Tuesday, September 14, 2010

terbelah bahagi

Profil

nama: Atan
umur: 4 tahun
tempat lahir: Shah Alam


terbelah bahagi rasanya..Atan baik..tak pernah buat aku susah hati..cuma kadang-kadang berbau busuk..owh, itu bukan salahnya..itu pun sebab salah aku yang jarang ambil tahu akan keperluannya..agaknya, itu salah satu cara dia meluahkan rasa terhadapku..yelah, aku ni kan agak pemalas..maunya tidak, patutnya air Atan diganti sehari-dua sekali..ini tidak, aku ganti airnya kengkadang seminggu...kengkadang lebih..

masih ingat aku, di saat aku balik kampung dua-tiga hari, atau makanannya habis..ataupun aku lupa untuk memberinya makan..marajuk macam orang dewasa..makanan yang aku letak pukul 8.00 pagi hari ini, pukul 12 tghari esok baru disentuhnya..Atan.. Atan..

jika airnya tersangatlah kotor, tatkala aku ingin menukar yang baru, berdengih-dengih  dia mengeluarkan bunyi..marah aku la tu..hehe..

dulu, aku selalu berborak dengannya..namun, tanpa salah apa-apa darinya, aku makin jarang berborak dengannya lagi..Atan tak pernah salah..Atan baik..

kali pertama aku bertemu Atan, dia hanyalah sebesar syiling 20sen..kini, empat tahun kemudian, dia sudah lebih lebar dari telapak tanganku sendiri...

aku terbelah bahagi...Atan baik..dia jadi peneman aku di kala sunyi..aku sayang Atan...tak sanggup rasanya untuk berpisah..namun, aku kehilangan punca..tempat tinggalmu, kian menyempit..aku makin kesuntukan masa untuk menemanmu..walau kau aku sayang, aku tak mahu menzalimimu...

yalah, bonda, kakak2ku, abang2ku, acapkali menggelarkan aku zalim..aku mengurungmu, membiarkan kau kesunyian..sendirian...Atan, aku sayang kau, tapi aku tak mahu menyiksamu..

tersiksakah kau? maafkan aku Atan...maafkan aku.. 

No comments:

Post a Comment

An answered prayers

Good morning, husband All those morning feels incomplete If you weren't by my side I'm watching you sleep, stroking your eyebrows an...