Tuesday, October 26, 2010

kelahiran antagonis

terlampau hingar
mahu sembunyi
menjadi kerdil di alam gergasi
menjadi raja di dunia sendiri

malu mengangkat wajah
lantas mengangkat kaki

batu dilempar
tangan disembunyikan

seluruh panca indera
disogok dengan sutera dari neraka
setiap kata-kata
dikait benang serakah

lantas,
tanpa syarahan tanpa arahan
telanjang di pintu syurga
memohon keampuhan

No comments:

Post a Comment

An answered prayers

Good morning, husband All those morning feels incomplete If you weren't by my side I'm watching you sleep, stroking your eyebrows an...