Thursday, December 27, 2012

fix you, fix me..

"Fix You"
Coldplay
When you try your best, but you don't succeed
When you get what you want, but not what you need
When you feel so tired, but you can't sleep
Stuck in reverse

And the tears come streaming down your face
When you lose something you can't replace
When you love someone, but it goes to waste
Could it be worse?

Lights will guide you home
And ignite your bones
And I will try to fix you

And high up above or down below
When you're too in love to let it go
But if you never try you'll never know
Just what you're worth

Lights will guide you home
And ignite your bones
And I will try to fix you

Tears stream down your face
When you lose something you cannot replace
Tears stream down your face
And I...

Tears stream down your face
I promise you I will learn from my mistakes
Tears stream down your face
And I...

Lights will guide you home
And ignite your bones
And I will try to fix you

Wednesday, December 26, 2012

bila seorang Fynn Jamal berbicara..

*Kak, aku selalu anggap karma itu pasti. Dan aku percaya karma itu adalah balasan bg pendosa. Sudahnya ramai pendosa gagal keluar dari kepoompong mereka sekaligus menjadi penakut.. mcm mn tu?

**xada karma dalam islam. hati2. yang ada cuma qada' dan qadar. selagi belum tiba hari penimbangan, kita tak ada hak bercakap ttg sesuatu itu adalah balasan atau hukuman. seorang warak memiliki anak yang kaki zina, kaki perempuan. apakah itu karma? berpegang pada karma membuatkan kita prejudis. maka kita akan cari mana silap seorang warak tadi sehingga dia dibalas sedemikian. kita tak boleh persoal qada' dan qadar. kita cuma boleh usaha utk mendapat taqdir yang baik.

*Klu ayat 'what goes around comes around?' Cmne plak?

**xsalah quote wise words. even ilmu itu dtg dari org yg bukan islam-- kalau dia elok-- xada dosa kita pakai. utk 'what goes around comes around'; secara islamiknya tak ada. sbb kita tak baik menunggu kejatuhan orang. malah kita perluselalu mendoakan yang elok2 walau utk musuh kita. namun kalau kita ambil ayat tadi demi mendidik kita utk berhati2 kerana risaukan hari pembalasan-- rasanya ok.






p/s: kita manusia sentiasa kan berlaku silap. kadang-kadang tak salah menoleh kebelakang dan mengaku yang kita ada buat salah.

Monday, December 24, 2012

bila doa tiada berbalas

kadang kadang macam dunia ni tak adil saja... tapi kita lupa  sebenarnya tuhan sedang berbicara dengan kita..

Friday, December 21, 2012

ada, bila tiada

Tioman~company trip 2012
 
Tuhan itu ada
bila Dia tahu aku bersedih,
Dia kan sibukkan diriku..
Tuhan, teruslah bersamaku,
aku sunyi.

Tuesday, December 18, 2012

Bila suka jadi paksa..

Tioman ~ 29.9.2012

Salam semua..

Mood borak datang lagi nih.. hari ni aku cerita pasal Miss X pulak. Kalau nak diikutkan, dia pekerja paling senior kat kilang kertas tempat dia kerja.

Hari-hari pergi kerja. balik kerja. bekerja dengan penuh dedikasi.

Boleh kata pekerja harapan Taukeh kilang kertas tu lah.

Selalu jugaklah Miss X meneman Taukeh melayan client.

Suatu hari, Miss X mengeluh pada Miss Blurr.. "I hate doing this. This is all for the firm's sake. I hate it, man!"

Bau alkohol menerjah-nerjah ke lubang hidung Miss Blurr.

"Can you smell me?"

"Yup. Pretty strong."

"Not the cigarette. I don't smoke. The alcohol."

"Exactly. Can you drive?"

"Yes. But i'll surely fail if police 'tahan' me, wei."

Kemudian, dia merenung dalam-dalam wajah Miss Blurr. Lalu ditanya...

"Are you happy working here?"

"Yes, i am."

"I hope you happy working here. Lets go home. I'm f**king tired."


Elok di dalam kereta, Miss Blurr termenung. Di dalam hatinya bertanya, "Are you happy working here, Miss X?"

.. tapi suaranya terhenti di hujung kerongkong.


p/s: bila suka jadi paksa.. adakah paksa-suka jadi pengakhirannya?

Tuesday, December 11, 2012

Pakcik Kayo!! (AMARAN:entri ini penuh dengan info yang tak penting)

"Assalam Alaikum...I am Mrs Aidah Abdul Bari, a Muslim.I have picked your email address for an inheritance of £18.2million Pounds.Please contact me for more details via email:mrs.aidahabdulbari@live.com Jazakallah Khair."


Baru sat tadi dapat email seperti yang tertera di atas. Kalaulah sesenang ini untuk menjadi senang. Semua0rang, silalah tinggalkan usaha anda. Percayalah, segala usaha gigih anda-anda itu sia-sia belaka. Tak lebih daripada membuang masa.
 
OK. Sila bayangkan kalau betullah aku mewarisi £18.2million tersebut.
 
