kau selalu cakap kau kawan terhebat. hebat sangatkah?
Situasi A
Berkawan dengan X selama 3tahun. Mengenali Y melalui X, selama 1-2tahun. Berselisih faham dengan Y..lalu tidak bertegur sapa dengan X langsung, mungkin kerana X berpacaran dengan Y (walaupun kau telah tahu dari awal yang X mahu menjadi pihak berkecuali). Adilkah untuk X?
Situasi B
Berkawan dengan Z selama hampir seabad lamanya. Makan sepinggan, tidur sebantal, berkongsi rasa dan rahsia.. namun kau tetap lupa mengucapkan Selamat Hari Lahir padanya di setiap hari ulangtahun kelahirannya. Adilkah untuk Z?
Situasi C
Berkawan dengan M kira-kira 1-2tahun dan sering aja ditipu, dibohong, diputarbelit oleh M. Kau banyak mencurahkan tenaga bagi menjayakan hubungan itu dan tak lupa air mata juga. Namun, bila M datang kembali memohon pertolongan buat kesekian kalinya, kau tetap menghulurkan bantuan. Adilkah untuk M?
Situasi D
Berkawan dengan Q hampir separuh umurmu. Pernah suatu ketika kau berkongsi apa sahaja dan pernah juga kau hilang tanpa suara. Kini, tatkala dia sudah berkeluarga, kau terus jauh dan menjauh walau di nuranimu kau sungguh merinduinya. Q pula diam seribu bahasa dan kau semakin menjauh. Adilkah untuk Q?
Situasi E
Berkawan dan bercinta dengan N. Namun bila berpisah, kau tidak mahu berkawan lagi. Adakah adil untuk N?
Aku? Oh, aku bukanlah kawan yang hebat. selalu aja melakukan kesalahan. dan kadang-kadang, kemaafan juga aku lupa perolehi. namun, apa yang aku pelajari, kawan yang baik takkan lupa untuk saling ingat-mengingatkan antara satu sama lain, dan takkan pernah meninggalkan kawannya di saat-saat yang dia paling memerlukan sahabatnya.
P/S: moga masih tak terlewat tuk mengucapkan Happy Birthday kepada sayangku Cik La pada tanggal 17/7/2011 yang lepas. marahlah aku, aku tetap sayang kau. =)
No comments:
Post a Comment