![]() |
2012 New Year's Eve ~ Pantai Cenang, Langkawi |
Salam.. hari ni yours truly ada mood untuk bercerita..haha.. so layankan ajelah k!
Ada seorang gadis yang boleh tahan comey jugak lah parking kereta. mahu ke klinik, ambil MC. Sebenarnya malas kerja Sabtu itu.
Ada seorang tua, mengemis di parking lot. memakai kain batik dan baju yang bersih tapi usang.
Si tua tadi memandang ke arah si gadis dengan penuh sayu. menadah tangan meminta bantuan.
Si gadis lalu disebelah si tua. kepalanya sarat memikirkan alasan yang perlu diberikan ke doktor. sambil berkira2 wang di dalam sakunya. cukup ke? Si gadis simpati melihat si tua. dalam hatinya berjanji yang akan menghulurkan apa yang mampu di waktu itu. tapi mahu ke klinik dahulu. takut wangnya tak mencukupi.
Si tua terus memandang si gadis, sarat dengan tangisan tanpa bunyi dan tanpa air mata.
Keluar dari klinik, si gadis bersyukur ada wang baki. terus masuk ke 7Eleven. membeli air untuk dirinya. dicapai juga air dan sebuku roti untuk si tua.
"aku tak punya harta atau wang yg banyak, tak apalah, aku hulurkan rezeki.. mudah-mudahan dia tak kelaparan hari ini"
Setelah membayar, si gadis keluar daripada 7Eleven, menuju terus kepada si tua.
Plastik yang berisi air dan roti tersebut dihulur kepada si tua.. "auntie.."
Si tua lantas memandang tajam si gadis. Menjegil ke arah beg plastik itu lalu bertempik.
"TAK MAU!! TAK MAHU!!!... APALA INI WORANGGG!!! @#%&I*%"
Lalu dengan pantas dan agresif berdiri. Mulutnya terkumat kamit menuturkan sesuatu yang tak difahami si gadis dan terus berlalu pergi. tangannya memberi signal mahukan RM.
Si gadis terpinga-pinga.
Dari kejauhan, si tua masih lagi memaki si gadis dalam bahasa yang tidak difahami si gadis.
Si gadis, keliru dengan apa yang terjadi meletakkan sahaja beg plastik tersebut di koridor di mana si tua itu tadi duduk.
Si gadis masuk ke kereta dan terus berlalu pergi dengan kebingungan.
2 hari kemudian.. si gadis lalu tempat yang sama.
Si tua masih di situ. memakai baju yang lain, masih lusuh dan bermuka kasihan.
Si gadis terus berlalu pergi.
p/s: kalau anda pandai, cuba teka siapa gadis bertuah itu? hahahahaaa!!!
gadis bertuah bukan yours truly ke? haha
ReplyDeletehahahahaaa....
Deleteawk ler..m.c. xp meeting hr tu..kihkihkih...dia xmau, bg sy jer..i need it..
ReplyDeleteeh, manade... sangkaan tiada mata nih... huhu
Delete