pertama kali aku tengok orang minum arak, masa aku pergi majlis sambutan Chinese New Year budak sekelas, masa Form 5. Siap ada anjing kat umah member. anjing pulak jenis manja dan suka meleser.
Kedua kali pula, bila diajak kawan - kawan berkaraoke, kononnya ada orang nak belanja. Tetibe orang yang belanja tu suruh panggil 'ayahlong'.. selamba teguk air tu, siap laga-laga gelas dengan kita ajak minum sekali. Punyalah nebes dalam hati, aku ikutkan aje laga gelas.. cepat-cepat aku letak blk gelas tu setelah di laga. Dan secepat kilat aku bagi signal nak chow kat kawan tuh.
Lepas tu, aku tak tahulah dah berapa duyun kalinya aku menjadi saksi arak menjadi santapan normal bagi kawan-kawan. Termasuklah ada ketika itu dibulan Ramadhan.... masyaAllah..
Adakah aku salah memilih kawan?
Atau adakah Tuhan sebenarnya nak bagi aku kiu supaya menasihati dan membimbing kawan-kawan?
Bila aku tak menghalang, maksudnya aku bersetuju?
Maknanya, jatuh hukum aku bersubahat?
Walau aku sendiri tak pernah menyentuh air itu?
Tapi, dulu aku pun bukannya betul sangat..
Lantasnya, sekarang alasan apa pula ya?
Nasihat ada dlm pelbagai cara. Nasihat tanpa kata tp hanya dgn perbuatan. Wallahualam. Belajar tak habis. Heee
ReplyDelete