Wednesday, July 31, 2013

Monday, July 22, 2013

Sejuk ~ Created with PhotoShake


Bukit Damansara, 22/7/13
sejuk sejuk sejuk!!
 
Seperasan akulah, sepanjang bulan puasa kali ni, sejuk sangat. syukur sangat-sangat Dia permudahkan puasa kita kali ini. Sampai tak terkira jugaklah kaki aku cramp dan kebas-kebas dek sejuk yang melampau kekadang tuh. Harini pun tak terkecuali. Aiyo, dah macam orang tua pulak.
 
Mesti korang yg nengok ni pun tanya.. motip???
 
OK. takde motip. aku saje-saje. menggedik. puas hati?
 
Takde kerja? Nope.. aku banyak kerja.. tapi keadaan sekarang ni 'sejuk' sangat. So, terencat produktiviti. Sejuk yang bawa ke menggigil. Terkadang sampai sakit-sakit segala sendi. Mulalah berangan nak pergi tempat-tempat yang panas macam Kedah, Penang, Langkawi kerr... ewahh.. padahal, bukan main merungut panas masa stadi kat sana dulu.
 
Apepun, yang berpuasa, jangan puasa yang-yok yeh. Yang tak puasa, eh, cover-cover la sikit teguk air tuh.. walaupun halal kan.. hehe.
 
 
p/s: sejuk yang meremang boleh demam ok!
 

Wednesday, July 17, 2013

Cerita dolu-dolu : EXAM WEEK

16.7.2013
Salam semua..
 

Masih ingat tak zaman-zaman sekolah dulu... apa yang paling korang ingat time nak exam?
 
 
Paling manis buat aku adalah setiap hari sepanjang aku menghadapi UPSR dan PMR, Bonda takkan pernah lupa untuk rendamkan telur dalam air panas, supaya jadi telur separuh masak. Pastu diletak sikit kicap dan lada sulah untuk perisa. Mula-mula, macam dipaksa-paksa aja makannya. Ape ketidaknya, beriya-iya mak kejut bangun awal pagi untuk sarapan hidangan istimewa nih. Of course lah sebagai anak kecil yang lagi berhingus (time tu lah) ni memang payah nak bangun pagi. Lama-lama, memang layan jugak lah. Sampai kekadang tuh mintak 2 biji telur. Tapi, waktu tu manalah mampu nk makan sampai 2 biji telur setiap pagi kan..
 
 
Yang uniknya, menu sarapan istimewa ini hanya akan dihidangkan kepada anak Bonda yang akan mengambil peperiksaan besar SAHAJA. Jadinya, anak-anak yang lain telan air liur je lah. kihkihkih.

Tapi, yang tak boleh blah, waktu aku nak SPM dulu menu aku lagi pelik tapi benar..

Ceritanya begini, aku adalah masuk satu seminar kat UM utk kami-kami yang nak ambil SPM nih. (Bajet dapat soklan bocor lah...harammmm....malas belajar tapi nak score..bijak sangat kan.. ) So, speaker tu ada lah suggest satu menu rahsia untuk kekalkan minda yang cergas waktu belajar dan sentiasa ingat. Petua rahsia tersebut adalah.... (cepat amik pen dan kertas ya adik-adik)........................................................................

Untuk kekalkan badan dan otak yang cergas, sentiasa minum 100plus. Entahla, agaknya speaker tu dapat tajaan 100Plus kot.. Air lain tak boleh. Wallahualam.

Petua untuk kuatkan ingatan pulak, campurkan kicap manis dan cuka, kemudian bancuh dengan air suam. NO KIDDING ok. Kau nak gelak, kau gelak lah. Tapi aku ikut petua ni hampir sebulan gak lah, sebelum aku rasa macam mengarut aje. Kicap hanya boleh guna Kicap cap kipas udang. Haaa..... Puaslah Bonda nak melayan menu pelik aku nih.
 
 
Sudahnya, result SPM takdelah power sangat. cukup-cukup makan. Sebabnya, belajar pun dah last minit. cukup baik, rezeki aku plak dapat masuk 'u'.

Sebenarnya, moral of the story, kalau kau rasa nak score, tolonglah usaha. ko bajet dengan minum or makan segala tuh boleh bagi ko bijak? kalau tak usaha, tak guna jugak dik oii..


p/s: aritu, masa di suakan telur separuh masak yang dah siap berkicap dan berlada, berbunga-bunga hati aku. malas nak tunjuk aje.

...di bumi yang tidak bertuan



Setiap kali kau tersenyum..
Setiap kali itulah terngiang-ngiang di kepala
yang kau hanya memaksa senyuman didepanku

Ah,
terlalu banyak berfikir barangkali.

Biarlah,
Walaupun ianya satu kepuraan
Ianya akan tetap aku simpan

Kerana
Hidup ini terlalu singkat untuk aku rumitkan
Hidup ini terlalu singkat untuk aku bisingkan

Aku kan terus mengejar ombak
kan terus menghitung bintang

Moga satu hari
tatkala aku menikmati teriknya mentari
setelah merasai dinginnya hujan
ku kan terjumpa sang pelangi.

Thursday, July 11, 2013

Ramadhan's rambling

Salam semua. Hari ni  yours truly ada mood nak rambling. Jadi kalau ada masa, layankan je lah ye. Tapi kalau rasa masa anda itu berharga, sila abaikan entri ini. (aku tak pakse korang baca lahh..)
  
