Saturday, December 10, 2011

#18) Gua Tempurung & Istana Kellie, 23 Oktober 2011

Salam semua. Syok pulak petang-petang hujan macam ni layan teh kosong panas. Tak semena-mena datang mood untuk berblogging. :)

Kali ini, akan aku ceritakan pengalaman aku menjejaki tempat yang aku terrr-sangatlah ingin pergi dalam 2-3 tahun kebelakangan ini..tak lain tak bukan, IstanaKellie/Kellie's Castle. Yang seronoknya, selain menggedix dan bergambar sakan di sana, kami juga menjejaki Gua Tempurung sebelum ke Istana Kellie tersebut.


Sumber: guatempurung.com

Direction untuk pergi juga tak menjadi masalah. Gua Tempurung terletak di Lembah Tempurung berhampiran Gopeng, Perak, Malaysia. Dengan menggunakan Lebuhraya Plus Utara-Selatan, sila exit di Toll Plaza Gopeng. Kemudian ambil kiri menuju ke Kampar. Lebihkurang 5 km kemudian, belok kiri. Gua Tempurung terletak lebih kurang 2km selepas itu. Tak mungkin terlepas satu signboard "Gua Tempurung" yg begitu besar terpampang di kiri bahu jalan (kecualilah anda ralit berborak sakan atau mengantuk!)
Lupa pulak, line up kali ni adalah aku (penggedix aka model sambilan ;p - sebenarnya aku ni takda apa-apa function kecuali peserta), Kak D  (penaja kehormat), abg Man (pembantu guide 1 merangkap fotographer), cik Tree (pembantu guide 2) dan In (pembantu guide 3).

Oleh kerana kami bergerak tersangatlah awal dari KL, sepanjang perjalan di highway diliputi kabus. walaupun kasihan dan rasa bersalah terhadap Kak D yang memandu, aku tetap tak boleh menahan mata daripada terlelap.. sori kak.. hehe!

So, semantelah kami sampai di sana di pagi hening itu, berposing sakanlah kami, terlompat-lompat di tengah-tengah jln raya. Masing-masing hepi macam tak ada masalah langsung. Kanak-kanak riang   :)





Melompat lebih tinggi!!

 

..dan posing lagi

  
pintu masuk

Ada 4 pekej yg ditawarkan, dan kami memilih pakej ke-empat..paling mencabar katenyee... hihihii... ongkosnya, sepertimana yang kelihatan dalam foto disebelah, adalah sangat berpatutan.

Pengalaman yang seronok, dan berbeza sekali kalau nak dibandingkan dengan Batu Caves.

Pertamanya, bentuk batu kapur yang terhasil akibat proses pengenapan jutaan tahun dahulu sangatlah menakjubkan. Cantik wehh! Encik Guide juga memberikan nama/gelaran yang tak kurang menariknya terhadap bentukan stalagtit-stalagmit yang ada..

Oh ya, tak seperti Batu Caves yang agak lembap, Gua Tempurung  adalah gua kering dan panas. Menurut Encik Guide, dahulunya terdapat takungan air yang dalam di dalam gua ini, tapi kini tidak lagi. Jika anda mengambil Pakej 1, barangkali anda tidak akan jumpa takungan air langsung di musim panas.

Untungnya kami mengambil Pakej 4 = Grand Tour. Pengalaman yang sangat menarik bila dapat menyentuh dengan jari sendiri batuan kapur tersebut. Lalu, dalam diam kami pun melakukan eksperimen terhadap dinding-dinding dan batuan tersebut. Mudah saja mengikisnya dengan kuku, korang akan lihat pasir yang berkilauan daripada batuan tersebut. Jauh di dalam gua, suhu tidaklah makin panas (walaupun sangat ramai umat manusia didalamnya- grup kami sahaja hampir 30org, tak termasuk grup lain lagi) tapinya, berdebu. Hingga satu-satu ketika, aku terpaksa menutup mulut dan hidung takut ada kesan sampingan lain pula kalau terhidu dalam-dalam masuk ke jantung.

