Dia bukan siapa-siapa
dia adalah dia
yang sering leka dengan angannya
dia bukan jenis yang meminta
dia bukan juga seorang pencerita
seinci senyuman miliknya cuma
sedangkan dia tidak bersuara
mereka katakan dia cacat deria
sedangkan dia tidak bercerita
mereka bisikkan hidupnya melata
bila hanya senyuman yang mampu dijaja
mereka jeritkan yang dia gila
tatkala dia mendamba kasih
dia sering aja rasa tersisih
tatkala dia meniti asmara
otaknya sengsara jiwanya gelora
wajarkah dia digelar perempuan kelas dua
hanya kerana dirinya serba tiada
ada dan tiada tak ada bezanya
punya suara tanpa sebarang nada
punya bayang, jasad tiada
tolonglah..
dia bukan perempuan kelas dua
tapi keyakinan bagaimana dapat dilaksana
jika dirinya mahupun pancainderanya
tidak percaya..
No comments:
Post a Comment