Tuesday, December 11, 2012

Pakcik Kayo!! (AMARAN:entri ini penuh dengan info yang tak penting)

"Assalam Alaikum...I am Mrs Aidah Abdul Bari, a Muslim.I have picked your email address for an inheritance of £18.2million Pounds.Please contact me for more details via email:mrs.aidahabdulbari@live.com Jazakallah Khair."


Baru sat tadi dapat email seperti yang tertera di atas. Kalaulah sesenang ini untuk menjadi senang. Semua0rang, silalah tinggalkan usaha anda. Percayalah, segala usaha gigih anda-anda itu sia-sia belaka. Tak lebih daripada membuang masa.
 
OK. Sila bayangkan kalau betullah aku mewarisi £18.2million tersebut.
 
Aku akan berhenti kerja on-the-dot. Apelagi, bawak mak aku, kakak, abang, anak buah aku bercuti kat mana-mana aja destinasi yang mereka idamkan. (kan ke cuti sekolah sekarang nih) Tak cukup dengan tu, aku bawak pulak semuanya pergi umrah. 
 
Aku beli satu banglo lot kat Melaka (haruslah dekat ngan kampung kan), satu penthouse kat KL (ni rumah idaman aku nih), sebidang tanah di Cameron Highland (so that aku boleh buat rumah kecik dan dikelilingi kebun sayur or buah stoberi, paling busuk pun mesti ada view ladang teh...huhu romantik sangat kan), pastu aku nk beli tanah kebun sayur kat Kundasang, pastu belilah beberapa lagi rumah untuk investment..
 
Pastu aku nak hadiahkan kakak-kakak aku (Along n Angah) satu bijik banglo setiap sorang. Untuk anak buah aku, aku masukkan lah dalam RM50K kat akaun education masing2, so that dorang tak payah amik PTPTN macam aku ngan mak-mak dorang..Untuk Cik Ya n Cik Mee, sebijik apartment (so that dorang tak lagi berkeluh kesah nak cari rumah), untuk Cik Tree sebijik studio apartment (sebab minah ni loneranger gak macam aku), untuk Cik La....alamak, aku tak tahu lagi apa yg tak cukup kat idop ko la.. nanti ko mintak la apa2 eh :p  
 
Mak aku? eh, takkan lah aku lupa. orang tua ni sebut aja apa dia nak, pasti aku hadiahi. Sebab aku tahu, mak pun tak berminat nak diberi rumah, jadinya tiap2 tahun nak pergi umrah, sebut aja, mak!!
 
Pastu, aku binalah masjid ke, surau ke, so that saham akhirat aku pun kene jaga jugek kann.
 
Duit lebih-lebih, aku buatlah investment..yang aku tak fikir lagi apa bentuk dan rupanya. erkhh..
 
Yang paling penting, aku akan backpack pusing satu dunia. aku nak jelajah setiap ceruk dunia ni dengan mata kepala aku sendiri. Oh no, aku tak mahu kerja. Big NO. Even untuk jadi bos sekalipun.
 
*senyum sorang-sorang*
 
Eh, korang masih membaca? Ini semua kalau ya..kalau. Yakin masih mahu membaca?
 
Sudah-sudahlah.. ini angan-angan semata. Bila pulak aku kenal si Mrs Aidah ni. Aku tak rase aku ade angkel or atok nenek yang kaye raye.. tapi kalo korang nk try nasib, emailnya tertera di atas. Apa tunggu lagi.... ;)
 
 

No comments:

Post a Comment

An answered prayers

Good morning, husband All those morning feels incomplete If you weren't by my side I'm watching you sleep, stroking your eyebrows an...