Thursday, March 1, 2012

#20) Gunung Bunga Buah, 4 Disember 2011

Salam... ini ada lagi satu entri yang aku peram since last year lagi.. jangan mare.. trip ke Gunung Bunga Buah. Line up terdiri daripada aku, Cik Ya, Cik Tree, Cik Mee, Abg Man, In dan En Guide (Sharif). Sebenarnya, trip ini dibuat untuk membalas dendam mengikuti langkah GREEN-ers yang lain yang telah pergi ke tempat yang sama minggu sebelumnya. :p

Line-up
Buat pengetahuan kamu yang membaca, Gunung Bunga Buah ini terletak di Genting Highland/Gohtoh Jaya. Secara rasionalnya, cuaca agak sejuk. Namun, Alhamdulillah cuaca hari tu cerah dan ceria. sedap-sedap aja. Kami mulakan perjalanan dengan merentasi kebun sayur-sayuran di pinggiran/kaki gunung. pemandangan yang sangat best.

Sesudah itu, terus trek pacak 70'..hahhahaaa..amik kau. mujur trek pacak tu dalam lebih kurang 15-20 minit aja. terkejut makk..  Kalau korang jumpa sign cam kat bawah ni, maknanya, trek pacak dah habis (buat masa ini)..

Kemudian, akan terjumpa laluan jalan tar lama. dahulunya, laluan ini digunakan oleh lori/trak untuk ke lombong kuari. Jalan tar ni mengambil masa lebih kurang sejam jugaklaa.. aku pun tak berapa ingat dah.


Sepanjang perjalanan, korang dapat lihat banyak sgt sarang si labah-labah. Kata pemandu arah kami, en. Sharif, Gunung Bunga Buah ni memang syurga untuk peminat si labah-labah. Banyak spesis yang ada. Aku taklah berminat nak dengar cerita tu sgt. Tapi, aku sangat tertarik dengan pemandangan sarang labah-labah yang dipenuhi titisan embun pagi. Subhanallah, sangat cantik. dan bukan sikit tau...banyakk!


Kuari..

Koleksi Flora
gunung di belakang itulah Gunung Bunga Buah
Kata en. Sharif lagi, kami berjalan memusing gunung. Macam tak percaya aja jauhnya, tapi sungguh-sungguh benar. :)

Tamat jalan tar, akan nampak tanda seperti gambar di atas. bermulalah pendakian Gunung Bunga Buah. Sebenarnya, dahulunya laluan agak mengelirukan. Ramai yang telah sesat untuk ke sini. Tapi, alhamdulillah, sekarang laluan makin jelas. Mungkin sebab kewujudan Gunung ni yang dekat dgn KL, menjadi feveret hiking destination.


streching sekali lagi sebelum mendaki..

Gonggok yang SIHAT


Menurut seorang sahabat cina aku, azimat-azimat yang tergantung dan berwarna warni ni adalah azimat untuk roh-roh yang telah mati di sana. Tiba-tiba meremang bulu roma. Sebab tempat macam ni selalu menjadi tempat pemujaan jugak.

inilah pemandangan yang aku tunggu..360' view  :)

ala-ala tabur ~ crystal rock garden

Sampai...peak!
Syukur sangat-sangat cuaca menyebelahi kami. terasa perjalanan dipermudahkan.

en. Sharif dan ular!
Kami selamat sampai ke bawah dalam pukul 4ptg. Kami turun melalui jalan jauh, merentasi gate besar. sebaik aja kami siap tukar baju semua, barulah hujan turun selebat-lebatnya.. alhamdulillah kami dah selamat sampai. :)

No comments:

Post a Comment

An answered prayers

Good morning, husband All those morning feels incomplete If you weren't by my side I'm watching you sleep, stroking your eyebrows an...