Salam semua..
Bagi meraikan mood menulis aku yang berkobar-kobar ni, aku hadiahkan satu lagi entri aktiviti luar pintu aku, cik Tree dan cik Mee. (hadiah??)
Sejujurnya, kami sikitpun tak rancang untuk ke sini, sementelahan waktu itu aku leka menyiapkan kerja di suatu petang Sabtu, di opis. Tapi dek kerana dibakar hidup-hidup dengan pujukan dan rayuan dua sahabat aku nih, hati aku pun mencair..lantas terus mencadangkan satu destinasi yang aku mahu pergi sejak tahun lepas lagi.
Sungai Pisang, here we come!!
Petang tu hujan renyai-renyai.. lalu bagi menyedapkan hati aku cik Tree n cik Mee layankan aje niat aku mahu rintis jalan ke Sungai Pisang.
Sungguh, rezeki baik hari itu. Abg guard di PuncakNiaga (air) sanggup temani kami bertiga untuk rintis ke Sungai Pisang. Lalu, dengan jeans dan selipar, kami redahkan aje..
![]() |
laju tu abg tuuu... |
Nampak tak, betapa sehelai sepinggangnya kami berempat termasuk abg guard tuh.. Katanya dlm 15-20 minit dah boleh sampai ke tapak air terjun. eh, itu kau bang, bukan kami.. huhu
![]() |
muka sauk |
River crossing to the other side of the river. Kat sini, byk keluarga yang santai2 mandi dan berkelah. Paras air taklah dalam, paling-paling sedalam betis kaki aja. So, kalau ada anak-anak kecil, sesuailah.
Biarpun begitu (skema sat), pengunjung dinasihatkan berjaga2 terutama akan fenomena kepala air. Kat sini, tak kurang ramai jugak yang jadi korban kepala air.
![]() |
teerowong misteriiiiii.... |
Tak sampai 5 minit berjalan, kami menyusuri terowong tempat laluan air. Diingatkan sekali lagi, JANGAN lalu di kala air deras. JANGAN YA!!
Nak dijadikan cerita, haritu second time aku melawat Sg Pisang haritu rasa macam ditolak-tolak pulak masa lalu di dalam terowong nih. Dan yang paling best, bukan aku sorang je rasa.. hahaha... misteri nusantara nih.. -..-"
![]() |
tiga sekawan |
Tengoklah tu, elok je aku ngn cik Tree pakai jeans.. dengan selipar lagi.. huhu..
![]() |
dua sekawan |
Sebenarnya, Air Terjun Sungai Pisang ni agak feymes jugak di kalangan ahli-ahli aktiviti luar pintu untuk ber-cannoying.. ala, macam water abseiling la... tapi, aku belum ada keberanian nk cuba lah lagi. maybe one day, insyaAllah..
![]() |
final crawl |
![]() |
to the right |
Sampai aja, terus kami cari port best untuk tiruk. puas.
![]() |
bertirukk |
masih control cun even baju seluar semua dah basah lecun.
![]() |
mission accomplish |
Satu aja, jgn la lalu di waktu2 rembang yeh.. huhuhu...
Oh, lupa pulak, kalau malas sangat nk trekking, boleh je park kat sebelah highway nih. tapi, keselamatan kereta tak terjamin lah.
p/s: tahniah buat cik Mee kerana berjaya mengatasi rasa gayat anda!! saya?? lambat lagi kott... huhu
salam,
ReplyDeletebaru terbaca entri ni. btw, tahu x mana2 gunung or bukit area kl? nak naik dlm bln 6 or 7 nih.
This comment has been removed by the author.
DeleteSalam..
Deletekalau specifically KL area, u should try Bukit Tabur @ Tabuh.
Kalau luar sikit..ala-ala sempadan gittew, try la Bukit Gasing (PJ), tak pun Bukit Saga/Apex Hill (Ampang)atau pun Broga & Tok Wan..
Nak lebih challenging, pi lah Gunung Nuang, either via route Ulu Langat or Janda Baik .. anda pilih.
Sebenarnya byk lagi koleksi-koleksi gunung yang ada area KL-Selangor nih. tapi aku takde kesempatan nak eksplore semua..kalau kamu rajen, kamu godek aje kotak archive aku.. mostly ada je kat situ.
Neway Anon, i wish u best of luck! :)
tumpang tanya.. kat mana tempat yg boleh bawa keluarga untuk berkelah sekitar gombak,ampang atau puchong, tempat yg ada air terjun atau sungai2 yg airnya jernih boleh mandi-manda, boleh ber BBQ atau lebih kurang mcm tu la... ada tak?
ReplyDeletereply tau... nak bawa keluarga mertua berkelah. kalau ada please email pada ratnazarym@gmail.com thanks.