Monday, September 30, 2013

hobi saya.....

Assalamualaikum...

Kadang-kadang aku malu nak bagitau kat orang yang aku suka memasak.

Sebabnya:-

  1. Aku ni jarang masak (bukan malas.. tak de masa laaaa.. hihihii..);
  2. Aku masak tak la sedap sangat.. semua main agak-agak (dah kata jarang masak.. bila masa nak perfect nyerr);
  3. Aku tak pernah masuk pertandingan memasak. (Motipp???);
  4. Org kata.. orang yg kuat makan ni slalunya tak berapa pandai masak..sebab tu dia suka orang lain masakkan.. (errrrr....)
Walaupun begitu.. kalau ada masa aku still cuba meluaskan bakat yang ada.. cecewaahh bakat katanyaaa..

Cumanya.. bila aku tetibe bermood utk masak.. jgnlah cari gaduh ngan aku.. takpun mati2 tak percaya langsung akan kemampuan aku masak tanpa mencuba masakan aku dulu. Insulting ok.

Sekian.


P/s: nak cari mood masak. 

self note.. betulkan niat, bersihkan hati.

peringatan untuk diri sendiri....buat kesekalian kalinya.. huhu..
 
p/s: Menulis, mem-post atau membuat apa-apa entri mestilah berlandaskan hati yang suci. bukan untuk membongkak, membangga diri atau memerli sesiapa sama ada yang hidup atau yang mati. Kalaupun ada yang terasa, sebolehnya tulisan, post atau entri tersebut mestilah atas tujuan perkongsian bersama (sharing is caring), ingatan peribadi (a.k.a. diary), menasihati diri sendiri ataupun yang membaca (experience is the best teacher.. though the tuition fee is very high..lol), atau sebagai medium meng-update kepada kenalan-kenalan dan sahabat-sahabat yang sudi mengambil tahu pasal diri ini (news-feed). Yang paling penting, masa menulis, mem-post membuat apa-apa entri tersebut, boleh aja luahkan rasa, tapi jangan sampai buat orang lain yang menjeruk rasa. tak pasal nak minta maaf lak.. hehe!

Friday, September 27, 2013

#1) Birthday rambling.. post wedding feeling.

Assalamualaikum..

Jam menunjukkan pukul 3.00 pagi.. aku tak boleh tido. Perut meragam. Sejak 2 hari lepas. Banyak sangat yg bermain kat otak aku. Mungkin simptom nak period kot. Motiff aku ckap kat blog???? Hmm..

Hari ni genap 3 minggu aku jd yg halal utk hubster..

Harini jugak adalah birthday aku. (Maksudnya semalam la kot..since sekarang pun da pagi merangkap subuh hari yg baru kannn...)

Malam td hubster buat suprise celebration utk aku. Alhamdulillah. .. aku lebih tenang lepas bernikah.

Aku tolak tepi perasaan2 lain yang beraja kat kepala sebelum ni dan aku fokuskan utk kehidupan yang baru.

Aku dah puas menangis. Sekarang masanya untuk aku embrace the moment.

Ya.. aku ingat janji aku..utk menjadi isteri yg solehah.. janji Tuhan.. perkahwinan adalah tiket ke syurga.. tapi kalau tersalah langkah.. nerakalah tempat para isteri yang nusyuz.

Tetibe aku senti lak memalam cenggini tu dah kenapa???

Aku tahu.. antara perkara yang buat aku sangat takut akan perkahwinan adalah 'patuh' ataupun 'obey' dalam bahasa inggerisnya.. sifat semulajadi aku yang 'rebel' a.k.a 'memberontak' buat aku sangat takut yang aku tak mampu patuh pada seorang lelaki yang halal untuk aku.

Tapi setelah melalui hidup berumahtangga selama 3 minggu ni, baru aku tahu erti kepatuhan yang dimaksudkan. Patuh dan tolak ansur adalah 2 perkara yang seiring.  Dan bila mana ianya tak seiring tu lah terjadinya berantakan. Tapi.. once u are in a marriage...ko takkan lalu nak bermasam muka 24jam. Ko akan cuba sedaya upaya untuk bertolak ansur.

Mungkin korang yang membaca rasa cam nak muntah baca entri ni sebabnya... eleh baru kahwin 3 minggu nak nasihat pasal perkahwinan bagai...

Hhaahahaa.. aku mampu senyum aja. Kau tak tahu apa yang aku lalui ok.

Setakat ini.. inilah yang mampu aku share. Sebolehnya, biar aku titipkan apa yang aku rasa dan fikirkan pd masa ini.. biar penulisan ni menjadi ingatan untuk aku lebih berusaha menjadi yang lebih baik pada masa2 akan datang.. insyaAllah. .

p/s: oh ye.. terima kasih banyak2 atas doa-doa dan ucapan kalian untuk aku ni. Terima kasih kerana tak putus asa dengan manusia yang bernama aku nih.


Kappadokya, Turkey 2013


Istikal Street, Istanbul, Turkey.

Friday, September 20, 2013

what of it...

Assalamualaikum. .. 

I'm currently in one of my travelling journey.  And I've come across this book which is so appalling to my heart..



So.. it doesn't hurt if I'm sharing one of the poem which touches me, with you guys right...


Wednesday, September 11, 2013

kalau mencari pasangan...

kalau mencari pasangan
jangan cari di bulan
kelak sayang ditinggal-tinggalkan
kelak kasih ditangan-tangankan

kalau mencari pasangan
jangan dekat di hati
kerna hati boleh disakiti
kerna hati boleh mati

sebaiknya, jangan cari pasangan
carilah suami.. carilah isteri
jangan dirumitkan dengan madah pujangga
tapi sulamkan dengan ajaran agama

InsyaAllah
takkan roboh teratak
kalau teguh tiangnya..



P/s: tiada benda yang sempurna.. kerana kesempurnaan itu bukan sifat kita, manusia. tapi, cubalah lengkap-melengkapi seusai kita di dunia.

Wednesday, September 4, 2013

caught in action

it's 5.32 a.m.

kantoi dengan boss.. siapkan kerja last minute before cuti panjang.

saya malu.

Boss, jgn tanya banyak2.. seyes, saya malu nih..

 T__T

An answered prayers

Good morning, husband All those morning feels incomplete If you weren't by my side I'm watching you sleep, stroking your eyebrows an...