Dah nak dekat pukul 6 petang
Kau tengok keliling pejabat
Tak menyempat-nyempat orang tutup laptop
Dan kau masih dengan fail bersepah atas meja
Kalau kau kakitangan kerajaan
mungkin kau dah lama sampai kat rumah
Kalau kau kerja di Shah Alam dan duduk di Rawang
mungkin sekarang kau tersekat di jalanraya
Kau teringat pulak waktu puasa
bos bagi balik awal, kau suka bebenar
padahal, kau tersekat di trafik jugak
Dan kadang-kadang
kau terpaksa bermalam kat ofis
dek kerana nak mengejar dateline
lalu baliknya esok!
Jadinya, kau peduli hapa pukul berapa masa balik
Sebab yang pentingnya kau balik.
faham tak?
p/s: satu kata, dua makna...dan mungkin lebih.
No comments:
Post a Comment