DI ATAS ADA LANGIT..DI BAWAH ADA BUMI.. DI TENGAHNYA ADA APA?
...
Alhamdulillah, trip ke Gunung Bintang telah berlangsung dengan jayanya.. walaupun pada mulanya macam tak jadi aja..(gila formal). Nak buat macam mana, dah jenis rancang last minute, kelam kabut la sikit. Program kali ni dianjurkan oleh Kak D, tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan Kak D hanyalah setakat penganjur sahaja, dia tak dapat nak sertai. So, yang join hanyalah aku, Cik Tree, Cik Ya, Cik Mee, Isk, In & Budin.
Pertama kali aku dengar rancangan awal Kak D, dia mahu 'kerjakan' Gunung Bintang dalam satu hari saja..makk aihhhh mengucap panjang aku, siap keluarkan kalkulator lagi nak kira segala kemungkinan yg bakal terjadi. Tapi akhirnya, kami menurut nasihat en.Guide yang menyarankan kami bermalam di dalam hutan.. fuhh, lega!
Seperti biasa, bergerak dari KL awal pagi Sabtu (lebih kurang pukul 12.30pagi) dan sampai ke destinasi; Hutan Lipur Sungai Sedim lebih kurang pukul 6.30pagi. Jangan ditanya aku jalan mana yg perlu diikut, even aku yang memandu, panduan aku hanyalah GPS. Aku takut tak berapa berani pandang kiri kanan jalan yg gelap sebabnya semua passenger aku tengah syiok layan mimpi. (ini jugak salah satu faktor kenapa kami susah cari jalan keluar ke Highway malam nak balik tu..huhu..sowie kengkawan =p)
Anyway, pagi tu sesudah breakfast di warung tempatan, kami pun memulakan perjalanan. Jangan lupa untuk beli bekalan lunch sekali tau (kalau korang nak jimat tenaga dan masa laa.. kalau sanggup nak masak pun takde hal..=) )
Perjalanan dimulakan dengan menaiki trak. Oh yess, sempatla kami kena libas dengan rotan-rotan dan ranting-ranting di sepanjang jalan. Satu aja nasihat, tunduk se-bawah yang mungkin ok. Sebenarnya, aku tak berapa nak kira berapa minit, mungkin dalam lingkungan 20-30minit. Yang pastinya, lenguh-lenguh la leher menunduk.
# the unforgettable truck
#pertama kali naik trak macam ni..serius aku jakun!
#sila rebut tempat paling depan (paling dekat dengan driver) untuk kesan libasan yg minimum. =p
Dan, kami pun memulakan perjalanan. Hutan dia agak dara/raw lagi. Mungkin ianya tak se-fofular tempat-tempat yang lain, contohnya Nuang, Irau, etc (walaupun ramai yang berpendapat ianya lebih sukar berbanding Nuang). Oh, ini adalah hipotesis aku semata-mata..sebab selama ni aku tak pernah pun dengar fasal Gunung Bintang nih (acecey, macam dah explore semua gunung aja..abaikan ok!).
Tak aku nafikan, tempat ni cantik! Tapi janganlah berani-berani nak naik tanpa bantuan en.Guide. Kenapa? Sebabnya, sepanjang perjalanan nanti korang akan nampak jejak si ensem Maybank, encik Fumakilla, dan tak ketinggalan sang Tenuk dan sang Tapir.
Oh ya, pacat juga. But thanks to my-newly-bought-tight-for-the-sake-of-avoiding-pacat, aku hanya tergelak saja bila pacat-pacat itu cuba memanjat kakiku yang kurus ini. Ok, silap. Walaupun pacat-pacat itu tidak berjaya menggigit kakiku yang gebu ini, aku tetap terjerit-terlolong bila pacat-pacat itu memanjat dan berusaha sedaya upaya untuk membolosi seluar dan stokin aku. Oh pacat, tolonglah faham, antara kita takkan pernah ada rasa cinta ok!
Juga dapat melihat beberapa tumbuhan yang jarang dapat dilihat kat tempat lain.
#buah pokok rotan
#bunga pokok senduduk
#ni aku tak pasti apa namanya, yang pastinya sangat cantik dan unik
#bunga kantan hutan
Mungkin disebabkan faktor fizikal kami yang masing-masing kononnye fit ni, en.Guide telah shoot non-stop dari trail head melepasi CP1 & CP2. Padahal dia tak tahu dah naik semput dan senak nafas kami dok control nafas dan kerut-kerut kening kat blakang dia. Aku dah rasa macam masuk kem askar dah. Konklusinya, don't judge a book by its cover ok. Kami ni newbies, sungguh-sungguh tak tipu tau!
