Assalamualaikum. ..
Wah gitu, tajuk nak gah aje.. huhu..
Anyway, pejam celik dah masuk minggu kedua aku kerja. Dalam hati ada sikit rasa sedih and takut.
Satu: aku takut dek kerana ke-stressan kerja dan kesempitan masa, aku takut bekalan susu Hana x cukup. Well, sekarang pun cukup2 aje.. kalau susu aku makin berkurang, maka harapan aku untuk full breastfeed at least smpai dia 6 bulan kan hancurrr... sedih, sebab dalam Islam pun sunat menyusukan anak sampai umur dia 2 tahun. Susu ibu kan bagus untuk kemaslahatan anaknya..
Dua: aku sedih sebab kena berjauhan dengan Hana.. aku risau aku terlepas moment moment penting dlm tumbesaran dia.. contohnya moment dia gelak, cakap, berjalan etc. Sebabnya, balik rumah je dah terkocoh2 masak, kemas rumah ala kadar, mandi, nak pam susu lagi...aku rasa macam dah 'jauh' ngan anak aku.. tak berapa minit je dlm sehari yg aku spend ngn dia. Aku risau dia lupa bau aku..dia tak nak lagi senyum ngan aku. Dia tak nak pandang aku pun aku sedih.
I miss our bonding moment.
Nur Hanania, ibu misses you so much!!