Perkara yang paling menyenangkan buat aku setiap kali Ramadhan adalah ketenangan yang datang bersamanya. Mungkin ada yang tak perasan, tapi buat aku yang selalunya mood swing nih, Ramadhan adalah bulan terbaik untuk aku bertenang dan berfikir secara lebih jelas.
  
Dan secara jelasnya, aku sangat rindukan sahabat aku Cik Tree. Yang sekarang tengah bercuti 2 minggu.. ok aku jeles. tapi in a good way lah. bukan dengki macam tuh. Dulu, kalau buat kerja gila-gila, mesti kami plan sama-sama. sekarang dia ke satu lokasi (yang aku tak boleh publish di sini), bercamping dan melayan perasaan. mencari diri sendiri. ahh, aku rindu saat-saat macam itu. Cik Tree, aku sentiasa doakan awak dalam lindungan Allah. kalaupun kita selalu berbeza pendapat, tapi air dicincang takkan putus.... kan?
  
Dan secara jelasnya, aku tahu konflik dalam hidup aku sekarang memakan diri aku sendiri. Aku hanya mampu berdoa yang baik-baik aja. Kalaulah dia merupakan jodoh yang Kau tentukan untuk aku..permudahkanlah urusan kami. Tapi kalau bukan dia, Kau permudahkanlah juga segalanya. Sesunnguhnya aku hanyalah hambaMu yang selalu aja lalai dan alpa dalam kehidupan yang Kau berikan untukku. Sesungguhnya, aku masih ingat permintaan aku daripadaMu di Ramadhan yang lalu, moga aku diketemukan dengan seorang Imam yang dapat membimbingku. Lewat ini, aku sudah ketemu seorang Imam yang bisa aku turuti, tapi Ya Rabbi, kurniaanMu masih lagi sebuah rahsia yang tak mudah untuk aku selongkari. Kau permudahkanlah walau apa sahaja jalan itu, Ya Rabbi.
 
Secara jelasnya jugak, aku masih lagi mencari-cari keredhaan Allah dalam setiap perbuatan aku. Dan serasa aku, mencari keredhaan Allah itu adalah satu perjuangan yang takkan habis. Ibarat peperangan diri kita dengan syaitan, nafsu dan tak lupa diri sendiri. Hati akan sentiasa rasa curiga, akal sentiasa bersoal dan bertanya, nafsu sentiasa meyakinkan bahawa apa yang diberi olehNya takkan pernah mencukupi. Hailahhh iman, bertabahlah. Perjuangan ini adalah perjuangan seumur hidup.

Eh, aku ni bukanlah nk belagak ustazah bagaii.. tapi bukan ke sharing is caring (*senyum*)?

Lagipun kan dah aku terang tadi.. Ramadhan adalah bulan terbaik untuk aku bertenang dan berfikir secara lebih jelas. So, jelas tak??

bersungguh aku berfoto kat store room opis..err


Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan al Mubarak 2013

Air Asam Boi & Bonda @ Kuala Selangor
***saje bagi gambar yang menguji iman.. hehe.. teruji tak??
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


First day puasa.

Langgar kereta orang.

Mungkin Allah tengah bisikkan kat aku, sila fokus dalam pemanduan hidup ini.



p/s: kelakar pulak bila fikir-fikir balik. sepatutnya pengamal undang-undang macam aku lah yang tak panik. ini, no plat kereta tu pun aku tak amik. tunjuk blurr depan pak polisi.

Monday, July 8, 2013

what do u see

King of sushi



I see me.
do u see yourself?


P/s: dare to be different. Define yourself.  Don't let other define you.

Friday, July 5, 2013

Hujan Di Tengah Malam - Izzue Islam | Bunga Merah Punya (re-post)



hujan di tengah malam tanda kasih yang ku rindukan
bila tak lagi rembulan kesiangan

bintang berkelipan mencari satu harapan
aku yang sendiri tanpa teman tanpa kekasih

andainya hari tak bermentari sayang
andainya malam tiada kelam kasih

hujan turunlah
kau sejukkan hati yang rindu ini
dengan cinta kasih dan sayang
darimu Tuhanku yang satu
 
p/s: link cerita aritu .. dulu tak dapat post video.. la nih dah reti dah.. hehe.. enjoy!!

Teru Teru Bozu ~ pls go rain, come the sunny light



you can pretend all the way as it never happen.
just like everyone does.
and I am a good pretender, I am.

but things happen.
and things happen for a reason.

I won't hate you for being yourself.
and I wont punish you, for that is myself.

I can be mad at you for all of my life.
but I've passed that stage already.
too much anger is still in my blood.
broken. faded. rusty.
and it doesn't bring me any good.

but things happen.


p/s: this song is really nicely creepy. and I love it!

imam


Andai aku ketemu seorang lelaki yang bisa jadi imam pada setiap solatku
Akan aku habiskan seluruh hayatku dengannya
dan kalau diizinkan, selepas hayatpun tak mahu aku berpisah darinya

Tapi andainya Dia punya caturan yang lain daripada itu
Akan aku sandarkan prasangka yang baik-baik
Mungkin ada dosa yang telah aku cagarkan dan kini perlu langsaikan

atau mungkin juga Dia sedang mengaturkan yang lebih baik untukku ..



An answered prayers

Good morning, husband All those morning feels incomplete If you weren't by my side I'm watching you sleep, stroking your eyebrows an...