30.4.2012 : RINJANI
Dengan tidur-tidur ayam (sejuk gila ok!), aku akhirnya terjaga lebih kurang pukul 1.30am. Usus dah tak mampu menahan desakan rasa mahu membuang.. sudahnya aku gagahkan jugak untuk keluar khemah dan mencari port untuk membuang air kecil. Tak lama lepas tu, makin ramai pendaki yang mula mendaki melalui kawasan khemah kami.
Oh ya, disebabkan kami sampai paling lewat semalam, kami dapat port campsite paling hujung, dan paling dekat dengan starting point ke puncak.
Alkisah rupanya, Encik Guide kami (Ming Lombok) tak pun bajet yang kami ni still gigih mahu menawan puncak disebabkan kondisi kami yang macam tak cukup tenaga je tu.. Lagipun, majoriti kami adalah kaum hawa yang saiznya comel-comel. Namun, dengan semangat yang tak mahu kalah, dan setelah undi dibuka, kami teruskan untuk sampai ke puncak. Well, memang itu aim aku setiap kali mendaki. By hook or by crook. Sebab tak tahu bila lagi nak sampai ke situ.
Lantaran itu, kami dikenakan bayaran ekstra untuk guide yang akan bawa kami ke puncak. Ok lah, dah sampai situ, malas pulak nak argue lebih-lebih.
Perjalanan dimulakan dengan bacaan doa setelah memanaskan diri dengan air teh dan regangan yang lebih kurang.
 |
Sejukkkkkk sgt-sgt! |
 |
Muka penat dan tak yakin tapi cuba jugak senyum |
Sejujurnya, waktu berdoa tu hati aku ni sangatlah hiba. Aku takut aku tak kuat...hmm..
2.50 am perjalanan ke puncak bermula. Kami bermula perlahan dan hati-hati. Seminit.. Dua minit.. Lima minit... " Cha, aku tak nak terus. Aku nak balik." eh eh...ada suara kecik kat belakang aku. Aku masih cuba memberikan kata-kata perangsang. Aku tak tahu untuk siapa sebenarnya. Untuk Cik Ya, atau untuk meyakinkan diri sendiri.
Sepuluh minit.. Aku melihat kelibat Cik Ya pergi. Secara automatik, aku rasa dunia aku sunyi. Senyap sunyi.
Melangkah. Terus melangkah. Sikit aku tak toleh kebelakang lagi.
Dejavu? Mungkin. Kesunyian yang sama. Kekosongan yg sama. Tekad yang sama sewaktu aku mendaki Tiger Cave Temple, Krabi suatu masa tak lama dulu. Perasaan yang membuat aku sikitpun tak fikir untuk berhenti.
(Kedegilan yang membuat aku migraine teruk sepanjang hari..)
Dan tiba-tiba aku terhenti. Melihat sekeliling dan baru tersedar yang aku berjalan/mendaki solo hampir satu jam. Di luar sedar. Oh My.. serius tiada satu jasad pun sejauh penglihatan aku. Kesejukan mula mencucuk ke tulang-belulang. Aku pandang kiri. Aku pandang kanan. Kaki terpaku di tanah.
Tak semena-mena muncul bayangan seorang manusia dari arah kanan lebih kurang 2 meter dari aku. Sambil bersyukur di dalam hati, aku mula merapati lantas berbasa basi lebih kurang dengan lelaki itu. Lelaki itu duduk mencangkung di tengah-tengah laluan trek dan cuba menghidupkan api dengan menggunakan ranting-ranting kayu yang telah dikumpulnya. Tiada jawapan yang jelas terhadap soalan aku, aku meneruskan perjalanan. Terbit rasa syukur sebab dapat menumpang haba unggun api walaupun sekejap.
Tak lama lepas itu, aku ternampak bayang Lyxa, Farah dan Myra dari kejauhan di hadapan. Puas aku cuba kejar, nampak dekat tapi sangatlah jauh. Kabus mula menebal. Rasa gerun mula menyinggah di kepala.
Akhirnya, mereka berjaya aku kejar. Kasihan, diorang waktu tu jugak dehidrasi. Masing-masing muka kepenatan dan ketiadaan air. Air aku dah macam emas. Silapnya, air mereka Pore yang pegang. Pore pulak, ntah ke mana ketinggalan dibelakang.
Kabus makin tebal. Matahari pagi mula mampamerkan sinarnya. Capik tiba tak lama lepas tu meramaikan majlis menyambut matahari terbit.
 |
5.32am |
 |
5.58am.. Pak Guide |
 |
6.00am Capik & Myra |
 |
6.00am Lyxa |
 |
6.00am Farah |
Disebabkan kepenatan tahap maksima dan kekurangan oksigen, kami bergilir-gilir melelapkan mata sepanjang pendakian. Dan disebabkan penglihatan yang makin cerah, maka ternampaklah gaung-gaung di kiri dan kanan yang menggetarkan kakiku. aduhaiii...
Mujur ada Pak Guide offer untuk dipegang. Okeh. Sila bawa tongkat yer lain kali adik-adik. Yours truly ni berlagak hebat.. kononnya nak free hand. Free hand la sangat sudahnya.
Bantuan Pak Guide melajukan langkah sebab beban badan aku, separuhnya aku pindahkan kat Pak Guide. Hahahaha..