Aku akan berhenti kerja on-the-dot. Apelagi, bawak mak aku, kakak, abang, anak buah aku bercuti kat mana-mana aja destinasi yang mereka idamkan. (kan ke cuti sekolah sekarang nih) Tak cukup dengan tu, aku bawak pulak semuanya pergi umrah. 
 
Aku beli satu banglo lot kat Melaka (haruslah dekat ngan kampung kan), satu penthouse kat KL (ni rumah idaman aku nih), sebidang tanah di Cameron Highland (so that aku boleh buat rumah kecik dan dikelilingi kebun sayur or buah stoberi, paling busuk pun mesti ada view ladang teh...huhu romantik sangat kan), pastu aku nk beli tanah kebun sayur kat Kundasang, pastu belilah beberapa lagi rumah untuk investment..
 
Pastu aku nak hadiahkan kakak-kakak aku (Along n Angah) satu bijik banglo setiap sorang. Untuk anak buah aku, aku masukkan lah dalam RM50K kat akaun education masing2, so that dorang tak payah amik PTPTN macam aku ngan mak-mak dorang..Untuk Cik Ya n Cik Mee, sebijik apartment (so that dorang tak lagi berkeluh kesah nak cari rumah), untuk Cik Tree sebijik studio apartment (sebab minah ni loneranger gak macam aku), untuk Cik La....alamak, aku tak tahu lagi apa yg tak cukup kat idop ko la.. nanti ko mintak la apa2 eh :p  
 
Mak aku? eh, takkan lah aku lupa. orang tua ni sebut aja apa dia nak, pasti aku hadiahi. Sebab aku tahu, mak pun tak berminat nak diberi rumah, jadinya tiap2 tahun nak pergi umrah, sebut aja, mak!!
 
Pastu, aku binalah masjid ke, surau ke, so that saham akhirat aku pun kene jaga jugek kann.
 
Duit lebih-lebih, aku buatlah investment..yang aku tak fikir lagi apa bentuk dan rupanya. erkhh..
 
Yang paling penting, aku akan backpack pusing satu dunia. aku nak jelajah setiap ceruk dunia ni dengan mata kepala aku sendiri. Oh no, aku tak mahu kerja. Big NO. Even untuk jadi bos sekalipun.
 
*senyum sorang-sorang*
 
Eh, korang masih membaca? Ini semua kalau ya..kalau. Yakin masih mahu membaca?
 
Sudah-sudahlah.. ini angan-angan semata. Bila pulak aku kenal si Mrs Aidah ni. Aku tak rase aku ade angkel or atok nenek yang kaye raye.. tapi kalo korang nk try nasib, emailnya tertera di atas. Apa tunggu lagi.... ;)
 
 

Cinta? Rindu? Sayang? [Jiwanglah sat]

Cikgu : RINDU ?
Rindu : Hadir Cikgu
Cikgu : Benci ?
Benci : Saya !
Cikgu : KASIH ?
Murid2 : Tak Hadir Cikgu
Cikgu : SAYANG ?
Murid2 : Sakit Cikgu
Cikgu : CINTA ? CINTA mana ?
RINDU & BENCI : Cinta Pulang Cikgu
Cikgu : Kenapa ?
Serentak RINDU & BENCI Menjawab : Kerana Cinta Tak Akan Pernah Hadir Tanpa KASIH & SAYANG .

p/s: credit to Iryd Ashraff.Hadzri

#33) Air Terjun Sg Pisang, Gombak (date sudah lupa)

Salam semua..

Bagi meraikan mood menulis aku yang berkobar-kobar ni, aku hadiahkan satu lagi entri aktiviti luar pintu aku, cik Tree dan cik Mee. (hadiah??)

Sejujurnya, kami sikitpun tak rancang untuk ke sini, sementelahan waktu itu aku leka menyiapkan kerja di suatu petang Sabtu, di opis. Tapi dek kerana dibakar hidup-hidup dengan pujukan dan rayuan dua sahabat aku nih, hati aku pun mencair..lantas terus mencadangkan satu destinasi yang aku mahu pergi sejak tahun lepas lagi.

Sungai Pisang, here we come!!

Petang tu hujan renyai-renyai.. lalu bagi menyedapkan hati aku cik Tree n cik Mee layankan aje niat aku mahu rintis jalan ke Sungai Pisang.

Sungguh, rezeki baik hari itu. Abg guard di PuncakNiaga (air) sanggup temani kami bertiga untuk rintis ke Sungai Pisang. Lalu, dengan jeans dan selipar, kami redahkan aje..

laju tu abg tuuu...
Nampak tak, betapa sehelai sepinggangnya kami berempat termasuk abg guard tuh.. Katanya dlm 15-20 minit dah boleh sampai ke tapak air terjun. eh, itu kau bang, bukan kami.. huhu
muka sauk
River crossing to the other side of the river. Kat sini, byk keluarga yang santai2 mandi dan berkelah. Paras air taklah dalam, paling-paling sedalam betis kaki aja. So, kalau ada anak-anak kecil, sesuailah.
 
