langkah 1:
pujuk rayu, tagih simpati..
contoh: dibuang keluar rumah, minta tolong cari pekerjaan, tiada tempat bergantung, nak makan pun tiada wang
langkah 2:
simpati diraih..
contoh: rumah dapat ditumpangi, syor kepada majikan akan rakannya itu
langkah 3:
mula mencurah masalah peribadi..(secara tak langsung menyatakan yg diri adalah mangsa keadaan)
contoh: pakwe/makwe saya menduakan saya, saya selalu dipukul, walau sebaik mana sekalipun saya terhadap mereka keluarga/kawan/kekasih tetap mengasingkan saya
langkah 4:
mengambil hati..
contoh: cuba mengembirakan hati sang parasit dengan membawanya keluar bersuka ria
langkah 5:
membalas budi..
contoh: saya akan masak untuk awak, saya akan dengar segala luahan awak, saya akan urut-urutkan awak jika awak penat
langkah 6:
memulakan hasutan..
contoh: kenapa kekasih awak tak sporting? saya hanya tumpang sehingga saya mampu.. kenapa budak rumah awak pandang serong pada saya?
langkah 7:
mendapat kepercayaan penuh..
contoh: nanti saya akan yakinkan mereka
*langkah 8:
memberi body..
contoh: tak payah contoh la kot..sendr mau paham laa...
*langkah 9:
mendapat kekasih baru..
contoh: saya tak kisah berkongsi, saya tahu tapi saya hanya mahu menumpang kasih, saya takkan mminta yang lebih kerana saya faham saya orang kedua, kita rahsiakan perhubungan ini pun tak apa kerana kekasih awak bukannya tahu apa-apa..
langkah 10:
akulah parasit no.1
contoh: since kekasih awak dah tahu dan tak mahu awak lagi, saya sedia menemani awak dan menjadi kekasih no.1..
*** langkah 8 & 9 terpulang kepada masa dan peluang..yang mana-mana boleh jadi dahulu
nota: tak semua orang macam ini, ada yang nampak baik tapi nauzubillah perangainya..tapi tak kurang juga yang tampak jahat tapi masyaallah bagus perangainya.. aku tak suka menilai selagi benda tak nyata di depan mata.. tapi aku juga berharap takkan ada lagi manusia lain yang terpedaya/teraniaya dek kekasih parasit..
***********************************
ReplyDeleteWahai seorang kekasih,
Telah lama kau dirindui,
Pilu sedih dalam kerinduan,
Menangis pun tak berair mata,
Namunhati tetap gembira,
Syafaatmu menanti di sana.
Sungguh tabahnya hatimu,
Menanggung derita yang melanda,
Biarpun perit pedih tersiksa,
Kerana umat kautempuhi jua.
Wahai Rasul kaulah segalanya,
Contoh terbaik umat akhir zaman,
Akhlakmu tinggi kan kami jejaki,
Sifatmu sempurna pelengkap peribadi.
Wahai Rasul kami merindui,
Sinaran wajahmu mendamaikan jiwa,
Manis senyuman mu penawar hiba,
Di hati kami kaulah segalanya.
***********************************
terima kasih pak seman..kerana mengingatkan saya pada apa yang saya terlupa..
ReplyDeletesemoga hidayah seorang Rasul akan sampai terhadap setiap umatnya..InsyaAllah.