ya, aku cerewet
ya, aku degil
ya, aku banyak songeh
ya, aku malas
ya, aku susah mau dengar kata
ya, aku selalu berubah fikiran
ya, aku penakut
ya, aku ngada-ngada
ya, aku baran
ya, aku cakap lepas
ya, aku perasan
ya, aku ego
ya aku pentingkan diri
dan..
ya, aku selalu kecewakan kau
ya, aku selalu lepas amarah pada kau
ya, aku segan berlama-lama dengan famili kau
ya, aku selalu buat kau sedih
ya, aku telah buat kau kecewa
ya, aku paksa kau buat itu ini
ya, aku cakap kau begitu begini
jadi..
apa harus aku lakukan
jika ego seorang aku masih mahu menuntut kasih sayang engkau
jika kecewa seorang engkau tak mahu lagi mendengar harapan seorang aku
ya, aku menangis dalam tawa
ya, kau meraung dalam senyuman
No comments:
Post a Comment