Biarpun begitu (skema sat), pengunjung dinasihatkan berjaga2 terutama akan fenomena kepala air. Kat sini, tak kurang ramai jugak yang jadi korban kepala air. 
teerowong misteriiiiii....
Tak sampai 5 minit berjalan, kami menyusuri terowong tempat laluan air. Diingatkan sekali lagi, JANGAN lalu di kala air deras. JANGAN YA!!
 
Nak dijadikan cerita, haritu second time aku melawat Sg Pisang haritu rasa macam ditolak-tolak pulak masa lalu di dalam terowong nih. Dan yang paling best, bukan aku sorang je rasa.. hahaha... misteri nusantara nih.. -..-"
 
tiga sekawan
Tengoklah tu, elok je aku ngn cik Tree pakai jeans.. dengan selipar lagi.. huhu..
dua sekawan
Sebenarnya, Air Terjun Sungai Pisang ni agak feymes jugak di kalangan ahli-ahli aktiviti luar pintu untuk ber-cannoying.. ala, macam water abseiling la... tapi, aku belum ada keberanian nk cuba lah lagi. maybe one day, insyaAllah..
final crawl


to the right

Sampai aja, terus kami cari port best untuk tiruk. puas. 
t
bertirukk
masih control cun even baju seluar semua dah basah lecun.
mission accomplish
Overall, tempat ni oklah. rating 3/5. sebab lokasi dia kat gombak saje. trekking dalam 20-30minit sahaja. sufficient ground untuk set up campsite.

Satu aja, jgn la lalu di waktu2 rembang yeh.. huhuhu...

Oh, lupa pulak, kalau malas sangat nk trekking, boleh je park kat sebelah highway nih. tapi, keselamatan kereta tak terjamin lah.
 
p/s: tahniah buat cik Mee kerana berjaya mengatasi rasa gayat anda!! saya?? lambat lagi kott... huhu

Tuesday, December 4, 2012

kisah si tua dan si gadis

2012 New Year's Eve ~ Pantai Cenang, Langkawi

Salam.. hari ni yours truly ada mood untuk bercerita..haha.. so layankan ajelah k!
 
Ada seorang gadis yang boleh tahan comey jugak lah parking kereta. mahu ke klinik, ambil MC. Sebenarnya malas kerja Sabtu itu.
 
Ada seorang tua, mengemis di parking lot. memakai kain batik dan baju yang bersih tapi usang.
 
Si tua tadi memandang ke arah si gadis dengan penuh sayu. menadah tangan meminta bantuan.
 
Si gadis lalu disebelah si tua. kepalanya sarat memikirkan alasan yang perlu diberikan ke doktor. sambil berkira2 wang di dalam sakunya. cukup ke? Si gadis simpati melihat si tua. dalam hatinya berjanji yang akan menghulurkan apa yang mampu di waktu itu. tapi mahu ke klinik dahulu. takut wangnya tak mencukupi.
 
Si tua terus memandang si gadis, sarat dengan tangisan tanpa bunyi dan tanpa air mata.
 
Keluar dari klinik, si gadis bersyukur ada wang baki. terus masuk ke 7Eleven. membeli air untuk dirinya. dicapai juga air dan sebuku roti untuk si tua.
 
"aku tak punya harta atau wang yg banyak, tak apalah, aku hulurkan rezeki.. mudah-mudahan dia tak kelaparan hari ini"
 
Setelah membayar, si gadis keluar daripada 7Eleven, menuju terus kepada si tua.
 
Plastik yang berisi air dan roti tersebut dihulur kepada si tua.. "auntie.."
 
Si tua lantas memandang tajam si gadis. Menjegil ke arah beg plastik itu lalu bertempik.
 
"TAK MAU!! TAK MAHU!!!... APALA INI WORANGGG!!! @#%&I*%"
 
Lalu dengan pantas dan agresif berdiri. Mulutnya terkumat kamit menuturkan sesuatu yang tak difahami si gadis dan terus berlalu pergi. tangannya memberi signal mahukan RM. 
 
Si gadis terpinga-pinga.
 
Dari kejauhan, si tua masih lagi memaki si gadis dalam bahasa yang tidak difahami si gadis.
 
Si gadis, keliru dengan apa yang terjadi meletakkan sahaja beg plastik tersebut di koridor di mana si tua itu tadi duduk.
 
Si gadis masuk ke kereta dan terus berlalu pergi dengan kebingungan.
 
2 hari kemudian.. si gadis lalu tempat yang sama.
 
Si tua masih di situ. memakai baju yang lain, masih lusuh dan bermuka kasihan.
 
Si gadis terus berlalu pergi.
 
 
p/s: kalau anda pandai, cuba teka siapa gadis bertuah itu? hahahahaaa!!!
 

entri pendek #3

 
bila kau di sisi
aku tak sunyi
bila kau pergi
seolah jiwaku di tarik pergi
 
 
p/s: kau sahabatku sehidup dan semati..sampai bila-bila!

Monday, December 3, 2012

entri pendek #2


Jinjang ~ 8.07am ~ 3/12/12


Pagi tadi
Cerah sahaja, seperti biasa
Walaupun malam semalam
Gelap gelita...
seperti biasa.

An answered prayers

Good morning, husband All those morning feels incomplete If you weren't by my side I'm watching you sleep, stroking your eyebrows an...