Friday, November 30, 2012

entri pendek

Bila sedih tak semestinya kau menangis
Dalam ketawa pun orang boleh nampak.

Thursday, November 29, 2012

Iman di mana?

Makin kita dekat dengan Allah
Makin besarlah dugannya

Syaitan telah berjanji
akan berusaha menyesatkan anak Adam
sehinggalah ke nafas yang terakhir

dan

Allah uji, keran Dia tahu yang kita mampu hadapinya.

InsyaAllah.

p/s: pedoman untuk aku dan semua yang membaca :)

Monday, November 26, 2012

the difference

reality
is bit and bitter

fantasy
is beautiful and promising

Friday, November 23, 2012

pokok?

benih sayang yang dicambah
cinta yang disiram hari-hari
namun dibaja kata-kata dusta
bunganya apa?
buahnya apa?

matlamat takkan pernah menghalalkan cara sayangku

Thursday, November 15, 2012

#32) Songkhla the Southern of Thailand (overland) PART THREE~ 14-15 July 2012

Assalamuaialkum...

Sun rises early in Songkhla. Aku bangun awal. Cik Tree masih lena diulit mimpi. Malamnya aku tak tidur lena. fikir bukan2. ntahpape.

Perut dah menjerit-jerit. aku kejutkan jugak Cik Tree. ok, sumpah dia nih mmg susah bangun tidur. nasib baik dari dulu masa kitorang roomate kat Sunway dulu aku dah paham sangat perangai dia.

Akhirnya, pukul 11.30 jugak kami keluar check-out dan cari makan. breakfast? brunch? Tak kisahlah, asal makan. hehe.

perjalanan bermula

kerosin

air kejayaan - drink like a local
 Ke Songkhla Sunday Market kami tuju.. mencari makan. Tema hari ini, "act like a local"..

eat like a local

sumpah sedap!! isi kaya-pandan
visit like a local

Study like a local

dress like a local.. eh??
 Penat touring Samila area, kami mengambil tuktuk untuk ke bus stop (20B/pax) dan mengambil minivan untuk pulang ke Hadnyai (30B/pax) kembali.

Perut dah ber-heavy metal. Dalam pukul 2.15 barulah jumpa kedai muslim untuk lunch! 220B untuk lunch 2 org.
soto-thai

nasi campur
Kali ni, nasi campur Cik Tree lagi sodap. :p

Macam yang semua maklum, Hadnyai mmg syurga kaki shopping. Sereyes berbaloi-baloi. Cantik2 design, tapi memandangkan bajet ciput, aku telan air liur je lah. hahahaaa... sudahnya window shopping sampai lenguh-lenguh kaki. Cik Tree dah tarik muka masam. Nasib ko le labu.. dan kawan ko ni jenis yg rambang mata..

seluar idaman
Kami meneruskan misi untuk ke Khlong Hae Floating Market. Setelah penat bargain dan tanya-tanya org, akhirnya adalah sorang brader ni sanggup bwkkan kami ke sana. Dengan fee 400B, kami dapat return tuktuk ke Khlong Hae Floating Market. Yess lah!!
tuktuk chartered
pose like a local

skodeng awek thai
Untuk yang tak tahu, floating market kat sini tak jual barang2 basah yg macam kat Bangkok tu.. tapi buat foodie mcm aku ni, inilah syurga untuk kami! Pesta makan!! Yang syoknya, makanan yang dijual disini adalah halal.. dijual oleh peniaga muslim. Ape lagi, jom layan picca aku ngan cik Tree makan.. hahahhahaa....
Khlong Hae Floating Market.. here we come!!

pesta makan bermula!!

the best sotong goreng tepung ever!!

fresh sushi

ikan haruan bakar.. terbaeks!!

air dalam buluh :)

air dalam pasu tanah liat.. sojuk :)

fried fish cakes

tersenyum gumbira

ice cream in a clay

fish cake
drinks

makann!!

kueh daripada sagu.. pon sedap! ingatkan buah tadi..

sgt meriah hokkay!

sempat beli sotong goreng tepung lagi..buat bekal.. hehe

yg ni terlampau eksotik.. tak berani nk try.. :(
 Punyalah lupa diri, janji ngn brader tuktuk tu sejam je.. tapi bila dah jumpa makanan, hampir 2 jam kami spend masa kat sini. nikmat!
 
So, aku tanam niat dalam hati, aku nak datang lagi kat sini, nak enjoy food!
 
Selamat dah beli return tiket balik Malaysia tempoh hari. tak lah kelam kabut. Overall journey aku sangat happy. Samila-Songkhla pada aku bandar yang sangat tenang. Night life memang ZERO.. tapi oklah kalau nak relaks2 otak dengan bajet yg ciput.
 
Hadnyai, definitely aku akan kembali. esp to this khlong hae.
 
Dan yang paling seronok, overal budget aku ngn cik tree is not more than rm600/2 prsn. this is inclusive of our return ticket, other transportation, apartment, foods, shopping.. so if deduct shopping, our spend is not more than rm400/2 prsn. :) 
Consortium bus


p/s: seronoknya backpack travelling... :)
 
mahu baca entri2 yang sebelum ni? klik sini:
 
 

#31) Songkhla the Southern of Thailand (overland) PART TWO~ 14-15 July 2012


Ahoii Samila Beach, here we come!!
 
Eh, Salam everyone :) Nak tahu ape istimewanya pantai nih?? Sebenarnya, pantai ni taklah cantik mana pun.. oops (statement berani mati), tapi pantai ni lebih terkenal kerana mitosnya..
 
