Monday, February 20, 2012

#19) Bukit Kutu, 13 November 2011

Salam.. Hi again. Ya Allah, dah bersawang2 dah entri ni.. hehe...Kali ni aku ceritakan trip ke Bukit Kutu, Kuala Kubu Baru, Selangor. YESS, inilah bukit yang sepatutnya aku jejaki sebelum aku dan Cik Tree membuat detour ke Sg Chiling tempohari. 

Trip kali ini buat julung2 kalinya, kami telah meng-join-kan diri dengan grup En Faizal Samat..ya tepat sekali.. ini sepatutnya entri lama dulu.. tapi disebabkan beberapa kekangan, aku terlupa terus mahu update entri ini.

jadinya, disebabkan aku ni bukanlah seorang peng-ingat, layan gambar ajelah ye.. :)
  
acara warm-up berirama.. eh,,berkupulan.. hehe..
grup kali ni adalah BESAR..anjuran OGKL.. kami warga GREEN hanyalah watak tempelan sampingan sahaja..
Line up kali ni : Kak D, Fish, Cik Ya, Aku, Cik Tree, Cik Mee, Abg Man, J and Za (photographer).
Gambar di atas adalah berlatarbelakang Gua Kambing. Menurut Faizal Samat, dulunya ada kambing-kambing gurun yg berkeliaran di tempat kejadian.. namun, sekarang, kambing pun dah educated, taknak lepak tak tentu pasal dah.. dok kat cover page Berita Harian ruangan "Senyum Kambing".. at least dapat gak hasil.. katenyerr....
Ish ish ishh... kesian.. dahaga betul dia nih!

Cerombong Asap.


Bukit Kutu ni dahulunya adalam tapak kediaman Pegawai Inggeris. Sepertimana yg dapat dilihat di gambar di atas, cerombong asap ini adalah satu-satunya monumen yang masih kukuh dapat dilihat sehinggalah sekarang.
Menuju puncak!

Happy face :)

GAYAT?? : in control.. ngehngehngehh...

Superb 360 degree view

Eh, gayat ke tu Cik Mee?  :p


Lagi kesan lama tapak kediaman
Alhamdulillah semua selamat turun. Walaupun Cik Fish stuck sekejap (hampir 1jam lewat dari kami yg lain), tp, dia juga berjaya menyudahi aktiviti dan melawan rasa gayat beliau.


Muka puas hati dapat makan sate sedap!

**p/s: tak sangka pulak En Faizal Samat tu sbnrnya reporter.. hehe, merasalah muka masuk KOSMO! haritu..walaupun muka saya sebesar semut aja.. kihkihkih..


**and yes, thanks to Abg Man, for some of the Photos are his collection. :)

No comments:

Post a Comment

An answered prayers

Good morning, husband All those morning feels incomplete If you weren't by my side I'm watching you sleep, stroking your eyebrows an...