Friday, February 19, 2010

"sharing is caring"..

TIPS MENGATASI MALAS

  • Jaga cara anda berfikir
  • "what the mind conceive and believe, the mind will achieve"
  • Percayalah cara anda berfikir akan mempengaruhi perasaan dan tingkahlaku anda. maka fikirlah secara positif. anggaplah setiap hari adalah hari baru dalam hidup anda dan anda akan lakukan sesuatu yang lebih baik hari ini berbanding semalam.
  • komen aku: aim for the sun, u'll touch the sky~

  • Tahu tujuan hidup anda
  • anda beranggapan org yang malas ialah orang yang tidak tahu apakah tujuan hidupnya yang sebenar. Bagi seorang pelajar, anda hendaklah pejelaskan kepada diri anda setiap hari apa yang hendak anda capai. betulkan niat anda agar usaha anda teratur dan dapat hasil yang positif. lihatlah kehadapan(forward drive). janganlah tenggelam punca kerana perkara-perkara yang lepas. bak kata penyanyi terkenal, P.Ramlee "barang yang lepas jangan dikenang".
  • komen aku: we made the future..todays decision are tomorrows history~

  • Buat pengiraan untung rugi
  • sebagai contoh bayangkan berapa banyak perkara yang boleh dilakukan pada pagi Sabtu dan Ahad jika anda merancang masa dengan baik. mereka yang memanfaatkan masa akan dapat mencapai pelbagai perkara yang positif, manakala mereka ynag memilih untuk tidur sampai tinggi hari amatlah merugikan. hati mereka akan gelap. orang tua-tua dahulu kala berpesan, sekiranya berkehendakkan hati yang terang janganlah tidur sehingga tinggi hari.
  • komen aku: errrr....klo x cukup tido..penin..caner eh?

  • Sering mendapat peringatan baik
  • Berada di dalam kumpulan sahabat yang saling ingat-mengingati akan membantu diri agar tidak leka dan lali memenuhi amanah dan tanggungjawab. Saling ingat mengingati akan menyedarkan diri dari lamunan atau tipuan dunia yang amat melekakan ini. Pilihlah rakan yang positif agar diri tidak jatuh hina kerana sifat malas.
  • komen aku: klo kwn sibok ngn bf, keje, facebook...how ah? Abih ni kne cari kwn baru arr? Cian kt org negatif, xde sape nk kwn..terus2an la dorg cmtu jeh...hmm...

  • Tanamkan 2 jenis perasaan (seronok & takut)
  • Cari keseronokan dalam apa yang anda lakukan. Perasaan takut dijadikan faktor penggerak daripada sikap dan sifat malas.
  • komen aku: cam naik roller coster~

  • Hayati semangat hijrah dalam kehidupan
  • komen aku: aku da xlarat nk taip..hehe~

  • Banyakkan berdoa
  • komen aku: ni yg plng penting..if doa pun da mls....ishh...lu pk la sndr~

Thursday, February 11, 2010

~memoir untuk kamu~

kau tersenyum..
memperlihatkan baris gigimu yang tersusun rapi
dan bila kau tertawa
segenap bumi melahirkan rona ceria

tapi pada hari ini...
kau kelihatannya lain sekali
walau tanpa senyum. kau tetap berseri

cuba menjadi sahabat unggul
kiranya aku gagal...
air mata ini, tidak jumpa titik noktahnya

ampun dan maaf
seharusnya kau pulang dengan senang hati
kau tak perlu lihat titisan air mata ini
mahupun mendengar esakan yang kian menjadi

kau, aku tak kenal lama
tapi, cukup untuk aku menyayangimu
cukup untuk aku mengagumimu
dan cukup...untuk aku merinduimu

pergilah kau, pergilah
jangan kau toleh kami di sini
kami lara...bukan kerna tak redha
kami duka...bukan kerna tak suka

namun...
kau terlalu istimewa
walau pertemuan kita singkat
ia cukup sempurna

Tuhan, kau lindungilah dia
permudahkanlah dia di tempat yang selayaknya

wahai sahabat,
semoga kau kan tenang disana

tiada lagi kiriman pesanan ringkas dapat aku beri
tidakkan ku dengar lagi suaramu di hayat ini

hanya doa dapatku titipi
mengiringi perjalananmu ke alam yang tiada mati..



(alfatihah)

Monday, February 8, 2010

new discovery~

salam~

jadi satu pengajaran buat aku hari ni..kawan2, jgn lupakan password anda..tidak skali2 ya...
suddenly, aku discover blk blog yg dh bertahun-tahun aku tak kunjungi..
well, it was quite a journey looking back for the years that i've since i started this whole blog thing..now its 2010..

so, hopely i didnt lost myself in time anymore..

okeh...nak sambung kerja-kerja yang tergendala tadi..babai~

An answered prayers

Good morning, husband All those morning feels incomplete If you weren't by my side I'm watching you sleep, stroking your eyebrows an...