Alkisahnya pada suatu malam ni ada seekor duyung (mermaid) telah mendarat di pantai. Sedang dia leka membersihkan diri dan menyikat rambut dengan sikat emasnya datang pulak sorang nelayan ni mendekati si duyung. Si duyung yang terkejut, "Opocot mak kau" terus serta merta masuk dalam air kembali kerana takutkan muka huduh nelayan tu dan tertinggal sikat emas beliau.. (konon-konon cantik sangat la si duyung tu..eh?). Si nelayan ni dengan terujanya terus mengejar si duyung..menunggu dari hari ke sehari untuk pulangkan sikat tu, tapi tak ketemu jugak.
 
Yang pelik tapi jeliknya, ada pulak yang berpendapat dengan menggosok breast (tak bley blah kann)si duyung tu akan dapat segala yang dihajati. Cerita lain yang aku baca, kononnya kalau sentuh si duyung, relationship dengan pasangan anda akan kekal berpanjangan. Aduhai, ada-ada je kepercayaan manusia yg karut marut nih..
beratur panjang nk bergambar
ni duyung gak neh.. :)

postcard picca!!
Kami teruskan menyusuri sisiran Samila Beach..ketemu pulak dengan monumen Kucing dan Tikus. Menurut lagenda, ada seekor kucing, tikus dan anjing mengembara dengan kapal China cuba mencuri kristal daripada pedagang China tersebut. Bila dah dapat, depa nih berenang la ketepian malangnya kucing ngan tikus kedua-duanya mati lemas dan menjadi pulau, Koh Meaw (Cat Island) dan Koh Noo (Mouse Island). Si anjing pula berjaya sampai ke darat tapi tetap mati dan menjadi Khao Tang Kuan (Monkey Hill)-eh, tetibe jadi monyet??. Kristal pulak bertukar menjadi pasir putih Pantai Haastsaikaew. fuhh, bebelit lidah nk pronounce!

okeh, layan gambar!

grand entrance

cat and mouse

mouse and cat.. erkh?


Tang Kuan Hill (Monkey Hill)


mcm mana dia tengok jalan????

restoran yg banyakk
 Sambil-sambil jalan, kami try la few local delicacy.. owh sangat untung perut tak meragam di kala ini.. hehe :)
Kelapa laut

kelapa bakar 40B
 Tanpa arah tuju dan kompas, kami teruskan perjalanan untuk mencari tempat melabuhkan malam. tak sanggup nk bayar mahal, we are looking for nearby hostel. Mak aihh, nearby la sangatt.. jauh gak kami menapak dari Samila Beach ke bandar. sampai dalam hati dah mula menyumpah seranah. panas bangatt.
tetibe rasa homely kejap

 Akhirnya, pencarian kami berhasil. Mujurla cik Tree hati dia terang sket jln kat bandar nih.. ikut aku, meraban je jalan. hehe. Kami menyewa sebuah bilik dengan harga 800B. Ok, mula-mula rasa mahal jugak, memandangkan kami request untuk bilik, tapi rupanya bilik yang dimaksudkan adalah sebuah apartment yg sangatlah luas. cukuplah satu famili nk duduk. ada satu bilik tidur, dapur, bilik air, ruang tamu. So, sebenarnya sangatlah berpatutan harganya. dive by two, each of us only have to pay 400B=RM40..
Chop Muk Da Apartment

Living Hall

Diner & Kitchen

Bedroom
Tapi, sampai ke sudah bilik tidur tu tak pun kami guna. Aku tetibe rasa takut sebab ruang besar sangat, macam kene perati. sampai ke pagi kitorang berdua tidur kat sofa sambil tv on. hhhahahaha... masalah jugak kalo sewa tempat yg luas-luas nih. hahaha...
 
Owner apartment ni sangatlah welcoming.. agaknya, first time dia jumpa female backpackers dr Malaysia. Mdm Oon namanya.. petang tu, dia ajak kami jalan-jalan di Samila Beach untuk tengok macam mana org Songkhla spend evenning dorang.
 
Serius aku kagum. Pelbagai aktiviti sihat, sepak raga, bola sepak, badminton, taichi, aerobik dan macam-macam lagi lah! No wonder org Thai ni selim-selim belaka..
 
Bagai org mengantuk disorongkan bantal, kitorang terus "say yes" bila Mdm Oon offer untuk join aerobik class dia. berpeluh tak hengat! 
 
pemuda-pemudi Thai

aerobik
 Lepas berpeluh sakan, kami meminta diri daripada Mdm Oon. Mahu menikmati senja di pantai dan mencari dinner!! LapAr seyh!!

Senjakala

MONUMENT LAGIK

kami pilih restoran Aminah - ditanggung HALALAN TOIYYIBAN

Dinner kami
 
450B @ seafood
 
Menapak balik pulak

 
Alhamdulillah, selesai satu hari journey di Songkhla.. tak sia-sia selama ni hiking, tak lah pancit sangat mengukur jalan kat Songkhla nih. hehe.
 
So, apa lagi kami pun balik dan tidurlah.. :) Selamat Malam..
 
to be cont..
 
p/s: aku dah janji kat Mdm Oon untuk promote Apartment dia. Jadi, sesiapa yang berminat bolehlah ke sini dan contact:-
 
Mdm Oon / Thasa Sitapong
tel: 074-311485 / 081-8979425   

An answered prayers

Good morning, husband All those morning feels incomplete If you weren't by my side I'm watching you sleep, stroking your eyebrows an...