Wednesday, September 22, 2010

tolong dengar...Untuk Kau dan Dia!

Kau selalu pandang yang jauh-jauh
Dia pula nampak yang dekat-dekat

Orang bisik-bisik..kau dengar jelas
Orang cakap kuat-kuat..dia buat-buat tak dengar

Kau cari kawan, lepas masalah..yang penting hepi, taknak jadi lousy
Dia tak pula jumpa kawan..katanya, time hepi tak share, takkan time lousy nak share

Apa yang kau nak?
Dia tak pernah pretend depan kau..
Dia jadi diri dia sendiri..
bukankah kau pernah terpikat dek perangai nya yang childish itu
tergoda dek kecomelan dan kemanjaannya
terkagum akan kecerdikan yang dimiliki
terkesima akan kebolehannya menulis
teruja akan sikap kebergantungannya

kau jugalah
yang menyelimutkannya waktu dia kesejukkan
yang menolaknya ke atas di kala dia mahu pegun
yang memerhatikan dia di dalam lenanya
yang mengesat air matanya tatkala egonya berlari pergi
yang menemani di sisi di saat stress-nya melangit tinggi
tetap tak angkat kaki walau bicaranya mengalahkan dewa-dewi..

Dia pula...
ingin berubah?
apa yang ingin diubah?
sudah berubahkah?
apa yang berubah?

Dia tetap mahu mengejar kau
walau dia kian kehilangan dirinya
benaknya terus menyiksa
atau perlu aku kata disiksa dek dirinya sendiri
atau kau-kah yang menyiksanya?

aku tak mahu mencari lawan
aku mahu setia berkawan

carilah penyelesaian yang baik
kalaupun baiknya hanya untuk satu pihak,
sekurang-kurangnya satu pihak lagi tak perlu menderita

Dia aku sayang..sungguh-sungguh sebagai seorang kawan
Kau pula......pernah menjadi teman, di kala aku perlukan kawan

untuk Dia...
janganlah rasa kau berseorangan
kongsilah apa saja yang kau rasakan
pilihan 1..pilihan 2...pilihan 3....
aku tetap akan sokong pada mana-mana saja pilihan

untuk Kau...
kiranya kau sudi, aku sanggup mendengar apa sahaja
marahmu, kesalmu, tangismu, tawamu
aku mau faham dua-dua
sekalipun aku tak dapat ubah keputusanmu
moga dia mampu aku bantu

kerana aku tahu
sama ada menjadi Kau mahupun Dia
kedua-duanya sama derita..

1 comment:

  1. lepas baca ni, aku nak pinjam bahu untuk nangis boleh?

    ironinya beberapa bulan yang lepas selalunya aku rasa, kau kawan aku yang suka compete dgn aku.

    tetapi sepanjang temoh tu aku lebih tahu rasa sayang kau, dan sebab tu aku tak pernah putus asa dengan kau.

    terima kasih dari tangan ke hati.

    terima kasih sebab buat aku tahu kau adalah kau yang sayang aku.

    ReplyDelete

An answered prayers

Good morning, husband All those morning feels incomplete If you weren't by my side I'm watching you sleep, stroking your eyebrows an...