Saturday, March 3, 2012

#21) Bermalam di Nuang, 7-8 Jan 2012

Salam...

Sebenarnya, perkara ini termasuk dalam list benda yang aku tak mahu ulangi pada awalnya.. tapi, tak tahulah kenapa macam ada panggilan rindu sayup-sayup dari NUANG (misteri nih!). Sudahnya, aku putuskan untuk mem-follow Cik Tree dan Joshy bermalam di Nuang. Walaupun hanya di Kem Lolo.


Paling mencabar pada aku ialah the fact that we started our journey around 2.45 a.m., bearing in mind with the 'history and my-story' of Nuang I, myself also impress with our sudden plan that Friday evenning.

Mujur tak ada benda-benda yang pelik dan ajaib yang menemui kami. Perjalanan selamat pergi, selamat kembali. sesekali terasa roma menegak, adalah perkara biasa. cepat-cepat hilangkan kekusutan dalam minda dengan keyakinan di atas perlindungan-Nya.


Kami sampai di tapak khemah waktu tu dah hampir subuh. Sereyes, nite-hike adalah jauh berbeza dengan day-hike. masa yang diambil adalah berganda-ganda. tu tak masuk lagi kena tempuh kabus, embun pagi lagi tuh. mencabar minda dan kudrat sungguh! (FYI, ni lah kali pertama aku ber nite-hike cenggini..)


Usai subuh, aku pun melelapkan mata. jaga, matahari dah naik hampir pukul 12 tgh hari. yang seronoknya tidur dalam hutan, ada perasaan nyaman dan segar bila bangun pagi. terus aku gegar cik Tree dan Joshy bangun pagi.

Aktiviti seterusnya, makan...makan...makan...tido...makan..makan... hehe! HEAVEN! sebab tak perlu fikirkan apa-apa masalah sekalipun.
 


Kami spend dua malam di hutan. seronok. :)
Bubur Cha..

Ayam rempah versi Cha..
tema kami: BACK TO NATURE.. cuba tengok pic kat bawah, happy face!! hehe..
one happy family :)

5 comments:

  1. assalamualaikum kak anis...wah, seronok tgk..makin rancak dgn rencana2 menarik hiking yer...saban waktu ader sj update aktivi mendaki...sgt dipuji cara beriadah sebegini, dpt meyihatkan badan...hehe..cuma, wani ade sikit komen lah kak..alang2 dh menulis ruangan post comment nie, tetiba nak katakan sesuatu..hrp akk xkisah yer...

    Sebenarnya, wani menanti-nanti kalau akk and the grup dpt berkongsi cerita berkenaan dgn kehebatan2 kekuasaan Allah, sang pencipta alam semesta nie..yela kan, apa guna nya alam nie jika tidak diterokai isi nya...bahkan, tak semua berkesempatan mendaki mcm akk semua, yg sentiasa diizinkan Allah dpt mendaki, wlaupun byk liku2 yg harus ditempuhi, syukur ke hadratNya..cuma wani rasakan ia lg best kalau kita dpt sama2 share kan cerita2 macm jenis2 tumbuh-tumbuhan ke, kalau ade binatang2 kecil/serangga ke, variety snapshots tok pemandangan bumi yg menunjukkan terdampar luas dr ketinggian yg jarang2 dpt dirasai oleh semua orang, serba sedikit perkongsiaan kalau ade sebarang tinggalan sejarah ke...hehehe...sorie yer, wlaupun wani tahu mgkin akk and the geng dh ade tujuannya sendiri...


    BTW,ade sedikit tips dr seorang yg bukan active hiker mcm akk, tp pernah jgk mendaki suatu ketika dulu, agar kembara akk selepas ini lebih menyeronokkan...hihihi...
    1) letakkan tujuan mengembara hanya kerana Allah swt
    2) jauhi maksiat
    3) kalau boleh, jaga ikhtilat (pergaulan)
    4) banyakkan zikir sepanjang pendakian
    5) hidupkan sesi pengembaraan dgn memerhatikan suasana, fenomena, ciptaan Ilahi
    6) bykkan doa & muhasabah diri....

    InsyaAllah, semoga setiap langkah dan aturan perjalanan hidup kita lebih barakah...:)

    "Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada". (Surah Al-Hajj, ayat 46)

    waallahulam...
    Maaflah, sbenar-benarnya, yg bercakap nie bukanlah yg hebat, lagi banyak silap dan salah...miss you, k.anis :)!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimas untuk ingatan dan pedoman untuk renungan bersama.. alhamdulillah, since join aktiviti macam ni, k.anis sungguh-sungguh rasa lebih rapat dengan Sang Pencipta. Tapi, mungkin ada sini sana yang terlepas pandang, terlanjur cara.

      Seronok dapat feedback macam ni, jadinya rasa lebih rapat dgn wani at the same time boleh jadi batu ukur untuk diri sendiri. :)

      InsyaAllah, kebaikan itu, kalau tak banyak, sikit-sikipun akan cuba k.nis terapkan dalam diri.

      sikit-sikit, lama-lama jadi bukit kan? :)

      Delete
  2. hehehe...tak sabau nak tggu perkongsian cerita tok next pendakian...:)

    ReplyDelete
  3. terbaca komen dkt atas ni, best jgk ada peringatan macam tu. hehe. saya sendiri kalo naik gunung, di masa-masa yang dah nak give up sebab tak larat sangat-sangat, maka mula mulut membaca ayat qursi. sekali dalam hati. satu reasonnya adalah saya rasa tu pengubat hati, nak lawan rasa menyerah tu. :) dan berjaya!rasa semangat lebih lepas tu.

    sebab saya belum pernah sampai nuang, so soalannya betul ke kalau mendaki sini lutut mesti bertemu mulut? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. 4 tips/pantang untuk ke Nuang:-
      1) Jangan pergi musim hujan, kalau hujan, lupakan saja. Kami ambil masa 12 jam untuk complete sebabkan hujan yang tersangatlah lebat;
      2) Jangan buang sampah merata-rata, niat perlu betul dan ikhlas;
      3) Jangan pandang belakang bila dipanggil (unless u sure memang kawan kamu dibelakang) atau tegur benda pelik-pelik;
      4) Sila berhenti waktu azan berkumandang (tak kiralah Zohor, Asar or Maghrib), dan biarlah waktu Maghrib dilepaskan sebelum memulakan kembali perjalanan anda..

      Saya bukan extreme hikers, tapi di Nuang mental akan selalu teruji disebabkan makhluk2 nakal di sana. As for trek, ala, awak boleh punya! :)

      Delete

An answered prayers

Good morning, husband All those morning feels incomplete If you weren't by my side I'm watching you sleep, stroking your eyebrows an...