Sebenarnya rasa perit, sakit, mual, meluat.. semua aku rasa since last Wednesday. Sgt-sgt mengganggu emosi sampai aku migraine dan mahu lari dari semua.
Tapi aku tahu, punca masalah adalah diri aku sendiri.
Leka dengan dunia. Lupa diri sendiri.
Malu sangat-sangat pada Tuhan. Tak tahu apa alasan untuk diberi, sedangkan alasan itu sememangnya tiada. NIL.
Semakin aku mahu dekat padaNya, semakin aku diingatkan betapa kotornya diri ini. Lebih kotor dari setiap yang bergelar najis di dunia.
Tolonglah, beri aku peluang bernafas.
p/s: kata seorang sahabat, kiranya aku ni baru sekejap melakukan dosa nk dibandingkan hayat aku yang masih panjang.. (bisik hatiku pulak, itupun kalau hayat panjang...)
" kata seorang sahabat, kiranya aku ni baru sekejap melakukan dosa nk dibandingkan hayat aku yang masih panjang"--------> this, u quote me totally out of context.
ReplyDeleteapa yang aku maksudkan, adalah begini:
katakan selama ni A tak pakai tudung, buat maksiat atas muka bumi ni dan semua ni A buat dengan bangga sekali.
then tiba-tiba satu hari, cahaya keinsafan menyimbah kepada A sehingga A tak dapat nak elak dari berubah ke jalan yang benar.
esoknya, A terus pakai tudung, solat lima waktu. akak-akak ofis dia semua terkejut. semalam elok cucuk langit semua, apahal tetiba hari ni jadi setazahhh..
dan dorang pun bersoseh2 sendirian mengata si A ni nak kawin lah, tunjuk alim la..lepas tu kawan-kawan sesosial A pun malas dah nak ajak A sebab according to dorang A dah tak se-cool dulu untuk hang out sesama.
so dalam keadaan ni, adakah A perlu mengambil kira cakap-cakap kosong akak-akak opis dia atau kawan-kawan dia yang too cool to hang out with her itu?
tentulah tak. dia wajib tak pedulikan semua tu.
sebab yang penting tu, apa yang kat akhirat sana sebab dah tentu ia lagi berkekalan.
yang dah lepas tu lepas la, buat apa nak kenang-kenang sampai tak boleh nak pandang ke depan. sbb yang kat depan tu, akhirat tu lagi lama, kekal dan hakiki pulak tu yang harus dikejarkan.
itu maksud aku.