Saturday, February 19, 2011

expectations: antara harapan dan kasih sayang

ya, aku cerewet
ya, aku degil
ya, aku banyak songeh
ya, aku malas
ya, aku susah mau dengar kata
ya, aku selalu berubah fikiran
ya, aku penakut
ya, aku ngada-ngada
ya, aku baran
ya, aku cakap lepas
ya, aku perasan
ya, aku ego
ya aku pentingkan diri

dan..
ya, aku selalu kecewakan kau
ya, aku selalu lepas amarah pada kau
ya, aku segan berlama-lama dengan famili kau
ya, aku selalu buat kau sedih
ya, aku telah buat kau kecewa
ya, aku paksa kau buat itu ini
ya, aku cakap kau begitu begini

jadi..
apa harus aku lakukan
jika ego seorang aku masih mahu menuntut kasih sayang engkau
jika kecewa seorang engkau tak mahu lagi mendengar harapan seorang aku

ya, aku menangis dalam tawa
ya, kau meraung dalam senyuman

Saturday, February 12, 2011

bukan milik aku

benci itu bukan milik aku

bukanlah mahu mendakwa diri seorang dewi
tapi aku tak mahu menilai sesuatu yang aku sendiri tak pasti
pucuk pangkalnya
hulu hujungnya


kasih itu bukan milikku

jika sebuah pengorbanan menjadi ukuran
keikhlasan diukur segantang demi segantang
kenapa dan mengapa
terus-terusan menjadi persoalan


jadi apa milikku?

aku hanya miliki sebuah perasaan
yang terkadang penuh bunga-bungaan
terkadang panas bak api yang membakar
terkadang beku di bawah paras normal
terkadang sepi tiada berteman


Subhanallah..
tiada apa yang kekal dapat kumiliki
yang kekal hanyalah Tuhan yang hakiki!

An answered prayers

Good morning, husband All those morning feels incomplete If you weren't by my side I'm watching you sleep, stroking your eyebrows an...