Wednesday, September 17, 2014

PART TWO: Turki, keju dan roti ~ 18 September 2013.

Assalamualaikum...
 
 
Wah, punyalah berkurun aku tak hapdate...akhirnya genap jugak 1st anniversary aku gi Turki dengan Hubster.. sejuta ampun dan maaf kalau ada yang ternanti-nanti itinery aku. Aku CUBA yer habiskan semuanya dalam minggu ni jugak.
 
 
Continue cerita dari sini.
 
 
Day 3 (From Kusadasi-Pamukkale) ~ 18.9.2013
 
Bangun pagi macam tak percaya ada kat negara orang. Dek kerana berjalan tak ingat dunia semalam, tido pun terlajak, langgar terus timing breakfast. Bangun pagi for breakfast (tapi tak sempat ponn)sambil tunggu transport tour ke Pamukkale yang kami dah pre-book from KL. The tour will include pick up from hotel, Pamukkale & Hierapolis Day trip with lunch, night bus to Cappodocia.
Kos hangus yang perlu dibayar adalah 79 Euro/person.

Van datang pick up kami dalam pukul 9pagi mcm tu. Perjalanan ke Pamukkale dalam 3jam lebihkurang. Well aku pun dah lupa exact time frame.. sorry..
Tour dimulakan dengan melawat kilang pemprosesan batu kalsium dan mineral-mineral asli yang lainnya yang terhasil dari mendapat jutaan tahun sebelumnya. Batu batuan mineral semulajadi ini kemudiannya dibentuk menjadi alat perhiasan rumah dan ada juga dijadikan batu loket dan barang perhiasan wanita yang lainnya.

Setelah habis cuci mata (sebab tak mampu beli), kami dibawa untuk buffet lunch. All inclusive in the package. Masa lunch tu dan dalam van, tour guide tu mula buka cerita sikit sebanyak pasal sejarahnya di sini.

'Kusadasi' berasal daripada perkataan 'kusa' (pigeon) 'dasi' (island). Menurut sejarah, penduduk di Ephesus bermigrasi ke Kusadasi kerana ditimpa sakit malaria yang teruk waktu tu. Sementara tu, Ephesus sendiri adalah dibangunkan oleh wanita-wanita Amazon. Ianya aalah tempat di mana pedagang daripada Timur dan Barat berkumpul dan memperdagangkan barangan daripada tempa masing-masing.

Satu lagi fakta ialah 95% populasi masyarakat di Turki adalah beragama Islam. Dimana selebihnya Yahudi dan Kristian. Tetapi cara diorang respect  each others religion is something to be learn. And they value each to the tiniest bits of historical item. So, without a doubt, its the richest country I've ever been so far.

Back to my story, akhirnya kitorang sampai ke destinasi yang dituju. Pamukkale ataupun "the cotton castle" di mana satu pemandangan yang sangat menkjubkan... gunung warna putih? Well, bukan salji ye kawan-kawan..

Gunung ini adalah hasil daripada bentukan calcium dan dipenuhi dengan air yang kaya dengan mineral. Menurut guide kami, dahulunya kawasan sekitar tu dilanda musibah penyakit, kemiskinan dan kelaparan. Tibatibe, berlaku pergerakan dalam Tanah yang menyebabka gempa bumi dan banjir. Hasil daripada gempa tersebut, keluarlah cairan kalsium yang akhirnya mengeras dan membentuk menjadi gunung.

Lalunya daripada bencana, gempa bumi tersebut menjadi rahmat kepada masyarakat setempat. Ia menjadi produk pelancongan, air yang kaya dengan mineral daripada gunung ni pulak menjadi penawar kepada banyak penyakit terutama penyakit kulit, dan Tanah kawasan setempat juga menjadi subur. Wallahuaalam.. aku cerita balik apa yang diceritakan aje.


entrance
Selain daripada tu, Pamukkale juga menempatkan tempat tempat pemandian para pembesar, theatres, dan juga temple of Hierapolis, di zaman Roman dan Byzantine pada kurun 190BC.
Olympic Gymnasium

mendengar penerangan dengan khusyuknya


sebenarnya perlu tanggal kasut.. this pic is before i know the rule (-.-')


theatres
Di samping tu jugak, kat sini ada satu tempat yang mana keluarnya air mata air yang dipercayai menjadi tempat mandian Cleopatra. Kalau anda-anda nk kulit cantik dan mulus macam beliau, silalah mandi di sini ye. Well, aku tak lah mandi kat sini, tapi kami berdua ada jugak try minum air mata air kat sini. rasa tawar dan payau... kaya mineral lah tu agaknya. Ok, lebih kurang rasa air mineral evian tu.. without the gassy feeling lah.


percubaan menjadi secantik Cleopatra

mandi kat sini boleh awet muda katanya


Lepas tu, kami diberi masa dalam sejam untuk bermandi manda kat air kolam batuan kalsium tersebut. Ohmaii, aku tak try sebab malu iolss nak berbikini. Haroomm... Tapi laki iolss try aje, tengok tuh, Nampak muda 5 tahun kan.. krik krikk..

iolss selfie ajelah sementara tengok orang berkubang
travertines/terrace
White terrace ni adalah dalam keadaan menurun. Anda perlu bukak kasut ntuk brjalan di atasnya. walaupun permukaannya Nampak keras, batuan calcium ini sebenarnya lembut dan licin. untuk siapa-siapa yang cautious takut jatuh bolehlah pakai stokin.
Selesai tour, kami pun dihantar ke pusat tour agency bagi menunggu bas seterusnya dalam pukul 7mlm untuk ke destinasi seterusnya, Cappodocia yang memakan masa 12 jam perjalanan.

tour agency
So, sementara ada beberapa jam yang lengang tu, aku dan hubster pusing la keliling kampong.. cari masjid dan sempatlah berjemaah kami kat sana. Nice feeling. :)

Kemudian, kami pun jaan-jalan lagi dan terserempak dengan grup kami tadi tengah early dinner. Makan dulu.

Turkish baklava

breaking the ice momento

Pastu, kami approach la agent ni untuk pakej depa kat Cappodocia. Lalu "tersangkutlah" dengan pakej yang ditawarkan. Untuk harga 205Euro/person kami dapat Red Tour, Green Tour, Baloon Flight dan night bus to Istanbul. Tu pun puas nego ngan owner dia.. hehe
Oklah, kalau korang nak travel sendiri, boleh je arrange dengan kompeni bus Metro ni ha. Boleh lah save budget kalau tak sesat barat.



kalau korang berminat, bolehlah contact agent kami di sana:
Tours4Turkey Travel Agency

No comments:

Post a Comment

An answered prayers

Good morning, husband All those morning feels incomplete If you weren't by my side I'm watching you sleep, stroking your eyebrows an...