"... menurut pandangan yang dikemukakan oleh Roland Barthes, seseorang pengarang itu seharusnya mati sebaik sahaja karyanya siap. Mati di sini, tentunya bukan bererti mati secara literal, sebaliknya sekadar bagi menggambarkan bahawa seseorang pengarang itu tidak lagi harus membicarakan karyanya sendiri setelah ia terbit. Hal ini penting, bagi memberikan kebebasan kepada pembaca dan khalayak memberikan intepretasi yang tersendiri akan karya tersebut, serta supaya khalayak tidak dipaksa memberikan makna yang diinginkan oleh pengarang sahaja. Saya kemudian mengambil contoh pelukis Picaso, yang dalam lukisan-lukisannya, kadang-kadang sengaja membiarkannya kelihatan seperti sebuah karya yang tidak siap. Alasannya, kerana menurut Picaso, andai lukisan itu dibiarkan siap, makanya lukisan itu akan mati, dan khalayak tidak lagi dapat memberikan interpretasi yang tersendiri. Dalam kata lain, sesebuah karya itu harus bebas diberikan makna oleh para pembaca..."- diculik dari http://aidilk.fotopages.com/
**saya juga pernah mengulas tentang satu entri bersama seorang sahabat..dan kini saya rasa saya telah merosakkan pemikiran saya dengan terlampau fokus pada perasaan sendiri..dan bukan pada keindahan entri tersebut..hmmmm...
**buat Cik Tree yang bukan main beriya lagi mengatakan yang saya bukan seorang penulis, sila dengar sini (dalam nada yang serius tanpa sebaris senyuman)..oh, saya mmg bukan penulis yang hebat..tetapi, saya perlu menulis (atau menaip) untuk berkarya (atau mengarut).. jadinya, saya juga merupakan seorang penulis (atau penaip)...tak gitu?
**apa-apapun Cik Tree, kalaupun anda tidak meng-establish saya sebagai seorang penulis anda tetap sahabat dan teman yang saya sangat sayangi ok! (dan saya akan terus menulis atau menaip kalaupun saya masih tidak bagus untuk anda baca, kerana ini adalah hobi saya, bukan anda..grrrr!) end of discussion
No comments:
Post a Comment