Sampai di CP3, sangat teruja melihat air terjun yang cantik. Apelagi, masing masing terus bukak kasut layan spa air terjun sambil menikmati makan tengahari yang dibungkus dari warung pagi tadi. Tak tahulah kenapa, tapi setiap kali hiking, nafsu makan aku menjadi-jadi. Sentiasa rasa sedap walaupun lauk ntah apa-apa sekalipun. hehe =)
#CP3: waterfall
Hampir sejam kami berehat, perjalanan diteruskan.
#bunga kantan hutan yang belum kembang
#mana-mana pun aku pergi, mesti jumpa cendawan-cendawan yang lain daripada yang sebelumnya.
Sepanjang perjalanan dari trail head ke CP4, korang akan rasa panas sangat-sangat. Mungkin faktor geografi gunung yang menghadang laluan angin.
#tak tahu pokok apa. tapi kami gelarkan 'pokok kedekut' sebab dari batang sampailah ke daunnya diliputi dengan duri. tak bagi peluang untuk tumbuhan lain menumpang.
Dan Alhamdulillah, kami akhirnya sampai ke Kem Bunian dengan mengambil masa kira-kira 8jam perjalanan termasuk satu jam rehat di CP3 dan hampir satu jam lagi di CP4 (sempat tido lagi beb!) dan beberapa tempat yang lain. Kiranya sampai kurang satu jam daripada estimated hour yang diberikan. Yess!
Mula-mula, kami bajet punca air dekat aja. Rupanya, perlu trekking lebih kurang 10 minit jugaklah baru sampai. Tapi takpa, air gunung tetap seperti biasa, tidak mengecewakan. Sedap ok!
Tapak kem kat sini, mengizinkan korang untuk memakai hammock, fly ataupun khemah yg cacak kat tanah tu. Apa-apa pun boleh ok.
#en.Guide sedang menjamu selera
Suhu di sana, adalah seperti yang dicanang-canangkan. 15'C-18'C. SeEEeeeeEeeeJJjjjuukkkKk!
#unggun api
#tinggal bara
Malam tu, ada pulak sang Tenuk @ Sang Tapir nak halo-halo dengan kami. Jadinya, untuk mengelakkan haiwan-haiwan ini mendekati kami, mercun diletupkan untuk menakutkan mereka. Syukurlah dapat tidur lena (despite ada bunyi dengkuran yang dah macam orkestra Bintang RTM dah..hehe).
Lepas breakfast, dalam pukul 9++ kami bergerak menuju puncak. Oh yeah, bermulalah perjalanan yang kami gelarkan sebagai trek Irau. Perjalanan ke puncak mengambil masa lebih kurang 2 stgh jam. Antara yang ditempuhi adalah Bonzai Garden dan Bintang Kecil.
#pokok bonsai kat sini tinggi-tinggi. berbeza dengan yang pernah kami jejaki di tempat-tempat lain.
#foto berkumpulan
#foto seorang-seorang. sepanjang perjalanan diselaputi kabus.
#PEAK!!
#bukti trek Irau
#Gunung Bintang, SUKSES!!
#memang berbaloi!
Kata en.Guide, dalam banyak-banyak kali dia pergi jarang sekali dia nampak view yang sangat clear macam ni. Kiranya kami ni sangat beruntung. Mungkin jugak disebabkan faktor yang kami bertolak agak lewat (seperti biasa).
Dan dengan itu kami mulakan perjalanan turun.
It's time to go home. Dari Kem Bunian kami bergerak balik dalam pukul 3.30ptg. Yup, memang lambat. Dek kerana takutkan berjalan malam, kami push habis-habisan waktu balik tu. Perjalanan yang sepatutnya 9jam, kami sudahkan dalam 4jam sahaja. Stop hanya sekali di CP3 untuk refill energi dalam 35minit. Kami sampai ke starting point, tepat pukul 7.28petang.
Fuhh, complete 28.6km all-in-all journey.
Expenses: Guide (RM180 per day), Truck (RM10-15 per person/pergi-balik), Permit (RM10 per person), Parking Fees (RM2 per car).
Aku slalu tanya diri aku di setiap kali end journey, kalau ada peluang nak pergi lagi tak. Kali ni jawapan aku, MUNGKIN..hehe.. tapi bukan dalam masa terdekat..bagi peluang Gunung lain pulak. ahaks!
p/s : review drpd en.Guide "...nak tahu. team ni walaupun kecil dan girls lebih dari boys tapi memang pantas."
dasyatt ah korang. turun dalam 4jam je. salute ah! :)
ReplyDeletemana tak laju, kitorang lari-lari anak waktu turun..tak sanggup ambil risiko hiking waktu malam. mental tak kuat lagi laa.. hihi =)
ReplyDeletewah...dasyat arr k.anis...tercabar lak nk g mendaki...hehek
ReplyDeletemai laa...sangat-sangat dialukan =)
ReplyDeletebila nak naik lagi ??
ReplyDeleteInsyaAllah... akan naik lagi satu hari nanti. :)
Deleteselepas setahun , tahun ni nak tanya lagi .
ReplyDelete" Bila nak naik lagi ??"