- Jaga cara anda berfikir
- "what the mind conceive and believe, the mind will achieve"
- Percayalah cara anda berfikir akan mempengaruhi perasaan dan tingkahlaku anda. maka fikirlah secara positif. anggaplah setiap hari adalah hari baru dalam hidup anda dan anda akan lakukan sesuatu yang lebih baik hari ini berbanding semalam.
- komen aku: aim for the sun, u'll touch the sky~
- Tahu tujuan hidup anda
- anda beranggapan org yang malas ialah orang yang tidak tahu apakah tujuan hidupnya yang sebenar. Bagi seorang pelajar, anda hendaklah pejelaskan kepada diri anda setiap hari apa yang hendak anda capai. betulkan niat anda agar usaha anda teratur dan dapat hasil yang positif. lihatlah kehadapan(forward drive). janganlah tenggelam punca kerana perkara-perkara yang lepas. bak kata penyanyi terkenal, P.Ramlee "barang yang lepas jangan dikenang".
- komen aku: we made the future..todays decision are tomorrows history~
- Buat pengiraan untung rugi
- sebagai contoh bayangkan berapa banyak perkara yang boleh dilakukan pada pagi Sabtu dan Ahad jika anda merancang masa dengan baik. mereka yang memanfaatkan masa akan dapat mencapai pelbagai perkara yang positif, manakala mereka ynag memilih untuk tidur sampai tinggi hari amatlah merugikan. hati mereka akan gelap. orang tua-tua dahulu kala berpesan, sekiranya berkehendakkan hati yang terang janganlah tidur sehingga tinggi hari.
- komen aku: errrr....klo x cukup tido..penin..caner eh?
- Sering mendapat peringatan baik
- Berada di dalam kumpulan sahabat yang saling ingat-mengingati akan membantu diri agar tidak leka dan lali memenuhi amanah dan tanggungjawab. Saling ingat mengingati akan menyedarkan diri dari lamunan atau tipuan dunia yang amat melekakan ini. Pilihlah rakan yang positif agar diri tidak jatuh hina kerana sifat malas.
- komen aku: klo kwn sibok ngn bf, keje, facebook...how ah? Abih ni kne cari kwn baru arr? Cian kt org negatif, xde sape nk kwn..terus2an la dorg cmtu jeh...hmm...
- Tanamkan 2 jenis perasaan (seronok & takut)
- Cari keseronokan dalam apa yang anda lakukan. Perasaan takut dijadikan faktor penggerak daripada sikap dan sifat malas.
- komen aku: cam naik roller coster~
- Hayati semangat hijrah dalam kehidupan
- komen aku: aku da xlarat nk taip..hehe~
- Banyakkan berdoa
- komen aku: ni yg plng penting..if doa pun da mls....ishh...lu pk la sndr~
No comments:
Post a Comment