Keadaan sangat gelap gelita.. Jadinya kalau berhajat untuk pergi, jgn lupa bawa headlamp. Kami dinasihatkan oleh Encik Guide untuk tidak memandai-mandai jalan merata ataupun melompat-lompat. Kerana seperti yang dinyatakan tadi, batu kapur bukanlah seperti batu biasa, ianya tidak padu dan senang dikikis.

Lebih menarik, kami juga perlu menggelongsor dari aras yang tinggi ke paras yg lebih rendah. Okeh. Kat sini aku tak berapa nak gemar sebenarnya. GAYAT. Licin. Gelap. Takda tempat nak paut. (ok, mungkin ini exaggeration daripada aku..different people different opinion.) Disinilah fungsi Pembantu Guide 1, 2 dan 3 diperlukan. Untuk menyambut/memastikan mereka yang sedang menggelongsor tak tersasar daripada landasan gelongsoran. Kredit to Abg Man, In and Cik Tree. :)

Tak lama lepas tu, kami perlu merangkak dalam air pula... yeayyy...basah dan tak berdebu lagi! Encik Guide akan memastikan yang baju korang basah from head to toe (walaupun ada 2-3org yang berjaya mengelat..hihi).. BEST!! Pengalaman baru!  
SUKSESS!!! Lecun baju kami!

Setelah membersihkan diri ala kadar, kami pun bergerak ke the legendary Kellie's Castle. Kaki aku dah tak diam waktu ni. Lebihkurang 15-20minit perjalanan, kami pun sampai ke destinasi yang dituju. Aku tak dapat sembunyikan senyuman di bibir. Sekejap aja aku dah lost track daripada yg lain. menyelongkar isi Kellie's Castle.

Menjejak sejarah awal, Istana ini tak pernah disiapkan. Ianya dibina oleh seorang Scottish yang kaya (Sir William Kellie Smith) bagi mengenang isterinya yang telah melahirkan anak kedua mereka setelah menunggu lebih kurang 11 tahun jaraknya dari anak mereka yang pertama. Batu-bata adalah diimport khas dari India. Kiranya, ni macam Taj Mahal Malaysia la..

The legendary Kellie's Castle
 
Malangnya, istana ini tak pernah sempat disiapkan. Bayangkan, jika sempat disiapkan, istana ini akan mendi bangunan pertama yang mempunyai lif di Tanah Melayu. Sayang..sayang...

Dek kerana lokasi dan senibina yang menarik, istana ini pernah menjadi tempat pengambaran banyak drama dan filem, termasuklah Anna and the King.

 

Eh, bukan pedang betul. Kebetulan ada KRU tgh buat shooting movie terbaru mereka. =)

Shooting - Sepatutnya, kalu tak silap, inilah gelanggang tenis (indoor) yang ingin dibina.


Perghh.. macho tak..hehehehee








Sayangnya, istana ini dikatakan berhantu. Kononnya kelihatan kelibat Sir Kellie di tingkat 2 dan anak sulungnya berkeliaran tatkala malam menjelma. Tak tahulah sejauh mana kebenarannya.

Yang pasti, org kaya ni memang disenangi oleh sekalian penduduk di sekitar ini dan juga pekerja-pekerjanya. Tak jauh daripada istana ini, ada sebuah kuil yang mana ada sebuah patung (Sir Kellie) yang diletakkan separas dengan dewa-dewa masyarakat Hindu yang lain.

Tu diaaa... punyalah depa menghormati dan menyayangi Sir Kellie waktu tu.. 

Muka puas hati =)
Okeh, buat korang yang nak layan cerita istana ni, bolehlah melawat di sini.. Kesimpulannya, perjalanan yang berbaloi!!

**Special credit to Abg Man, for some of the pictures that i took from his collection =)

1 comment:

  1. wahhhh....seronoknya melompat...MELOMPAT LEBIH TINGGI lagi....hehehe...

    ReplyDelete

An answered prayers

Good morning, husband All those morning feels incomplete If you weren't by my side I'm watching you sleep, stroking your eyebrows an...