sepanjang 30tahun ni.... aku tak pernah jadi anak yang baik
Mungkin takkan pernah jadi anak yang baik seumur hidup ini
Jadi aku tak tahu macam mana mahu jadi anak yang baik
Tapi.. aku sentiasa belajar dan cuba menjadi sebaik yang aku mungkin
Dalam hati-hati, terkadang aku tetap kecilkan hati orang tuaku tanpa sedar
Bila rasa salah menyelubungi, mahu saja aku putarkan masa
Tapi masa sentiasa dan terus maju ke depan
Maka jadilah aku dikalangan orang-orang yang rugi
Kerugian kasih sayang orang tuanya
Kuranglah keberkatan hidup aku di masa itu
Aku tak sempurna
Orang tua kita juga tak sempurna
Semoga Tuhan melindungi kita dan orang tua kita.
No comments:
Post a Comment