (kredit to KGB) 
Dalam lebih kurang sejam setengah trekking, barulah kami sampai ke Chemperoh Waterfall. Boleh tahan semput lah jugak, sebab dah lama tak eksesais. Nasib baiklah Cik Tree n In layankan aje aku nih.
turn left turn right
Chemperoh Waterfall (kredit to KGB)
Rehat ala kadar, perjalanan diteruskan. Kadar kecerunan lebih kurang 45'. Dengan tanah merah, aduh, boleh tahan licin jugak lah trek nih.
 
Tapi yang penting, seronok. Bila terpisah dengan kawan-kawan yang lain, aku ngn Cik Tree mulalah start sesi karaoke dalam hutan kami. hahahaaa.. main belasah aje lirik. Ni kalau Cik Ya ikut nih, kompom dia tak join karaoke kami. Nak save energi katenyerr.. :p
 
merangkak (kredit to KGB)
sesi tarik nafas (kredit to KGB)
final climb
Alhamdulillah, dalam pukul 1.15pm kitorang sampai puncak. Dalam 3-4 jam jugaklah dari air terjun tadi. Paling best, boleh sampai dalam keadaan manusia normal lagi. hehe. Aku cuba bayangkan the last time aku sampai puncak dalam keadaan separuh manusia..tu sebab ikut trek Hulu Langat. Memang tak lah lepas ni kan.. sebab dah jumpa trek lain yang tak sesaiko trek yang itu. erkh..
 
SUKSESS wit In

SUKSESS wit Cik Tree

Mission Accomplish
 Haa, jangan tak tahu kami betul-betul makan durian kat Puncak Nuang. Lu ada?? 
Durian kejayaan..Pak Mat KGB
Kami semua selamat turun kira-kira jam 6ptg. Hujan menyukarkan perjalanan, sebab trek menjadi sangat licin.


16.12.2012

Alkisahnya, Kak D nk gather orang p Nuang. Tapi takde guider yang free. Sudahnya, secara ad-hoc nya aku pun terpaksa-rela lah untuk rentis grup yang seramai 23 org tuh. Kak D and Abg Fir pulak jadi sweeper.

Awal-awal aku dah sound, maybe i'm the slowest guider..so, sesapa yg laju feel free untuk potong. Barulah aku tahu, perasaan seorang guider or go-go sangatlah menyenakkan perut. Apeketidaknyer, semua atas bahu ko. Awal-awal lagi dah dapat pesanan penaja dari Kak D "Cha jangan berani-berani jalan sorang-sorang tau!".

Nasib baiklah walaupun line-up semua tak pernah rentis trek nih, hampir kesemuanya dikalangan hikers tegar. Pelik gila rasa, bila newbie macam aku ni pulak yg tunjuk jalan. hehe.

Dalam berhati-hati pun, tersasar jugaklah sekejap. Syukur sangat Faizal Samat, Abg Nasir semuanya cekal hati rintis jalan. Aku dah pucat gelabah. Tu lah, Kak D ngan Abg Fir jauh sgt kat belakanng tinggalkan adik dia sorang nih. kihkihkihh..

 
 
Enjoy this video made by Faisal Samat (FBK) yekk.. :)
 
Dalam kepala aku pikir banyak-banyak, semua line-up enjoy trip kali ni. Nak kompelin?? No point kot..sebab aku ni guider tak berbayar.. so, sebenarnya ini trip kawan-kawan. :)  (haha, think positive!)
 
line-up (credit to FBK)

(kredit to Abg Nasir)

(kredit to FBK)

melompat lebih tinggi!! (kredit to Abg Nasir)
 
 
 p/s: insyaAllah, ada rezeki aku datang lagi.


Wednesday, February 6, 2013

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan



moga-moga dipermudahkan... amin. :)

p/s: for u, for me and for anyone who is fighting for anything and everything in their life.. InsyaAllah.

Tulis

Bezanya..

Kau menulis bila kau tengah marah.
Hasilnya?
Lebih banyak kemarahan yg menyusul.

Kau menulis bila kau mahu menulis.
Hasilnya?
Lebih banyak entri-entri mengarut yang timbul.

Persamaannya..

Kau dan kau... penulis.

An answered prayers

Good morning, husband All those morning feels incomplete If you weren't by my side I'm watching you sleep, stroking your eyebrows an...