Alhamdulillah, setelah berhempas dan berpulas aku sampai jugak kat atas bersama Pak Guide dan Capik.
 |
8.19am @ peak of Rinjani looking at Gunung Baharu |
 |
The peak is ours.. as no one else is around.. at this hour.. eh, why eh?? |
Sebenarnya ada satu lagi video penuh dedikasi.. tapi ntah kenapa takleh nk upload pulak.. sobs sobs..
Tak mampu nk bergerak sangat sebab kesejukan melampau.. aku, Pak Guide dan Capik terus aja terlena.
9.30am, terjaga sebab terdengar suara Myra & Lyxa terjerit-jerit panggil kami. Subhanallah, tak sedar dah sejam terlena di bawah matahari direct. Migraine aku terus menangkap kepala. aduyaiii... Tak berapa lama kemudian, Farah, Pore dan Pitt pun sampai.
 |
Berfoto di puncak |
 |
Pitt dah terlentang waktu nih. |
Berehat ala kadar, pukul 10.00am kami bergerak turun. Allah huakbar. Kaki aku menggigil habis. Gayat tak tertahan-tahan. Mujur ada Pak Guide. Malu tak malu, aku dakap erat lengan Pak Guide.
 |
Romantik takk?? Cuba tengok, kabus tebal gila!! (foto ihsan Intan) |
 |
Curam kann..ayakkk!! (foto ihsan Intan) |
Lebih kurang pukul 12pm aku pun sampai kat base camp. MasyaAllah, masa turun tu Allah je tahu betapa gayatnya aku rasa dengan sakit kaki lagi.. lengkap! Air mata nih bertakung aja tunggu hujan.
Sampai aja khemah, aku terus meraung, menangis. Kesan psikologi yg sgt kuat tak pernah aku rasakan sepanjang aku menceburi bidang ini. Sampai bengkak-bengkak mata. Aku akui kerana sikap aku yg hentam keromo, aku tak pernah fikir kematian dan kecelakaan waktu pendakian, tapi inilah pertama kali perasaan tu beraja di minda sepanjang perjalanan turun.
Ok. Aku kelememeh.. whatever. :p
POST MORTEM
Kami tak meneruskan perjalanan ke Segara Anak Lake seperti yang dirancang kerana semua kami telah kepenatan bermain psikologi di trek menawan Rinjani. Lantas turun juga melalui trek Sembalun.
Hanya 7 daripada 10 org daripada kami berjaya menawan puncak Rinjani (separuh mati).
Sewaktu turun, tiada bekas uggun api yang kelihatan di tempat aku menemui lelaki misteri itu. Tiada siapapun di kalangan kami melihat lelaki itu. Dan menurut rakan-rakan yg lain, ada ramai pendaki yang turun sewaktu aku mendaki..in which seorang manusia pun aku tak selisih sepanjang aku mendaki seorang-seorang.
Mendaki ke puncak Rinjani lebih daripada pukul 7am adalah BAHAYA kerana ianya adalah laluan bagi angin lintang dan kabus tebal di mana sisi penglihatan adalah kurang daripada seratus meter.
Kekurangan air ataupun dehidrasi boleh menyebabkan seseorang itu berhalusinasi.
Rinjani adalah tempat yang mistik dan sacret bagi masyarakat setempat dan aktiviti penyembahan masih lagi dilakukan sehingga kini. Anda boleh membaca info menarik tentang sejarahnya
di sini.
Tiap-tiap tahun, ada sahaja kematian dan kehilangan yg dilaporkan di Rinjani.
Dipercayai, setiap yang datang perlulah datang dengan hati dan niat yang bersih.
Jom kita layan gambar... :)
 |
View from my humble tent |
 |
Post mortem |
 |
Campfire |
 |
Tanah Larva |
 |
the 'toilet' |
 |
Pemandangan petang hari |
 |
Sunset |
 |
my fav pic! |
 |
our campsite |
 |
yours truly di pagi hari |
 |
bergrup foto sebelum berangkat |
 |
macam dekat.... |
 |
Segara Anak Lake |
 |
Morning view |
 |
Foto-ing with local |
 |
Been there..done that moment |
 |
Myra, Gogo Farah and our Guide ~ Ming |
 |
We did it!! |
 |
Jom balikk!!!! |
 |
Penat dan ketiduran |
Kalau mahu baca cerita dari awal, bolehlah klik di link di bawah.. :)
kasEh sElaSih: #25) Mount Rinjani (From Bali to Lombok) 28.4-3.5.12 - PART ONE
kasEh sElaSih: #26)Mount Rinjani (From Bali to Lombok) PART TWO
Ok..saya jelesss banyak ni. Haha. Puas hati sebab entry ni banyak gambar.. Bestnyaa! Korg ada trip panjat memana gunung tak ujg thn ni or awal thn depan?
ReplyDeleteBest! hehe.. bln NOv ni maybe nk ripit Rinjani..tapi plan lain belum ada lagi.. kalau ada, nnti sy kabar2kn k. :)
DeleteBln 11 rinjani lg? Wahhhhh... Sy mcm plan nk next yr sbb this yr dh g bromo n.lawu.. Huhu. Tp nov tu bla? If ada plan nanti emel boleh?gian nk.naik gunung ni sbb last hiking bln 5 aritu..
ReplyDeletesalam sakina, kami tak jadi la pulak nk turun rinjani.. klo ada plan lain sy roger awk ye.. :)
Delete